Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Friday, June 07, 2013

What is Your Personality?

Seperti yang saya dah bagitahu ( eh ada bagitahu ke? ) , this week is my busiest week. Final exam semakin tiba ohhh tidakkkkkkk! Saya ni jenis suka study last minute tapi nasib baik bukan last sangat laa. Ada juga kawan yang study paling last minute daripada saya hehehe. 

Nak dipanjangkan cerita, minggu lepas saya demam so tak dapat nak study sebab asyik fokus kat demam je. Merengek bagitahu semua orang saya demam saya sakit pinggang saya tak ada selera makan. Nasib baik minggu ni demam okay sikit tapi suara still tak best! 

One of chapter yang saya telah cover ialah Personality di dalam buku Organization Behavior. Let me recap on what I've learned and remembered. Pakcik Colquitt cakap Personaliti boleh dipecahkan kepada 5. 


The Big Five Personality
- Conscientiousness-
-Agreeableness-
-Extraversion-
-Neuroticism-
-Openness-

Manusia yang conscientiousness (sebut betul-betul) ni sangat boleh diharap, organized, boleh dipercayai, bercita-cita tinggi, bekerja keras dan preserving. Kalau orang conscientiousness (sebut betul-betul) buat kerja memang perfect mantop mintop! Orangnya kuat berusaha akan cuba sedaya upaya untuk capai matlamat yang dia inginkan. Saya ni ada sikit la sifat conscientiousness ni. perasan sendiri nampak hahaha. Eh betul laaa. saya boleh dipercayai, saya bercita-cita tinggi. cita-cita saya nak jadi seorang job-creator and maybe seorang yang bekerja keras jugak? Eh? Siapa nak pinjamkan bakul dia pada saya? -___-


Next is agreeableness. Manusia dengan personaliti agreeableness ni seorang yang baik hati, kooperatif, sympathetic, berani dan suka tolong orang. Orang seperti mereka ni mempunyai kekuatan dalam perhubungan. Mereka suka diri mereka diterima oleh orang lain. Selalunya orang agreeableness ni cenderung bekerja kat department customer service sebab mereka pandai dalam komunikasi. Kalau ada masalah, mereka lebih suka bertolak ansur, hold on the problem to cool down the situation. Kalau dapat pakwe husband jenis agreeableness memang best la kan!. awww awww awwww


Personaliti exraversion pulak jenis orang yang suka bersosial, banyak bercakap, passionate, assertive, bold dan dominan di dalam kumpulannya. Kalau sorang dalam satu geng tu jenis banyak mulut sikit, dia tu extraversion la tu. Diorang ni cenderung jadi leader. Bapak-bapak gangster tu extraversion la kiranya. Suka bersosial, banyak bercakap dengan tauke geng lain, passionate dalam kerja nya. hehe. Saya rasa ramai yang talkactive tapi hanya sesetengah je boleh jadi dominan. Sebab ada yang talkactive benda yang merapu-rapu je. macam tin kosong. macam say........


Personaliti neuroticism adalah berlawanan dengan extraversion. Orangnya cepat gelabah, moody selalu, cepat cemburu, rasa setiap hari dalam diri dia tu ada je masalah. Pokoknya dia enggak bahagia sama idupnya dong. Ada sapa-sapa ngak yang punyai pacar sebegini? Kamu tinggalin aja sihh. Kamu suka dicemburui buta setiap saat? Pasti ngak kan?


Personaliti openness pulak orangnya kretif, imaginatif dan mempunyai sifat ingin tahu. Selalunya personaliti ni ada pada engineer ataupun orang seni. Fashion designer selalunya openness. Mereka sukakan sesuatu yang baru. Kalau aku ni memang tak kreatif laa jauh panggang dari api. Serious aku bukannya berjiwa seni sangat pun. Lain la my Colin Morgan. Seni sangat u'olls. awwww. Korang suka tak tengok Merlin? my favorite drama ever you know.. in the land of myth, there is one young warlock, his name is Merlin..


We as human may share different type of personalities. Jadi, jangan risau laa kalau kau jenis tak banyak cakap tak bermakna kau tergolong dalam orang yang neuroticism. Orang yang tak banyak cakap tak semestinya selalu moody dan kuat jealous kan? Mungkin mulut dia banyak simpan emas kita mana tahu.. 


If we know our personality, it is easy for us to know what field are we in. If you love creativity and doesn't have skill in communication, so you may go to art study. Selalunya orang-orang business ni jenis extraversion. Aku teringin nak jadi extraversion, tapi selalunya kalau aku cakap banyak pun bukan keluar perkataan berfaedah pun hahaha. Tapi kita boleh belajar dari sekarang kita nak personaliti yang macam mana.


Sebenarnya aku menulis semua ni pun salah satu cara macam mana aku nak ingat setiap satu personaliti. Harap-harap la keluar banyak sikit soalan pasal personaliti ni senang sikit aku ingat apa yang aku dah tulis/hafal hahahaa.


:')

kenal tak minah ni? agak-agak dalam dunia realiti dia personaliti apa? hihi

No comments:

Post a Comment

I value your comment :)