Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Monday, July 07, 2014

Solat? Done. Puasa? Done. Terawih? Done.

Hi and assalamualaikum.

Dalam masa 2 jam lagi aku akan ada kelas yang pertama bagi short sem. Bulan puasa pun ada kelas. Agak penat jugak sebab kena pindah bilik baru yang agak haunted takpe nanti aku cerita kat post selepas ni (kalau ada).

Ada tengok video terbaru MatLutfi? Terlalu deep meaning dia tu. Memang siapa yang kena tu, kalau tak merah muka gak tak tahu la nak kata apa. kah kah kah! =p


Perkara yang Mat cakap memang berlaku.

Memang bagus jikalau ada orang mengajak kita ke arah kebaikan. Tapi kadang-kadang kenapa aku rasa lebih macam nak menunjuk? Hmm ke aku sorang je yang fikir macam ni. Bukan semua tapi segelintir saja ye. Terutamanya perempuan. Lelaki pun kadang-kadang ada yang tersesat join sekali. hahaa

Contoh situasi:

Sebelum ni bergumbira dengan boyfriend/kawan-kawan. Gembira sakan noh. Upload banyak-banyak gambar kadang-kadang sampai terlepas pandang. Sekali kena maki dengan haters. Tup tup upload gambar pergi masjid/ tengah bersolat/ tengah berdoa dengan caption "Ya Allah, sesungguhnya aku insan yang teraniaya, hanya pada-Mu aku berserah ya Allah." 

Pada aku, perlu ke buat sampai ghope gitu? It is between you and god. Can you make it look just between you and God? no need to show it off to other people laa. Sebagai manusia yang melihat, aku berasa post sebegitu bukanlah untuk share kepada kita semua tentang agama/kata-kata nasihat. Tapi seperti mahu menunjuk kepada kita yang dia insan teraniaya dan sedang mengadu kepada Tuhan.

What's the point? Inginkan balasan komen seperti "Sabarlah wahai insan. Sesungguhnya doa insan teraniaya akan didengari Tuhan". 

Pada aku lah kalau kita dalam situasi macam tu, kalau tak tahan sangat nak jugak express our feeling to other people, better post gambar hanya kata-kata hikmah yang ada background laut kat belakang ke, so orang lain yang pandang pun takdelah berkata begini di dalam hati "Dah kenapa upload gambar selfie tengah solat ni?" 

Kan kan?

Samalah juga macam berselfie masa pergi terawih. My question is perlu ke? Berselfie bertelekung beramai-ramai tersengih-sengih dengan caption "done terawih. " omg. Seperti yang aku katakan tadi, kalau nak express sangat apa yang kita nak tunjuk kat orang lain better post gambar kata-kata hikmah mengenai sesuatu perkara dengan background gambar nature kat belakang. Memadai kalau macam tu.

Mesti ada yang terasa kan? Masa aku tengok video Mat ni pun ada laa jugak aku  terkena kah kah kah! =p Tapi itulah realiti. Kenapa nak mencari populariti likes banyak bila kita sebenarnya sedang berhubung dengan Ilahi? Bukankah itu akan menimbulkan riak bila orang ramai komen memuji-muji kita.

Sekadar peringatan dan renungan buat diri ku juga. Memasing tak lepas dari membuat kesilapan kan. Ok bye! Bersiap untuk ke kelas pada 2 pm. Nak aku upload gambar siap-siap ke kelas tak? kihkihkih..

Mohon maaf atas ke-terasa-an ye.




No comments:

Post a Comment

I value your comment :)