Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Wednesday, January 09, 2013

Kemasukan Pelajar Lepasan SPM ke IPTA

Masih segar bugar dalam fikiran ku tatkala teringat kembali zaman lepasan SPM ku. Bila masuk je website Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar, ingatkan dapat la sambung diploma di mana-mana universiti yang telah dipilih, rupanya sangkaan ku MELESET. I didn't get any offers u knowwww... okay nak kata frust menonggeng bukan lagi dah, dah jadi macam pesakit Hospital Bahagia pun ada.


Chance kedua lepas IPTA ialah Matrikulasi. I guess dapat offer la dari Matrik, sekali MELESET jugak! oh my god. Apa yang sedang Kau uji pada ku? so what did I do is I call semua orang yang terlintas di fikiran masa tu, ceritakan masalah, then gather all the infos and ways to get a place in IPTA. Semasa keadaan tegang tu la mom bersama daku menenangkan anak dia yang frust menonggeng ni. Kami pergi ke Putrajaya Bangunan Matrikulasi berjumpa sendiri dengan Naib Pengarah Matrikulasi, lupa dah nama Haji tu. But he's too kind and humble person. seriously. Dengan pertolongannya, dapatlah daku menjadi pelajar Matrikulasi Negeri Sembilan. siap boleh pilih matrik mana aku nak lagi! hahaha.


Two months later  kot tak ingat dapat surat dari Politeknik Ungku Omar yang offer Diploma Perakaunan selama 3 tahun. But I choose Matrik since I love its environment of study.  hehe.


Agak-agak kenapa ye daku tak dapat offer? Masuk matrik pun second intake malu sikit dengan pelajar first intake haha. Rupanya begini, aku silap isi course masa pemilihan course-course yang kita nak sambung. Naib Pengarah Matrikulasi tu kata result SPM aku dah bagus dah boleh masuk pure science tapi disebabkan aku pilih semuanya course perakaunan so result aku tak boleh compete dengan result pelajar SPM lain yang memang ambil pure perakaunan masa SPM. Aku ambil Chemistry, Physics, Additional Maths and Accounting masa SPM. So aku strong lebih bahagian science. Compare dengan pelajar yang ambil Accounting, Ekonomi and Perdagangan masa SPM, mesti la permohonan course diorang akan lebih layak dari aku. Kiranya aku ni tali barut science laa sebab sanggup berjuang nak further study accounting. haha!


Pengarah Matrikulasi tu macam physco aku minta further study in science stream. Ye la macam rugi kan sebab dah belajar Physics and Chemistry semua tu sampai otak pun jem. Sampai apa yang aku belajar masuk sekali dalam realiti. contoh, masa naik bas pemandu bas brek mengejut so aku akan kedepan. Ohhh ni sebab inertia.  Then, bila tengok kawan makan asam, aku pun berkata Ehh jangan makan asam laa, asam tu bersifat corrosive nanti sakit perut kau. Gila poyo kan aku dulu? hahaha


Walaupun aku suka belajar science, tapi aku lebih suka belajar perkara yang lebih kepada calculation. Kat Matrik, aku ambil perakauan, alhamdulillah aku boleh survive. Dan sekarang aku merupakan pelajar Bachelor in Business Administration (Hons) di UKM dan insya-Allah tahun 2 nanti aku berhasrat nak major in International Business. since hati aku dah suka pula pada business daripada perakaunan. haha. Another factor why I will be majoring in International Business sebab my sponsor, United Engineer Malaysia is a multinasional company. and since my sponsor banyak taja pelajar oversea and local dalam engineering and accounting, so there must be very strong competition between students to get a place in the workplace soon. Dalam my badge, cuma daku seorang pelajar yang ambil business.


I am not so interested in science sebab ia banyak perhafalan, I am getting bored with accounting sebab makin lama belajar makin membosankan. Now I am with my loved ones, business. muah!

Kesimpulan dari post harini, jangan sedih kalau tak dapat offer ke IPTA ( eh mesti la sedih! ) tapi ingat Tuhan merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Buat apa yang hati kita suka bukan sebab terpaksa.

Salam Rabu :')


Junior local scholars with UEM staffs. Nampak tak daku berbaju kurung hitam merah sedang duduk di tengah-tengah. Kulit ku sangat tan berkat pemberian Allah, naib juara pasukan hoki wanita Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia. tapi sekarang dah cerah balik dah. hahahaha :p



Gatal atau Gentle?

Nak dijadikan cerita, malam tadi kami bertiga sekawan pergi Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Bangi untuk berjumpa dengan kawan kepada kawan aku. Tak plan pun nak makan sana since aku dah makan sebelum tu. So, bila duduk atas kerusi, pelayan datang nak ambik order. Nak taknak dah duduk kedai orang mesti lah kena beli apa-apa even minuman sekalipun kan. haha. Aku pun pilih jus tembikai.


Berborak lama sampai la masa kami nak berpisah dengan kawan kepada kawan aku tu. Masa berjalan keluar restoran, ada seorang pekerja lelaki restoran tu tegur aku depan kawan-kawan aku yang lain. 

Lebih kurang macam ni perbualan aku dengan dia. 

Dia : awak, ni haa tadi ada orang bagi nombor ni. Nahhh.. ( sehelai kertas empat segi putih tertulis no. Celcom)
Aku : Haaaaa? 
Dia : Ambil la, abang tu nak berkenalan dengan awak.
Aku : Takpe laaa.. ( sambil tangan buat tanda taknak )
Dia : Ambil laaa.. ( still hulurkan kertas putih tu pada aku )
Aku : Takpe laa.. ( berlalu dari situ sambil tersenyum)

Kawan-kawan aku dah tergelak-gelak dah. Jahat betul. 

Anyway, esok malam kami se geng seramai 6 orang memang nak pergi Restoran Ana Ikan Bakar Petai tu. Dah plan lama dulu nak makan sana since sebelum exam. Dengar cerita ikan bakar kat sana sedap tapi harga mahal sikit la. 

So, kalaulah jodoh aku berjumpa dengan abang yang bagi nombor tu, nak buat macam mana ye? Aku pun dah ingat lupa muka dia camne. Adakah ini namanya gentle ataupun gatal? Gentle sebab sanggup memalukan diri offer nombor tapi tak diterima ataupun gatal sebab belum lagi kenal, dah berani bagi nombor. 

P/S : Semoga semua pelajar peringkat ijazah yang sedang menduduki final exam berjaya menjawab dengan baik :) 


 Sumber



Thursday, January 03, 2013

Kawan atau Boyfriend?

Siapa yang akan diutamakan dulu? boyfriend atau kawan baik? Mesti masing-masing tengah berfikir kan. Dari pengalaman aku, ramai kawan aku mengutamakan boyfriend dulu sebelum aku. hahaha. Contoh bila kawan ajak keluar, mesti liat nak pergi kalau tempat tak best.. Kalau boyfriend ajak keluar cepat je. amboi. 


Tapi aku tak terasa pun, sebab aku bukan seorang yang cepat terasa/sensitive. Biarlah dia dengan boyfriend dia, sekali sekala jumpa. bukan selalu. Nanti bila dah balik dari keluar, cari aku jugak. hehe. 


Tapi ada yang macam terlebih sangat pulak. Sampai kadang-kadang kita sebagai kawan rasa seperti hanya didampingi bila dia ada masalah. Bila dia bersuka ria, banyak kongsi dengan boyfriend, which is not good. Cuba kalau kau sakit perut senggugut tengah malam, siapa nak cari minta tolong? tak kan nak suruh boyfriend datang malam-malam "nahh awak ni ubat senggugut awak saya beli kat 7-eleven tadi", itu kalau duduk rumah takpe lah. Kalau kau duduk asrama macam mana? haaaa


Kalau nak cari boyfriend pun cari laa boyfriend yang mesra dengan kawan-kawan. Bukan sebab apa, senang nanti boleh chill out sama so takda la timbulnya perasaan berbelah bagi nak keluar dengan kawan ke boyfriend. Kalau si boyfriend pasif je, tak da la warna warni dalam perhubungan. 


Aku ada seorang kawan yang ada boyfriend sporting gila. Si awek kena "bahan" dengan boyfriend depan kawan-kawan awek dia sendiri. Awek dia chill je siap boleh ugut boyfriend lagi then satu geng tergelak. Biasalah membahan ni, formula menceriakan suasana masa lepak.  Tapi ada orang salah anggap yang "membahan" orang ni macam nak jatuhkan air muka. Itu depends on si "pembahan" tu sendiri cara dia "membahan"

Dah melalut ke tajuk membahan pulak! hihi. 

So, fikir-fikir kan lah. Jangan sampai putus kawan sebab boyfriend. Pernah jadi dalam hidup aku dan sangat memalukan. :') 


sumber : Pakcik Google