Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Monday, February 01, 2016

CGPA Aku 3.93 Tapi Aku tak Bangga Dengan CGPA Aku


15 tahun aku duduk di bangku belajar berusaha untuk mencapai sesuatu yang terbaik untuk membanggakan ibu dan ayah. Ya dulu ibu dan ayah tetapi kini cuma ibu ku sahaja. Alhamdulillah walaupun aku bukan dilahirkn dalam keluarga yang kaya tetapi ibu dan ayah ku amat mementingkan pelajaran.
Tahun lepas, May 2015 adalah bulan terakhir aku menghabiskan sisa kehidupan ku sebagai pelajar Ijazah Sarjanamuda Jurusan Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa). Tahun lepas, Nov 2015 aku menyarungkan jubah keramat yang diidamkan oleh setiap pelajar yang bakal menghabiskan zaman pembelajaran meraka. Tahun lepas juga, Sep 2015 aku sudah mulai bekerja di salah sebuah anak syarikat GLC. Iya aku mulai bekerja sebelum hari konvokesyen ku.
Saat ini, Feb, 2016 aku merupakan salah seorang pekerja di syarikat terbabit. Di jabatan Pengurusan Risiko (ia bukan Jabatan pilihan ku tetapi aku bersyukur dikurniakan environment kerja yang sangat seronok). Aku belajar terlalu banyak perkara baru. Terlalu banyak yang dahulunya tidak sempat aku pelajari semasa di bangku sekolah. Mungkin lebih tepat, bukannya tidak sempat, tetapi tidak berpeluang untuk mempelajari kerana ilmu teori dan ilmu praktikal adalah berbeza.
Berbalik kepada tajuk ku di atas, aku tidak bangga dengan CGPA aku. Kerana apa? Hari pertama aku menjejakkan kaki di syarikat, rakan sekerja bertanyakan “kerja mana dahulu?” bukannya “belajar mana dahulu?”. Sesudah aku menjelaskan aku merupakan lepasan graduan segar bugar dari ladang, mereka bertanyakan pula “university mana dulu?” bukannya “CGPA berapa dulu?”

Nampak tak disini? CGPA bukanlah satu faktor terpenting anda untuk dipandang tinggi di alam pekerjaan. Mungkin beberapa bulan pertama orang akan bercerita anda merupakan peajar cemerlang (jika mereka tahu latar belakang pelajaran anda) tetapi sesudah itu, kualiti kerja anda yang akan diceritakan.

Sebab itu, bagi aku aku tidak bangga dengan CGPA aku. Ingin aku perjelaskan bukannya aku tidak bersyukur tetapi CGPA 3.93 itu tidak boleh dijadikan faktor untuk aku berbangga kepada diri sendiri. Siapa tak mahu berbngga dengan pencpaian diri sendiri kan? Tetapi jika anda mempunyai rekod pelajaran yang baik, itu merupakan bonus untuk anda. Tetapi jka sebaliknya, carilah peluang lain untuk memajukan diri supaya tidak terperangkap di kepompong merendahkan diri daripada orang lain.

Aku sudah penat orang asyik menyatakan kepada ku “untunglah orang pandai, dapat biasiswa, lepas belajar belum konvokesyen lagi dah kerja, sekarang ni baru pulak beli kereta baru, untung lah kauuu..”

Aku dah penat untuk menjawab soalan yang aku rasa tidak perlu aku jawab. Aku yakin setiap manusia perlu berusaha sehingga ke titisan peluh yang terakhir untuk mencapai segala yang mereka idamkan. Sama seperti aku dahulu.


Tak ada rezeki yang datang bergolek. Sebab itu kena usaha. Bukan asyik merungut sana sini salahkan orang lain padahal diri sendiri malas nak berusaha. Sekian.

No comments:

Post a Comment

I value your comment :)