Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Tuesday, April 16, 2013

Perubahan Diri Sendiri

Hampir sebulan daku tak update blog ni
Apesal teruk sangat ni? 
Bila sedang menulis, mesti banyak tekan backspace pastu terus close
Akhirnya takde la post for almost 3 weeks

Perubahan dalam diri membuatkan aku bingung
Kenapa aku merasakan ada sesuatu yang telah mengubah aku?
Sesuatu yang aku tidak suka
Minat blogging terus pudar dan pudar
Amboii.. penggunaan perkataan dalam post kali ni macam bukan aku punya jer
haha

Kadang-kadang aku rasa takut
Terkadang aku rasa ingin tahu
Terkadang pulak aku rasa macam maleh nak ambil tahu
hishhhhhhhhhh.... 

 Aku rasa macam ada sesuatu yang tak cukup dalam diri ni
Pasangan kah?
Terkadang hati ni inginkan perasaan tu
Terkadang pulak hati ni tak mahu lagi semua tu
Hati tak mahu ka pemikiran yang tak mahu?
Itu pun memeningkan kepala jugak nak fikir

Sekejap lagi umur ku akan menginjak ke alam 20
Aku rasa macam sekejap je hidup rupanya dah 20 tahun
lama tuuuuuuuu... 
Tapi pemikiran belum lagi cukup matang

Aku tak suka jadi matang!
Matang tu membosankan
Aku suka umur aku berbelas tahun
Aku boleh buat apa yang aku suka
sebab masa tu tak kenal lagi mana betul mana salah
hahaha


Bila aku dah terlalu sibuk nak menghabiskan degree ni
Aku tak ada masa untuk keseronokan diri sendiri
Keseronokan dengan kawan-kawan tu adalah lah
Tapi ada satu masa, hati ni dambakan kasih sayang
Ceh!! Damba konon!!!

Ye betul.. ni la yang aku rasa
Apa kata anda?
geli eh? ade aku kesah? 
Itulah perempuan. 
Cepat berasa sunyi dan inginkan perhatian
Perhatian dari seorang lelaki tak sama dengan kawan
Ape ke bongoks aku ni?
Aku tak sepatutnya fikirkan hal tu!!!
sengal...... 

 

No comments:

Post a Comment

I value your comment :)