Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Saturday, February 22, 2014

KISAH SEDIH : Kehilangan Si Putih Kucing Jalanan

Dengan hati yang bergembira setelah pulang dari kelas, aku menuju ke tangga fakulti untuk terus pulang ke kolej kediaman. Aku tiba-tiba berhenti, aku melihat seekor kucing berwarna Putih yang sedang berbaring di tengah-tengah laluan pejalan kaki pelajar berhampiran tangga. 

"Awakk.. awak kenapa baring kat sini?" tanya ku kepada kucing

Kucing itu sudah terlalu lemah untuk berdiri. Dia sudah terlalu tenat. Mulutnya kering, badannya kering kontang, seolah-olah sudah beberapa hari tidak makan. 

"Awak sakit ye?" Suara ku sudah bertukar menjadi agak serak. Aku menangis di situ juga.

Ramai pelajar-pelajar lain yang lalu lalang di tempat kucing itu berbaring, tidak jauh dari tempat itu, ada satu booth kaunter untuk pelajar membuat pendaftaran. Ahhhhh!! Aku taknak tahu booth apa tu!! Aku berfikir, masakan mereka hanya sanggup melihat kucing tersebut berbaring dalam keadaan tenat dan mereka hanya lalu sebelah kucing, lihat dan terus berlalu pergi. Hey kau berpakaian labuh! Berstoking! Kau sanggup tengok kucing yang dah nak mati macam tu je?!! 

Air mata ku semakin deras mengalir melihat kucing tu. Kucing itu hanya berdiam tidak larat untuk berbunyi. Aku mesti bawa dia ke klinik! Aku menelefon kawan2 ku. Mereka semua sibuk. Ada seorang kawan perempuan ku baru sampai ke tempat kejadian, hendak pergi kelas mungkin. Kawannya menhantarnya ke fakulti. Dia menegur ku..

"Yunis, kenapa kau menangis?"

Tanpa suara yang jelas, aku cuba menerangkan kepadanya apa yang terjadi..

"Ada kucing tu.. Dia sakit nak mati.. Aku tak tahan la tengok dia terseksa macam tu"

Ya Allah, tatkala aku menaip entri ini air mata ku gugur ke bumi mengenangkan si Putih..

Kawan ku tadi cuba bercakap dengan kawannya yang menghantar ke fakulti menaiki kereta. Akhirnya, kawannya bersetuju untuk menghantar aku dan kucing ke klinik. Dalam masa 10 saat, kawan aku, Johan call. 

"Yunis kau katne? Aku on the way datang FEP"

Akhirnya, aku pergi ke klinik bersama dengan Johan dan sorang lagi kawannya

"Kucing ni kenapa?" Johan bertanya

"Entahlahh.. Dia sakit tenat" suara ku yang masih lagi serak dan air mata yang sudah puas mengalir

Dalam perjalanan, aku usap-usap kepalanya. Waktu itu sudah pulang 2.30 petang..

Malang sungguh nasib kucing tu. Kami sudah pergi semua klinik berhampiran Bangi. Tapi kesemuanya tidak dapat merawat kucing. 2 tutup. 1 lagi doktor cuti bersalin. Jam sudah pukul 3.30 petang. 

"Yunis, sorry laa. Esok kita pergi waktu tengahari bawa dia ke klinik"

Aku hanya mengangguk. 

Aku gendong kucing terus ke pintu bilik kediaman ku. Aku bertuah mempunyai roomate yang turut sayangkan kucing. Aku sudah puas menangis sejak dari fakulti tadi. Ketika ini, roomate ku pula yang tengok-tengok kan kucing tu. Diberinya air, diusap kepalanya. Aku dapat melihat roomate ku hampir menitiskan air mata. 

Tak lama kemudian, datang Zati, rakan baik ku. Aku menceritakan segalanya pada dia sambil menangis2. Akhirnya, dia dapat pinjam satu kereta dan kami akan menghantar kucing tu ke St. Angel Animal Centre di Puchong. 

Dalam perjalanan di dalam kereta, aku menangis. Aku usap kepala kucing. 

"Kalau awak tak dapat tahan sangat, takpelah awak pergi lah ye" Kata ku kepada kucing berkenaan

"Yunis, sabar ye. Jap lagi kita sampai" kata Zati

Sampai di St. Angel Animal Centre, aku perlu mendaftarkan nama ku sebagai pemilik kucing. Kami namakannya Putih. kerana badannya putih suci. Dr. menerangkan keadaan Putih. Putih dijangkiti virus. Mulut dan mata putihnya sudah terlampau kuning. Berat si Putih hanya 1.8kg walaupun Putih adalah kucing jantan dewasa. 

Dr. membalut Putih. Dr. kata Putih terpaksa ditahan di wad selama 2 malam kerana keadaannya yang sangat kritikal. 50-50 untuk hidup. Putih juga dikhuatiri sudah beberapa hari tak makan. Mungkin kerana Putih sakit, dia tak larat nak mencari makanan memandangkan dia hanyalah kucing jalanan. 

Aku tak mampu membayar kos untuk 2 malam. Akhirnya, setelah nego, aku mengambil keputusan untuk menempatkan Putih selama semalam sahaja di klinik berkenaan, dan esok pagi kami akan bawa Putih ke Veterinar UPM kerana lebih murah.


Kami sudah lega melihat Putih dapat dirawat dalam keadaan segera. Setelah aku membayar deposit, kami pulang. Dalam perjalanan pulang, aku berfikir. macam mana aku nak settlekan baki duit deposit Putih? Duit elaun aku tak masuk lagi. Dalam dompet ada RM 50. Aku perlu bayar lagi RM 150 untuk keluarkan Putih esok ke UPM.


Jadi aku minta tolong fanpage KAKIMOTONG iaitu fanpage pencinta haiwan. Daripada situ, aku dapat sumbangan derma ikhlas daripada orang ramai setelah aku reveal kisah Putih. Ya Allah aku bersyukur ramai lagi yang mempunyai belas ihsan!

Esok pagi, aku menerima satu call daripada St. Angel Animal Centre. Dr yang call. Dr. kata

"Hello assalamualaikum, can i speak to Miss Yusnidar?
"Yess.."
"Its about Putih.. He can't make it.. I am sorry for your loss" 

Gugur deras air mata ku. Ya Allah! Putih, kau ikutkan ke cakap aku semalam yang suruh kau pergi jika kau tak tahan? Putih.......


Aku tak dapat menahan air mata. Kami perlu pergi kembali ke klinik berkenaan untuk mengambil body Putih dan settlekan bil. 


Kesimpulannya, AKU BERHARAP SANGAT MASIH ADA IHSAN DI HATI SETIAP MANUSIA TERHADAP MAHLUK CIPTAAN TUHAN. Anjing, kucing dan babi sekalipun berasa ihsan la kepada mereka. 

Walaupun Putih dah tiada, aku tetap puas walaupun banyak masa dan tenaga yang telah terbuang. Aku puas kerana di akhir hayat Putih, Putih dapat merasa kasih sayang manusia yang mahukan dia sembuh. Di akhir hayat putih, dia dapat merasa pelukan dari seorang manusia. Di akhir hayat Putih, dia tahu ada manusia yang sayang kepadanya. 

Walaupun hubungan kau gah dengan Allah, walaupun kau bertudung labuh, walaupun kau bersonggok setiap kali ke kelas, tapi once aku lihat kau hanya memandang sebelah mata seekor kucing yang berbaring tenat tanpa ada sekelumit niat untuk membantu, HARUSKAH AKU HORMAT KAU?