Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Thursday, September 19, 2013

Kita Bakal Jadi Penghutang Sampai Mati

Hanya ingin berkongsi dan memberikan pendapat aku kepada anda semua. Sebelum itu, thanks to BlogSerius sebab dah buat aku sedar kembali tentang masa depan aku. heh

Dalam negara Malaysia, kita mengamalkan sistem kapitalisme. Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Ada juga camput tangan kerajaan Malaysia dalam sesetengah industri tertentu tapi mostly semuanya bergantung kepada developer. 

Kita sebagai generasi sekarang sebenarnya lebih miskin daripada generasi nenek moyang kita yang dulu tak pergi sekolah. Sebab? hidup kita dibebani hutang keliling pinggang. Baik dari segi hutang belajar, hutang rumah, hutang kredit kad dan sebagainya.

Aku sekarang ni yang tengah belajar pun takut nak bekerja. Takut nak jadi dewasa. Takut nak jadi lebih matang. Aku nak jadi budak budak balik boleh? Lepas habis belajar ni, confirm nak kumpul duit nak balas jasa mak bapak. Mesti nak beli rumah dekat dengan tempat kerja. Mesti nak beli kereta sebab itu keperluan, lainlah kalau aku ada rumah nak KL tempat kerja pun nak KL so boleh hari-hari naik public transportation. Tapi realiti sekarang ni? Mampu ke kita nak beli rumah seperti yang diinginkan? kawasan rumah yang strategik, harga berpatutan. mampu? Kalau kau anak orang kaya boleh la ayah kau mampu belikan rumah or bagi je rumah kat kau. 





Rumah sekarang paling minima pun sekita RM 200k itupun belum tentu bersesuaian dengan spesifikasi kita. Fresh graduate sudah semestinya gaji tak berapa nak tinggi. Lainlah bagi pemegang biasiswa syarikat gergasi Malaysia. Contoh, macam aku pun scholar UEM Berhad sebuah syarikat multinasional berteraskan kejuruteraan pun gaji pertama aku kerja nanti RM 3k. Semestinya aku kerja kat bandar, mestilah aku nak beli rumah kat bandar. Tapi harga rumah kat bandar pun macam tak masuk akal. GILA






Bagi aku memiliki rumah sendiri tu penting sangat. Aku pun nanti mesti nak beli kereta sendiri. Tak mahal pun takpe. Beli proton je atau produa. Sebab aku sedar aku nak mampu. Tapi dengan keadaan ekonomi Malaysia sekarang, aku rasa macam susah nak tunaikan permintaan nak beli kereta tu.






Masalah fresh graduate sekarang, bukan hanya fresh graduate tapi pekerja-pekerja separa berpengalaman ni suka ambil kredit kad. Aku dulu pernah kerja part time kat syarikat ayah kawan baik aku. Syarikat ayah dia ada buat kontrak dengan Bank Rakyat untuk dapatkan customer baru. Kerja aku ni memerlukan aku untuk pergi office ke office dan persuade mereka untuk buat kredit kad. Setiap bulan, kitaorang akan kira tau setiap bulan berapa permohonan customer untuk buat kredit kad diluluskan. Masa tu, bank offer limit kredit kad sehingga 3 kali ganda gaji anda, dengan caj 1% sahaja. Kalau gaji anda RM 3k anda boleh berbelanja sampai Rm 9k hanya dengan interest 1%. Tapi kalau tak bayar, interest akan berbukit-bukit. REALITINYA, ayah kawan aku yang buat bisnes kredit kad tu TAK PAKAI KREDIT KAD even gaji dia mahal. Penyakit anak-anak muda sekarang ni nak nampak kaya, barang semua nak ada brand, nak kereta sport tapi bila kita perhati dalam-dalam, mereka tak gembira pun sebab hutang keliling pinggang.





For developers of this country, please consider human rights also. Aku tak setuju lah buat projek rumah besar-besar tapi target customer foreign billionaires. Kebanyakan billionaires dari Singapura banyak beli banglo kat Malaysia especially Johor.


Aku suka kata-kata seorang manusia ni " You know, I thought I can work myself up to the ladder of the elite, and change everything, only to understand that, by the time I reach the top, if it even possible, that time I am no longer a human." 


SESIAPA BOLEH JAWAB PENYELESAIAN MASALAH INI? 

kalau takde PENYELESAIAN oleh orang kuat negara kita, aku akan start buat strategi untuk memikat lelaki-lelaki kaya untuk berkahwin dengan salah seorang mereka. Takyah kerja jaga anak kat rumah besar aku nanti. habis cerita. Kalau lelaki pikat lah wanita kaya k! 




No comments:

Post a Comment

I value your comment :)