Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Wednesday, September 28, 2016

Cara Saya Turunkan Berat Badan

Sejujurnya sisthur bukanlah orang yang selayaknya untuk memberi nasihat tentang berat badan. Sebab sisthur pun sudah berkali-kali kecundang nak turun berat badan since daripada zaman sekolah lagi hahaha. By the way, this post is not meant to share how to kurus kan your badan sampai nampak skinny habis tau…this post is to share tips to girls yang teringin nak dapatkan berat badan ideal.

Reti kira tak berat badan ideal?

Ideal Body Weight = (Total Height (cm) - 100) – (15% x (Total Height -100 cm))

Let’s say tinggi awak 165 cm, so berat ideal awak adalah 56-59kg. Pergh nampak macam berat je kan untuk seorang perempuan.. But hello! Berat awak kena lah bersesuaian dengan tinggi awak. Jangan lah awak ikut berat 45kg, memang la awak rasa berat tu macam berat orang perempuan, but can you imagine tinggi you 165cm pastu berat you cuma 45kg. Boleh bayangkan tak kalau ada angin taufan melanda nanti?

Tapi kalau awak rasa 56-59kg macam berat, awak still boleh adjust sampai 51kg (tapi ni dah hampir masuk kategori underweight tau). Seelok-eloknya ikut lah Body Mass Index (BMI).

Sisthur punya tinggi 159.5cm. Berat paling tinggi yang pernah sisthur catat masa study dulu 70kg. Kauuuu hahahahaha. Tapi masa tu sisthur tak kesah sangat tapi kesah la jugak sikit-sikit hmm. Macam-macam sisthur buat tapi tak berjaya sebab tak konsisten. Sebab sisthur happy dengan kawan-kawan keluar makan sana sini. Pastu ada pulak kajian menunjukkan lelaki lebih suka perempuan chubby berbanding kurus sebab lagi comel, hmm lagilah semangat nak kurus faded hahahaha. Phuiii..
Tapi, sejak sisthur dah start kerja berat badan sisthur macam senang pulak nak turun. Sisthur takda buat pun Diet Atkins or Diet Kevin Zahri sebab sisthur tahu sisthur jenis orang yang susah nak konsisten. Sisthur pun nak turun kan berat badan slow-slow tapi asalkan konsisten. Ye laa kalau turun cepat-cepat bukannya nak kawen pun kan. So meh sini sisthur share apa yang sisthur buat sampai boleh turun -8kg dalam masa 4 bulan dan insyaaAllah nak turun lagi ihikss :p

1.       Minum sebanyak liter air (plain water)

Cliché sangat kan tips ni. But it works! Dulu sisthur masa study setiap bulan mesti demam 3 hari. Setiap bulan okay. Tapi since sisthur amalkan minum air selepas bangun tidur, sebelum makan, 30 minit selepas makan dan sebelum tidur, Alhamdulillah sisthur tak pernah demam teruk sangat selama beberapa bulan walaupun bermacam-macam ribut taufan melanda hidup sis Alhamdulillah body sis masih mampu bertahan. Bila rasa badan nak panas je, cepat-cepat minum air untuk control balik your body temperature. Tekak pun jarang-jarang sakit.

Berapa banyak air nak minum? 3 liter ke?
Tak.. lain berat badan lain liter air kena minum. Ingat ni!

Amount of water (liter) = Weight (kg) / 30

2.       Lauk & Sayur sahaja

Kalau rasa awak nak slow-slow turun berat badan, awak boleh ambil nasi sesenduk masa lunch. Kalau awak nak cepat turun berat badan, jangan ambil nasi langsung selama 2 minggu. Memang parah sikit weh hahahaha. Kadang-kadang rasa nak nangis sebab tengok nasi tu macam panggil-panggil nama kita! Seboleh-bolehnya cari geng “no rice” untuk 2 minggu ni. Insyaa-Allah selepas 2 minggu badan rasa ringan & korang pun takde lagi nak nangis cari nasi. Selalu lunch sisthur ambil ikan sekor & sayur / ayam seketul & sayur / nasi & sup sayur (kalau ngidam nasi). Jangan sentuh junk food, fast food, jajan2.. BIG NO. Banyakkan minum plain water.

3.       Zumba & Jogging

Dulu kat gym office sisthur ada buat Zumba Class masa Friday’s lunch break. Masa tu lelaki-lelaki semua pergi solat jumaat so perempuan-perempuan ni boleh la tertunggang terbalik melintang menegak meniarap sampai peluh keluar macam air hahaha. Tapi sekarang zumba kat office macam slow sikit dah. So sisthur zumba kat rumah kalau free. Sometimes sisthur jogging..Tapi sisthur tak konsisten sebab jogging ni kan bosan hehehe.

4.       Be a brokenhearted girl!

TIPS ni yang paling BERKESAN sekali! Kat atas tu sisthur ada cakap sisthur dah kurang buat zumba pastu sisthur beralih pada jogging tapi tak konsisten kan.. Apa yang sisthur perasan berat badan sisthur turun banyak gila bila sisthur sedih. Sejak sis masuk dunia kerja ni, ada 2 kejadian penting yang bagi impak tinggi kat sisthur. (1) Kereta kena banjir (2) Hati sisthur terluka wuuwuu.. Masa kereta banjir sebulan jugak la sisthur menangis, deal dengan service centre, perhabis duit, takde selera makan, pergi jugak kerja nak hilangkan kesedihan pastu balik rumah menangis balik, makan entah kemana, perut berbunyi nak makan tapi mata menangis lagi. Dalam sebulan lebih jugak macam tu. Berat sisthur hilang 5kg woo..
Lepas beberapa bulan, kejadian ke-2 pulak berlaku..pun lebih kurang sama. Hati sisthur dikecewakan. Bila teringat je sisthur menangis. Sisthur jadi takut nak balik rumah lepas kerja hahaha. Kalau dulu sisthur jogging sebab nak kurus. Kali ni NAK KURUS dah tak ambil peduli dah biar lantak! Sisthur jogging setiap kali balik kerja sebab nak buang segala kesedihan keluh-kesah dalam jiwa ni! Sambil jogging sambil dengar zikir “Ya Latif by Hafiz Hamidun” “Hasbi Rabbi by Khai Bahar” perghhh masa jogging tetibe mata macam rasa panas rupanya sisthur jogging sambil menangis. Masa berselisih dengan orang lain buat-buat macam tengah lap peluh hahaha! Terus terang cakap eh, bila kita tengah sedih gila cuba la jogging mesti kita akan rasa power badan kita bertambah macam kuasa kuda! Sisthur pusing tasik 10x sisthur buat sit up 100x. Kaki sisthur rasa sakit tapi hati sisthur lagi sakit! Semua ni sisthur buat sebab sisthur nak cepat penat..so that bila sisthur balik rumah lambat (sebab jogging), sisthur terus mandi solat pastu tertidur. Itupun sisthur sempat nangis lagi hahaha. Sisthur lapar jugak tapi sisthur takde selera makan sebab hati sisthur lagi sakit daripada perut yang tengah berkeroncong minta makan. Hmm. Sisthur aniaya  diri sendiri.

“Allah remukkan hati hamba-Nya berkali-kali sehingga hamba-Nya dah takde harapan selain hanya BERHARAP kepada ALLAH”. Ya Allah…

5.       Before 7

Sekarang sisthur dah okay sikit. Sisthur start makan malam, but make sure before 7pm ok! Menu selalu sisthur ambik Bihun Kungfu (sedapnya tapi kalau boleh elakkan makanan bertelur!), Bihun Tomyam Campur (sedapnya! Recommended!), Bihun Goreng Singapore (sedapnya!). Kadang-kadang terbabas jugak makan Roti Canai sekeping sebab kedai tu punya roti canai sedap sangat hahaha. As usual, air mesti plain water k! No sugar! No ice!

6.       Jangan fikir sangat nak kurus. Kurus tak semestinya sihat.

Dah ramai orang sekeliling tegur sisthur. Seluar makin longgar, badan makin kecik cuma tak pernah lagi kena tegur pipi sisthur makin kecut hmmm. Ada yang siap cakap buat apa nak kurus lagi awak tu memang dah kurus.. Ada jugak yang tegur eh Yusnidar awak sakit ke? Awak makin kurus sekarang.. So I can conclude here, yang sisthur sebenarnya dah kurus tapi orang nampak macam kurus sakit. Hmm.. Maybe sebab mata sisthur. Bulu mata sisthur sebenarnya agak panjang & curly (original without mascara ye..eh macam riak pulak sorry hahaha) tapi disebabkan bawah mata sisthur lebam so orang lain ingat sisthur tengah sakit.. Puas dah sisthur adjust mata ni bagi ada celak sikit bagi mata ni nampak besar sikit semata-mata untuk tutup kesan darkcicle tapi.. hmm.. Dem.. Dari sini sisthur realize tak guna pun kalau kita berusaha nak kurus tapi orang nampak macam kita ni sakit. Lebih baik jiwa raga happy perasaan gembira badan pun sihat.. Tapi sekarang Alhamdulillah my eyes are getting better. 

Monday, August 29, 2016

Part-Time Home Tutor

Hi and Assalamualaikum,

Untuk makluman pembaca-pembaca (eh ada lagi ke pembaca hehe), saya ada menyediakan perkhidmatan private home tutor untuk pelajar UPSR, PT3 dan SPM pada hujung minggu (Sabtu & Ahad) atau sebelah malam (selepas waktu bekerja).

Antara subjek-subjek yang boleh diajar:

  1. Matematik
  2. Matematik Tambahan
  3. Bahasa Melayu
  4. Bahasa Inggeris
  5. Akaun
  6. Sains
Antara kawasan yang diajar:
  1. Segambut
  2. Kepong
  3. Petaling Jaya
  4. Gombak
*other teaching areas will be considered, insya-Allah depending on the availability :')

If you're keen to know more about me, you can drop me an email at yusnidar.usman93@yahoo.com and I'll give you my resume for your perusal ^^

Thank you so much. 

Ni laa muka cikgunya... Comel tak? Haha!

Monday, February 01, 2016

CGPA Aku 3.93 Tapi Aku tak Bangga Dengan CGPA Aku

15 tahun aku duduk di bangku belajar berusaha untuk mencapai sesuatu yang terbaik untuk membanggakan ibu dan ayah. Ya dulu ibu dan ayah tetapi kini cuma ibu ku sahaja. Alhamdulillah walaupun aku bukan dilahirkn dalam keluarga yang kaya tetapi ibu dan ayah ku amat mementingkan pelajaran.
Tahun lepas, May 2015 adalah bulan terakhir aku menghabiskan sisa kehidupan ku sebagai pelajar Ijazah Sarjanamuda Jurusan Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa). Tahun lepas, Nov 2015 aku menyarungkan jubah keramat yang diidamkan oleh setiap pelajar yang bakal menghabiskan zaman pembelajaran meraka. Tahun lepas juga, Sep 2015 aku sudah mulai bekerja di salah sebuah anak syarikat GLC. Iya aku mulai bekerja sebelum hari konvokesyen ku.
Saat ini, Feb, 2016 aku merupakan salah seorang pekerja di syarikat terbabit. Di jabatan Pengurusan Risiko (ia bukan Jabatan pilihan ku tetapi aku bersyukur dikurniakan environment kerja yang sangat seronok). Aku belajar terlalu banyak perkara baru. Terlalu banyak yang dahulunya tidak sempat aku pelajari semasa di bangku sekolah. Mungkin lebih tepat, bukannya tidak sempat, tetapi tidak berpeluang untuk mempelajari kerana ilmu teori dan ilmu praktikal adalah berbeza.
Berbalik kepada tajuk ku di atas, aku tidak bangga dengan CGPA aku. Kerana apa? Hari pertama aku menjejakkan kaki di syarikat, rakan sekerja bertanyakan “kerja mana dahulu?” bukannya “belajar mana dahulu?”. Sesudah aku menjelaskan aku merupakan lepasan graduan segar bugar dari ladang, mereka bertanyakan pula “university mana dulu?” bukannya “CGPA berapa dulu?”

Nampak tak disini? CGPA bukanlah satu faktor terpenting anda untuk dipandang tinggi di alam pekerjaan. Mungkin beberapa bulan pertama orang akan bercerita anda merupakan peajar cemerlang (jika mereka tahu latar belakang pelajaran anda) tetapi sesudah itu, kualiti kerja anda yang akan diceritakan.

Sebab itu, bagi aku aku tidak bangga dengan CGPA aku. Ingin aku perjelaskan bukannya aku tidak bersyukur tetapi CGPA 3.93 itu tidak boleh dijadikan faktor untuk aku berbangga kepada diri sendiri. Siapa tak mahu berbngga dengan pencpaian diri sendiri kan? Tetapi jika anda mempunyai rekod pelajaran yang baik, itu merupakan bonus untuk anda. Tetapi jka sebaliknya, carilah peluang lain untuk memajukan diri supaya tidak terperangkap di kepompong merendahkan diri daripada orang lain.

Aku sudah penat orang asyik menyatakan kepada ku “untunglah orang pandai, dapat biasiswa, lepas belajar belum konvokesyen lagi dah kerja, sekarang ni baru pulak beli kereta baru, untung lah kauuu..”

Aku dah penat untuk menjawab soalan yang aku rasa tidak perlu aku jawab. Aku yakin setiap manusia perlu berusaha sehingga ke titisan peluh yang terakhir untuk mencapai segala yang mereka idamkan. Sama seperti aku dahulu.

Tak ada rezeki yang datang bergolek. Sebab itu kena usaha. Bukan asyik merungut sana sini salahkan orang lain padahal diri sendiri malas nak berusaha. Sekian.