Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Sunday, December 15, 2013

Maafkan Aku, Semua

Aku terlalu menginginkan apa yang aku mahukan
Sehingga aku mengabaikan perasaan orang di sekeliling aku
Mengabaikan perasaan aku sendiri

Hidup aku banyak mematangkan aku
Aku terlalu banyak menanggung bermacam perkara
Tapi Allah sentiasa bersama aku
Aku dapat menghadapinya satu per satu

Kadang-kadang hati aku menjerit
'Aku nak pergi dari semua ni'
Tapi aku biarkan saja hati aku
Aku kena lalui liku hidup aku
Aku kena merentasi segala cabaran dalam hidup ni

Aku terlalu pentingkan masa depan aku
Sehingga aku tiada masa dengan keluarga, bahkan dengan diri aku sendiri untuk merasai ketenangan
Aku hanya mampu menyimpannya dalam hati aku

Bagi aku 'inilah cabaran dalam kehidupan'
Aku perlu jadi matang
Aku perlu jadi lebih sabar
Aku perlu lebih menghargai hidup yang sedang aku lalui
Kerana masa tidak boleh diputarkan kembali

Maafkan aku, aku.


2 comments:

  1. Bak kata Hamzah, "Dadu, Muiz, bukan ana yang menyentuh hati kamu, tapi Allah yang membuka hati kamu dan memberi sedikit hidayah kepada kamu." Dah tengok UMTAD?

    ReplyDelete

I value your comment :)