Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Sunday, August 10, 2014

Murah Rezeki

As usual, kami SYZ Hot Chicks keluaran UKM iaitu stands for Shida, Yunis dan Zati akan makan malam bersama-sama. Pada mulanya ingat nak makan dalam UKM, tapi since Zati bawa kereta kami pun makan la di kedai sekitar Bangi. Tapi lupa dah nama kedai.

Pada malam tu terasa havoc sangat kami ni. Tengah tunggu makanan sampai boleh pulak dengan suara kuat (macam kami bertiga je makan situ haha) bercerita pasal jodoh. Shida dan Zati tak habis-habis mem-bahan aku cepat dapat laki. hahahaa. Time makan pun kami sambbung cerita lagi. Memang tak senonoh betul. Shida makan ketam pakai sudu. Selambak badak dengan kuat aku cakap kat Shida "Dah laa makan ketam pakai sudu, kang terpelanting kat meja abang hensem depan tu haaa!" Pastu semua gelak hahaa

Sesudah selesai makan mesti laa ke cashier. Dengan muka comel kami tanya "berapa kak?" 
Kakak tu jawab "Order adik dah ada orang bayar dik"
Kitaorang "Hahhhh??!!!!!!!! Biar betul kak? (gelak terbahak-bahak)"

Kau bayangkan satu kedai makan besar tu dengar gelak kitaorg je. Lama jugak kitaorg nak make sure yang perkara ni betul2 terjadi. Akhirnya kami menuju ke kereta dengan wajah happy. 

Pertama kali kami berasa kami cantik malam ni. hihihi

Ohhh yaa sebelum scene dengan kakak cashier tu, Zati ada cerita masa dia nak pergi sinki cuci tangan, dia ada minta lalu kat sorg pakcik tu sambil senyum kat pakcik tu. Time Zati tengah duduk, pakcik tu dipimpin oleh anak lelakinya. Zati senyum jugak dekat pakcik yang sama. 

Aku rasa ada kena mengena laa scene Zati senyum dekat pakcik tu dengan scene kami dengan kakak cashier. hahahaa

Tambah satu lagi cerita, tengahari tadi pun aku dapat teh ais limau percuma. Kawan belanja. Hihi. So, kiranya hari ni duit aku tak keluar satu sen pun hihihi.

Alhamdulillah :) 


No comments:

Post a Comment

I value your comment :)