Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Tuesday, April 30, 2013

Apa yang best dengan Teddy Bear tu? - Lelaki

Girls sukakan kecomelan
semua yang comel-comel
warna kalau boleh pun nak warna comel
contohnya warna Pink!

Eventhough aku bukanlah kaki Pink!
Tapi aku pelik la kebanyakan barang2 aku mostly warna Pink!
sport shoes, cadar tilam, tuala mandi, sandle, even tuttttt...
Saya TERBELI warna pink okay!
mungkin sebab naluri wanita memang dilahirkan sebegitu
Research studies shown that normally girls will be attracted to Pink
where as boys will be attracted to Yellow
haaaa see?!
Jawapan kenapa kebanyakan barang aku warna Pink.

Tengok dah melalut dah cerita nya.. 
Tadi kita cerita pasal apa?
benda benda comel kan?
haa Teddy Bear pun comel jugakss
apalagi Teddy Bear yang BESAR GEDABAK tuuuuuuu
hishhhh.. kalau aku dapat la kan Teddy Bear tu, takyah tidur pakai tilam pun takpe u'olls
hahahahaha

Nak tahu satu fact tak?
Seumur hidup aku, aku tak pernah dihadiahkan Teddy Bear oleh seorang lelaki
Hanya seutas jam tangan je itupun sempena birthday
kalau takda birthday takdelah hadiah hahaha
 Lelaki yang budget macho ni mana nak beli Teddy Bear untuk gegurl dia.
malu katanyaa... 
nasib baik aku takda boyfriend macam tu ahahaha


ahhhh!! tak kiraaa!!
aku akan paksa jugak bakal suami aku bagi hantaran Teddy Bear BESAR macam saiz manusia  masa majlis nikah kitaorang nanti.. 
  Dari dulu lagi kempunan nak peluk Teddy Bear besar kepunyaan sendiri
kat rumah ada dua Teddy Bear besar.
tapi tu cousins aku punya boyfriends diaorang belikan..
untungssss lahhhhh.. 

nanti boleh la Bebear temankan Yunis belajar sama-sama nanti. hihihik ^^

Monday, April 29, 2013

Kenyataan Norman Abdul Halim @ Norman KRU Sangat Jahil

Bila seorang anak seni Malaysia yang terlalu taksub dengan politik
Sehingga tidak memikirkan sensitiviti orang lain
Aku berkata disini bukan untuk menyokong mana-mana pihak
Tapi walaupun anda berada di parti politik masing-masing
Masih perlu menghormati pendapat/pilihan masing-masing
kan kita sesama Islam
tak gitu?


Ini tidak..
Anak seni yang sangat popular
dikatakan telah membawa perubahan kepada industri musik Malaysia
tidak menggunakan segala akal secukupnya
untuk menghujahkan pendapat


Statement beliau seolah-olah mengatakan pentadbiran berasaskan Islam 
adalah PENGHANCUR

Tidakkah dia sensitif?
Tidakkah dia sedar apa yang dinyatakannya?
Cakap main sedap mulut je..
kan dah nampak jahil..
kalau kena soal kat akhirat nanti cam mana?
apa nak jawab dengan Tuhan? 

perkataan "hancur" tu terlalu harsh




Sunday, April 28, 2013

Student Life on the Weekend!

Assalamualaikum and Hi u'olls..
Penat sangat la hari ahad ni.
macam taknak pergi kelas esok hehe
2 hari keluar berjalan tanpa henti
habis dah duit elaun..
please masukkan duit lebih sikit, UEM!! :'(


Kami baru habis exam mid-sem
soalan yang macam ape tah tu buat kami stress
so kami pun keluar la berjalan
nak hilangkan stress la katakan
tapi duit pulak yang habis.. ciss
entah cukup entah tak duit yang tinggal utk survive lagi sebulan kat sini.. 


so, ni photo semalam kat Mid Valley
semata nak pergi beli makanan kucing je wehh
takpelah at least dapat tengok budak(anak kucing) yang comels gilerz kat situz.. ehhehehe


haaa, nampak tak photo sebelah kiri, ada lelaki baju hitam tu, tu la kawan baru aku. Kawan Niza dari sekolah rendah.. sekarang belajar di UIA ambil engineering if i'm not mistaken. :')
Me and Nyza :)



Thursday, April 25, 2013

Majlis Anugerah Dekan Part II

Entah kenapa aku berasa macam tak dapat lagi je anugerah dekan semester ni
Aku rasa macam fail kat mid term Statistics
Aku silap pilih set kelas
Kelas kawan-kawan aku yang lain lecturer diaorang best gila
Mengajar pastu banyak borak hahahaha
Aku punya lecturer ialah orang cina
Kalau cina mengajar lain sikit
bersungguh-sungguh
soalan exam pun nanti 'bersungguh-sungguh' jugak laa
hmmm
cam nak nangis je jawab exam malam tu
aku rasa macam dapat C
:'(


aku dah berusaha sehabis mungkin sampai migrain kepala
last-last soalan susah
so, end up nya aku terpaksa tawakal


Aku teringat balik anugerah yang aku dapat masa sem I
Anugerah Pelajar Terbaik Tahun 1 u'olls
bukan nak riak, tapi aku rasa macam susah nak maintain status tu untuk semester 2
students cina kat sini bertungkus lumus
especially subjek Statistics
Kelas statistics aku ramai cina je
ye la kan lecturer pun cina
mesti la boleh kautim kautim markah
cisss
I hate discrimination


Kenangan terindah.. 

Dekan di tengah-tengah

 Pic yang bikin malu aku. double chin jelas kelihatan! tak sangka time ni aku gemuk gilaaa.. sekarang dah kurus kot rasanya.. Salah photographer jugak, ada ke dia ambik gambar aku dari bawah.. hehehe

aku memang ada masalah pipi tembam dari kecik. kalau badan naik, muka yang akan nampak ketara dulu


Student lain yang cemerlang



Tergelak guling-guling aku tengok gambar ni! hahahahaha! Baru aku tahu cara duduk aku macam ni selama ni. Plus dengan muka bosan yang macam ape tah. hahahaha
yunissss yunissss.. teruknya kauuu....

Tuesday, April 23, 2013

I Hope I Can Be A Good Muslimah One Day

In progress to be a better person in life
consists of so many challenges, influencers
that can bring you back to your old world
which is filled with inapropriate things that shouldn't be made by us

I'm thank to my friends here in college
because they can accept me for who am I 
I know one of causes of my physical changes is because of them
their motivations, advices, stories, experiences, etc
the other cause is because of my beloved father and mother

Last evening, we went to Hospital Serdang
visiting Shida's elder sister
Her sister had just given birth


comelnya awakk, gerammm...


You know, at the first sight I looked at the baby, 
I want to have a baby too. or maybe two
hehehe
Kuasa Tuhan memberikan nyawa kepada seseorang


Me and Niza, one of my bestie here. She just wearing niqab and still in learning 
p/s I'm not married yet haha

Husnul with Niza, two of my besties

three of us

Ape ni Yunisss?

still doing it again. hahaha. Niza muka terima je ape aku buat

Aku sayang kau sesangat wehh

Gambar yang terhangat sekali... hahaha. tolong la Yunis.. 


Thanks for reading..
:')
Esok exam Marketing, wish me luck! 



Monday, April 22, 2013

Switch On The Exam Mode!!

I will be having two papers on this week. 
Statistics & Marketing
So now i'm working on it like crazeyyyyy 
gosh -,- 


Soi, I hopei that youi will prayei for meiii.. hehehhee

 Disebabkan kami belajar in English but exam in Malay, so I have to translate word by word yang ada dalam buku dalam bentuk notes yang colorful.
Cantik tak? cantik kan.. 
ahaks

 Marketing's text book. Tengok pun dah 100 degree tahan mengantuk. 
Bayangkanlah camne aku terpaksa tahan mata guna lidi cungkil gigi supaya mata ku sentiasa terbuka


Ni la disease yang melanda kebanyakan students, belajar sambil ber-social networking
no good ye adek-adek. jangan tiru cam akak ni.  hehe


#UKM adalah satu-satunya universiti  di Malaysia yang memartabatkan Bahasa Melayu. so jangan tanya why all of our exams must be in Malay. But for international student, exam dalam Bi. International Business subject as well, yang akan aku ambik masa short-sem nanti. 



Sunday, April 21, 2013

Bagai Ada Sesuatu Dalam Diri Aku

Bermula dari pukul 10 malam tadi hingga sekarang 3:15 pagi aku tengok banyak videos kat Youtube
I accidentally watched many youtube videos pasal Islam
Sebelum tu, aku ada tengok satu Show Tyra
Perbincangan tentang homoseksual di America
Ada sesetengah rakyat kuat agama di Amerika menentang homoseksual

Setelah tu, aku tertengok satu video
bertajuk : Suara Merdu Yang Boleh Mengalir Air Mata
Aku betul-betul menangisss


Aku rasa bagaikan ada satu sirapan darah yang lalu mengalir dalam badan
 Aku bangga dengan budak lelaki tu
Aku rasa diri aku ni hina

Daripada video tu, macam-macam komen diterima
especially dari anti-Islam
mereka mengatakan kesian budak tu, dah diajar jadi begitu sejak kecil. 


Aku teruskan lagi dengan menonton videos 
yang bertajuk : Christians convert to Muslims
dan
Muslims convert to Christians
Daripada videos tu, aku jadi keliru sangat
setiap believer ada faith sendiri
Ada sebab-sebab sendiri mengapa perlu convert agama


Alhamdulillah aku ternampak satu video ni
Bertajuk : Dr Maurice Bucaille ( why i'm Islam )
videonya berkaitan dengan penjumpaan mumia yang tenggelam di Laut Mati
semasa mengejar Nabi Musa a.s 


aku berasa sekali lagi darah bersirap satu badan aku
Ya!! Betul!! Qur'an adalah Kitab Suci Allah!!
Satu-satunya kitab yang betul
Berbuktikan dapatan sains moden
Malahan banyak lagi scientists Barat yang dah convert Islam
Perkara ni lagi meyakinkan aku


Aku rasa aku ni hamba yang hina
aku dah banyak melakukan dosa
tapi setiap kali diri ni dah nak dekat dengan cahaya tu, 
pasti ada perkara yang menarik aku kembali ke jalan asal
YA ALLAH

aku mohon doa dari setiap orang
Ayah, Mak, maafkan Yunis.
Yunis belum jadi manusia yang baik lagi untuk akhirat
untuk bekal mak ayah


Thursday, April 18, 2013

Guys, Please Do Me a Favor Please Please

Siapa yang sedang baca post ni
mohon jasa baik anda
mohon sangat
korang baiks, handsomes, cantiks


kami TERmasuk satu pertandingan ni
serious TERmasuk! 
anjuran fakulti
photoshoot la kononnya
pemenang dikira berdasarkan like terbanyak 
so, alang-alang saya & rakan2 masuk
mestilah nak menang
malu la tak menang
eventhough hadiah maybe tupperware je
tapi nak menang jugak.
nak nak nak!! 
:'(


Mohon Like & Share
Like tu penting, Share Kedua Terpenting
pleaseeeee.. 
click SINI   

pleaseeee. i love you, really! :'( 
if you like our picture


Wednesday, April 17, 2013

Friendship

Many things have changed me
dalaman dan luaran
susah nak cerita
kekadang hati ni sendiri pun tak tahu camne nak explain
hahaha

But I'm happy cos I've met the best bestfriends in campus
Shida & Niza
my soul here
since I got no other soul hehe
they made my day everyday! 


Now I'm having a long journey towards the happiness of life 
or maybe afterlife
dalam journey tu, there's many challenges
terkadang daku sendiri pun jadi depress
ye la, nak mengubah benda yang habit tu susah
aku ni bukan kuat sangat pun
selalu sangat terpengaruh

But as I said before
I got my bestfriends
they strength me up
with  motivation, advice, etc
so I will keep moving and moving till the end
but sorry if I fail







Tuesday, April 16, 2013

Perubahan Diri Sendiri

Hampir sebulan daku tak update blog ni
Apesal teruk sangat ni? 
Bila sedang menulis, mesti banyak tekan backspace pastu terus close
Akhirnya takde la post for almost 3 weeks

Perubahan dalam diri membuatkan aku bingung
Kenapa aku merasakan ada sesuatu yang telah mengubah aku?
Sesuatu yang aku tidak suka
Minat blogging terus pudar dan pudar
Amboii.. penggunaan perkataan dalam post kali ni macam bukan aku punya jer
haha

Kadang-kadang aku rasa takut
Terkadang aku rasa ingin tahu
Terkadang pulak aku rasa macam maleh nak ambil tahu
hishhhhhhhhhh.... 

 Aku rasa macam ada sesuatu yang tak cukup dalam diri ni
Pasangan kah?
Terkadang hati ni inginkan perasaan tu
Terkadang pulak hati ni tak mahu lagi semua tu
Hati tak mahu ka pemikiran yang tak mahu?
Itu pun memeningkan kepala jugak nak fikir

Sekejap lagi umur ku akan menginjak ke alam 20
Aku rasa macam sekejap je hidup rupanya dah 20 tahun
lama tuuuuuuuu... 
Tapi pemikiran belum lagi cukup matang

Aku tak suka jadi matang!
Matang tu membosankan
Aku suka umur aku berbelas tahun
Aku boleh buat apa yang aku suka
sebab masa tu tak kenal lagi mana betul mana salah
hahaha


Bila aku dah terlalu sibuk nak menghabiskan degree ni
Aku tak ada masa untuk keseronokan diri sendiri
Keseronokan dengan kawan-kawan tu adalah lah
Tapi ada satu masa, hati ni dambakan kasih sayang
Ceh!! Damba konon!!!

Ye betul.. ni la yang aku rasa
Apa kata anda?
geli eh? ade aku kesah? 
Itulah perempuan. 
Cepat berasa sunyi dan inginkan perhatian
Perhatian dari seorang lelaki tak sama dengan kawan
Ape ke bongoks aku ni?
Aku tak sepatutnya fikirkan hal tu!!!
sengal......