Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Thursday, July 31, 2014

Dear Diari

6:24 am. 31/7/2014

Sesungguhnya orang lain hanya Nampak kejayaan yang aku kecapi.

Mereka tidak tahu sebenarnya di sebalik kejayaan itu ada terpalit kesusahan yang mungkin hanya aku seorang yang mengerti.

Betapa aku mengadu pada yang Maha Esa agar Dia terus memberikan aku kekuatan dan kesenangan di atas muka bumi agar aku bisa meneruskan kehidupan aku di atas muka bumi di samping mendapat keredaan dari-Nya.

Bukan kejayaan dunia sahaja yg aku inginkan, malah kejayaan di akhirat sana.

Hahaha.. Aku ingin tergelak bila memikirkan betapa berlikunya hidup aku. Betapa terlalu banyak perkara-perkara lain yg terpaksa aku ambil kira selain drpd pelajaran ku. Aku seperti sudah matang sebelum usia. Bukan mahu bangga, tapi itulah hakikatnya. Aku sudah memikirkan perkara yang sepatutnya bukan aku fikirkan ketika di usia sebegini. Dan hanya aku dan Allah tahu perkara itu. Tidak ada manusia lain tahu.

Aku gembira melihat kegembiraan kawan-kawan dan sanak-saudara ku. Ya kadang-kadang aku cemburu mengapa aku tidak dapat mengecapi apa yang mereka ada? SEsungguhnya demi Allah aku tidak pernah dendam  dengan sesiapa pun. Sebaliknya, aku minta pada Allah supaya suatu hari nanti aku dapat mengecapi apa yang mereka ada dengan usaha ku sendiri.

Aku minta pada yang Maha Esa agar aku diberi kekuatan semaksima mungkin dan umur yang panjang agar aku dapat membalas jasa kedua org tua ku.

Hahaha. Air mata ku sedang jatuh berleraian ketika ini dan aku tahu aku perlu menaip post ini dalam keadaan pantas agar orang tua ku tidak mengetahui aku sedang menangis.
Aku sentiasa menangis seorang diri. Tapi aku ada Allah. Aku cuba untuk tidak menceritakan  masalah ku kepada sesiapa pun termasuklah orang tua ku. Tapi aku yakin, orang tua ku juga ada menangis di belakang ku.

Allah sentiasa ada dengan ku. Aku yakin. Aku yakin.

Aku teringat lagi bagaimana pada malam sebelum SPM, aku bersujud kepadanya aku memohon agar Dia bisa memberikan aku kejayaan. Allah makbulkan doa ku dengan menjadikan aku Tokoh Pelajar Sekolah.

Aku teringat lagi tatkala aku memasuki matrikulasi. Aku bersujud agar Allah juga memberikan aku kejayaan yang cdmerlang aku ingin membuat orang tua ku bangga. Allah makbulkan doa ku dengan menjadikan aku pelajar keluaran matrikulasi yang cemerlang.

Aku masih teringat lagi tatkala aku ingin menyambung pelajaran ke peringkat university. Aku tahu terlalu banyak biaya dengan keadaan orang tua ku yang mungkin aku tidak mahu menyusahkan mereka. Tatkala aku memasuki university, bukan kecemerlangan pelajaran yang aku minta, tapi aku minta agar aku bisa mendapat pekerjaan yang sebaiknya agar aku bisa berbakti kepada orang tua ku. Aku bersujud pada Allah agar Dia memberi aku kesenangan. Allah makbulkan doa ku. Aku mendapat biasiswa dan sesudah tamat belajar nanti, aku akan terus bekerja dengan penaja ku.

Dan sekarang? Ya. Masih banyak aku ingin menagih pertolongan Maha Esa dan aku akan terus meminta dan terus meminta dan memohon agar iman ku tetap yakin pada-Nya. Sesungguhnya kepayahan aku kali ini boleh dikatakan berat buat ku. Tapi aku yakin, dengan segala macam rintangan yang aku telah hadapi, aku yakin aku mampu menghadapi untuk ujian yang keberapa ratus kali ini. Aku yakin aku mampu hadapinya.

Kepada kawan-kawan ku, jangan berputus asa. Sesungguhnya Allah sentiasa ada dengan kita. 




Monday, July 07, 2014

Solat? Done. Puasa? Done. Terawih? Done.

Hi and assalamualaikum.

Dalam masa 2 jam lagi aku akan ada kelas yang pertama bagi short sem. Bulan puasa pun ada kelas. Agak penat jugak sebab kena pindah bilik baru yang agak haunted takpe nanti aku cerita kat post selepas ni (kalau ada).

Ada tengok video terbaru MatLutfi? Terlalu deep meaning dia tu. Memang siapa yang kena tu, kalau tak merah muka gak tak tahu la nak kata apa. kah kah kah! =p


Perkara yang Mat cakap memang berlaku.

Memang bagus jikalau ada orang mengajak kita ke arah kebaikan. Tapi kadang-kadang kenapa aku rasa lebih macam nak menunjuk? Hmm ke aku sorang je yang fikir macam ni. Bukan semua tapi segelintir saja ye. Terutamanya perempuan. Lelaki pun kadang-kadang ada yang tersesat join sekali. hahaa

Contoh situasi:

Sebelum ni bergumbira dengan boyfriend/kawan-kawan. Gembira sakan noh. Upload banyak-banyak gambar kadang-kadang sampai terlepas pandang. Sekali kena maki dengan haters. Tup tup upload gambar pergi masjid/ tengah bersolat/ tengah berdoa dengan caption "Ya Allah, sesungguhnya aku insan yang teraniaya, hanya pada-Mu aku berserah ya Allah." 

Pada aku, perlu ke buat sampai ghope gitu? It is between you and god. Can you make it look just between you and God? no need to show it off to other people laa. Sebagai manusia yang melihat, aku berasa post sebegitu bukanlah untuk share kepada kita semua tentang agama/kata-kata nasihat. Tapi seperti mahu menunjuk kepada kita yang dia insan teraniaya dan sedang mengadu kepada Tuhan.

What's the point? Inginkan balasan komen seperti "Sabarlah wahai insan. Sesungguhnya doa insan teraniaya akan didengari Tuhan". 

Pada aku lah kalau kita dalam situasi macam tu, kalau tak tahan sangat nak jugak express our feeling to other people, better post gambar hanya kata-kata hikmah yang ada background laut kat belakang ke, so orang lain yang pandang pun takdelah berkata begini di dalam hati "Dah kenapa upload gambar selfie tengah solat ni?" 

Kan kan?

Samalah juga macam berselfie masa pergi terawih. My question is perlu ke? Berselfie bertelekung beramai-ramai tersengih-sengih dengan caption "done terawih. " omg. Seperti yang aku katakan tadi, kalau nak express sangat apa yang kita nak tunjuk kat orang lain better post gambar kata-kata hikmah mengenai sesuatu perkara dengan background gambar nature kat belakang. Memadai kalau macam tu.

Mesti ada yang terasa kan? Masa aku tengok video Mat ni pun ada laa jugak aku  terkena kah kah kah! =p Tapi itulah realiti. Kenapa nak mencari populariti likes banyak bila kita sebenarnya sedang berhubung dengan Ilahi? Bukankah itu akan menimbulkan riak bila orang ramai komen memuji-muji kita.

Sekadar peringatan dan renungan buat diri ku juga. Memasing tak lepas dari membuat kesilapan kan. Ok bye! Bersiap untuk ke kelas pada 2 pm. Nak aku upload gambar siap-siap ke kelas tak? kihkihkih..

Mohon maaf atas ke-terasa-an ye.