Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Wednesday, January 09, 2013

Gatal atau Gentle?

Nak dijadikan cerita, malam tadi kami bertiga sekawan pergi Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Bangi untuk berjumpa dengan kawan kepada kawan aku. Tak plan pun nak makan sana since aku dah makan sebelum tu. So, bila duduk atas kerusi, pelayan datang nak ambik order. Nak taknak dah duduk kedai orang mesti lah kena beli apa-apa even minuman sekalipun kan. haha. Aku pun pilih jus tembikai.


Berborak lama sampai la masa kami nak berpisah dengan kawan kepada kawan aku tu. Masa berjalan keluar restoran, ada seorang pekerja lelaki restoran tu tegur aku depan kawan-kawan aku yang lain. 

Lebih kurang macam ni perbualan aku dengan dia. 

Dia : awak, ni haa tadi ada orang bagi nombor ni. Nahhh.. ( sehelai kertas empat segi putih tertulis no. Celcom)
Aku : Haaaaa? 
Dia : Ambil la, abang tu nak berkenalan dengan awak.
Aku : Takpe laaa.. ( sambil tangan buat tanda taknak )
Dia : Ambil laaa.. ( still hulurkan kertas putih tu pada aku )
Aku : Takpe laa.. ( berlalu dari situ sambil tersenyum)

Kawan-kawan aku dah tergelak-gelak dah. Jahat betul. 

Anyway, esok malam kami se geng seramai 6 orang memang nak pergi Restoran Ana Ikan Bakar Petai tu. Dah plan lama dulu nak makan sana since sebelum exam. Dengar cerita ikan bakar kat sana sedap tapi harga mahal sikit la. 

So, kalaulah jodoh aku berjumpa dengan abang yang bagi nombor tu, nak buat macam mana ye? Aku pun dah ingat lupa muka dia camne. Adakah ini namanya gentle ataupun gatal? Gentle sebab sanggup memalukan diri offer nombor tapi tak diterima ataupun gatal sebab belum lagi kenal, dah berani bagi nombor. 

P/S : Semoga semua pelajar peringkat ijazah yang sedang menduduki final exam berjaya menjawab dengan baik :) 


 Sumber



2 comments:

  1. kalau gentle.. mungkin abg tu dah pergi jumpa awak terus, then kasi hp baru berserta sim card...

    wahh gitu..

    ReplyDelete

I value your comment :)