Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Wednesday, June 12, 2013

Part Paling Best Masa Jawab Paper Exam

Dua hari yang lepas aku menduduki peperiksaan akhir bagi subjek EPPD1023 Macroeconomics 
Masa diberikan adalah 2 jam 30 minit
Sila jawab SEMUA soalan 
SEMUA soalan esei, struktur dan pelukisan graf, keluk and whatsoever
Ada satu soalan ni aku tak ingat jawapannya apa
Seriously aku dah baca dah tapi tak ingat jawapannya
Aku tengok je Professor aku tengah duduk kat meja depan

"Kalau ada apa-apa yang anda tak faham, boleh tanya saya nanti masa exam"

Itulah kata-kata terakhir beliau semasa kelas akhir makroekonomi semester 2
Bila la Prof. nak datang meja aku ni
Haritu kata boleh tanya tapi kalau dia asyik duk meja depan camne nak tanya
Luckily lagi 30 minit masa nak habis Prof. meronda-ronda meja pelajar


Dia berhenti di meja hadapan aku.
Seorang pelajar perempuan tanya soalan
agak lama di situ mungkin dia tak faham

"cepat laa cepat laa Prof. datang tempat saya pulak" 
dalam hati

Dengan kuasa Allah Prof. datang meja aku dan dia pandang muka aku
Aku pun menunjuk-nunjuk soalan yang aku tak tahu menggunakan pen
Prof. nampak kelakuan aku

Perbualan dengan nada suara perlahan pun bermula
"okay jawab?"
"Prof, dalam pasaran wang kalau pendapatan meningkat, apa akan jadi eh?"
sambil menunjukkan jawapan sekerat aku yang tak lengkap
"Permintaan wang akan meningkat"
"Okay, lepas Md meningkat r (kadar bunga) meningkat kan?"
"Bukan, kadar bunga turun laa"


Aku pun salin balik apa yang Prof. cakap. 
Prof. memerhati apa yang aku tulis
"Okay tak Prof.?"
"Bolehla tu"


Professor pun meneruskan perjalanan ke meja belakang aku untuk menolong pelajar lain
Pelajar set lain panas hati je tengok-tengok sebab lecturer diorang tak tolong time exam
hahahahaa



Esok exam Organization Behavior pukul 3:30 petang
Soalan objektif & ESEI
perghhhh dengar esei nak terketar-ketar lutut
Hopefully soalan spot keluar esok 
:) 



No comments:

Post a Comment

I value your comment :)