Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Thursday, January 03, 2013

Kawan atau Boyfriend?

Siapa yang akan diutamakan dulu? boyfriend atau kawan baik? Mesti masing-masing tengah berfikir kan. Dari pengalaman aku, ramai kawan aku mengutamakan boyfriend dulu sebelum aku. hahaha. Contoh bila kawan ajak keluar, mesti liat nak pergi kalau tempat tak best.. Kalau boyfriend ajak keluar cepat je. amboi. 


Tapi aku tak terasa pun, sebab aku bukan seorang yang cepat terasa/sensitive. Biarlah dia dengan boyfriend dia, sekali sekala jumpa. bukan selalu. Nanti bila dah balik dari keluar, cari aku jugak. hehe. 


Tapi ada yang macam terlebih sangat pulak. Sampai kadang-kadang kita sebagai kawan rasa seperti hanya didampingi bila dia ada masalah. Bila dia bersuka ria, banyak kongsi dengan boyfriend, which is not good. Cuba kalau kau sakit perut senggugut tengah malam, siapa nak cari minta tolong? tak kan nak suruh boyfriend datang malam-malam "nahh awak ni ubat senggugut awak saya beli kat 7-eleven tadi", itu kalau duduk rumah takpe lah. Kalau kau duduk asrama macam mana? haaaa


Kalau nak cari boyfriend pun cari laa boyfriend yang mesra dengan kawan-kawan. Bukan sebab apa, senang nanti boleh chill out sama so takda la timbulnya perasaan berbelah bagi nak keluar dengan kawan ke boyfriend. Kalau si boyfriend pasif je, tak da la warna warni dalam perhubungan. 


Aku ada seorang kawan yang ada boyfriend sporting gila. Si awek kena "bahan" dengan boyfriend depan kawan-kawan awek dia sendiri. Awek dia chill je siap boleh ugut boyfriend lagi then satu geng tergelak. Biasalah membahan ni, formula menceriakan suasana masa lepak.  Tapi ada orang salah anggap yang "membahan" orang ni macam nak jatuhkan air muka. Itu depends on si "pembahan" tu sendiri cara dia "membahan"

Dah melalut ke tajuk membahan pulak! hihi. 

So, fikir-fikir kan lah. Jangan sampai putus kawan sebab boyfriend. Pernah jadi dalam hidup aku dan sangat memalukan. :') 


sumber : Pakcik Google



No comments:

Post a Comment

I value your comment :)