Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Saturday, November 16, 2013

Birthday Girls

Masa : 2400
Tempat : Bilik Tidur aku
Tarikh : 16/11/2013


Aku sedang dibuai mimpi. Indahnya mimpi ku. Aku mimpi aku dan Shah Rukh Khan sedang di dalam buruan polis kami bersama-sama menyelamatkan diri daripada menjadi tahanan.

tiba tiba...

"yunissss!! yunisss!!! laptop Niza hilang" kata Shida

siapa pulak yang kacau aku tidur ni...

"weh laptop Niza hilangg!" Shida terus berlalu pergi ke bilik Niza, bersebelahan dengan bilik ku..

Dengan wajah yang messy dan muka yang bertompok-tompok air liur (ni tipu) aku terus pergi ke bilik Niza.
Ada Zati, MJ, Shida dan Niza. Mereka sedang berbincang mengenai laptop
Tanpa perasaan, aku terus masuk bilik Niza dengan perjalanan ku yang terhuyung hayang baru lepas tidur.
Diorang tersengih-sengih tengok aku.

"Aku baru bangun tidur laa, penat exam tadi.. Shida kata laptop Niza hilang" kata ku kepada semua

"Wehhh mana laptop aku?" -Niza cakap dalam gelisah. jalan kiri dan kanan

"Cuba kau ingat betul-betul" -Zati

"Aku pergi bilik Amal tadi tapi tak kunci pintu aku, tapi aku pergi sekejap je. Yunis, kau ingat tak masa maghrib aku solat kat bilik kau, ingat tak? Masa tu takde apa. Tapi tadi aku masuk bilik laptop aku dah takde" - Niza dengan muka nak nangis + pucat.

"Yang peliknya charger laptop kau pencuri tu tak ambik pulak, beg laptop n laptop je dia ambik" - MJ

"Aku nak keluar bilik even pergi tandas pun bawak kunci bilik, ni pengajaran tuk kita semua." -Zati

"Sekarang ni aku tak tahu nak rasa apa, macam mimpi je laptop aku hilang. jap jap bagi aku masa feel" - Niza


Aku dah rasa syak sesuatu dah..
"Apesal laptop Niza je yang dia ambik, Ni haaa laptop MJ terbongkang taknak pulak dia ambik!" -kata ku

MJ terus peluk laptop dia...

"Nak tak kita tanya budak-budak aras ni?"- kata ku lagi..

"Ermmm boleh jugak" - Zati

Dalam hati aku, apesal diorang ni tak bertindak lagi ni.. macam layu je.. padahal laptop hilang tu! Assigments semua dalam laptop. nyawa tu...


HAPPY BIRTHDAY TO YOU..
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..
HAPPY BIRTHDAY TO MJ & YUNIS..
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...

hahahahahahahahaha!!!

Perghhhh!! Aku and MJ dah terjerit-jerit.. Aku terus sembamkan muka ke bantal. MJ dah terpekik pekik.. hahahahha.. lama jugak laaa suasana terpekik disusuli dengan gelak ketawa kami semua... Kurang ajar diorang kenakan aku!!

"Ehhh birthday aku lambat lagi laaa" kata ku

"Ingat memang nak buat minggu depan, tapi kalau tunggu minggu depan, lambat sangat pulak sebab birthday MJ dah lepasss" - Shida

hehehe. I lupa kita ada satu lagi birthday girll..


Aras ku jadi tersangat bising malam tadi.. Kami pun makan Kek Oreo dan KFC resipi ayam baru tu.. hehe
Rupanya KFC Felo Kak Izan yang sponsor. Wahhh siap Felo Kolej hadir birthday aku terharu.. hukhukhuk. Ni kali kedua kami semua satu aras makan tengah-tengah malam sambut birthday party. Siap ada budak first year datang wish birthday lagi uolls.. perghh perghhh...


Terima kasih semua, Sayang koranggg!!


Maaf gambar kami semua tak dapat diupload. Privacy la kata kan... hehe

Akibat: Aku tak dapat tidur sekarang dah pukul 3;39. Esok ada kelas pukul 9 pagi.. Semuanyaa birthday punya pasal la ni. hahahaa



No comments:

Post a Comment

I value your comment :)