Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Monday, December 31, 2012

Kenapa Perempuan Gelabah Bawa Kereta

Lelaki selalu perlekehkan bila perempuan bawa kereta. Betul tak wahai kaum adam? Jangan tipu laa. Bila anda (lelaki)  sedang memandu dan kereta depan bergerak terlalu perlahan mesti korang cakap " ni mesti driver perempuan ni!! " 

Bila pemandu tu salah sikit je, mind set dah salahkan pemandu perempuan walaupun sebenarnya itu adalah pemandu lelaki. Anda sebagai lelaki kena faham hati perempuan ni lembut. hahaha. Dia ada satu perasaan yang takut bila memandu sebab ia melibatkan nyawa. Sebab tu bila perempuan memandu, dia memandu dengan berhati-hati. Kalau lelaki main bedal je, sampai tercabut stereng pun tak perasan.

Perempuan ni lagi satu sayang harta benda. Kalau dah beli satu kereta, rasanya selama-lamanya lah pakai kereta tu. Sebab tu la bila anda tengok pemandu perempuan memandu dengan berhati-hati. Kadang-kadang terlalu berhati-hati sampai tak bergerak-gerak kereta tu hahaha.

That's why perempuan prefer kereta auto sebab macam bawa kereta mainan je. Beza dengan lelaki sebab bagi mereka, tak maen laa kereta auto ni brader, tak extreme la brader....


Tapi kelebihan jugak bagi perempuan bila tak mind set korang (lelaki) suka salahkan pemandu perempuan, sebab bila korang hangout dengan kawan-kawan perempuan, korang akan takut dan tak kan membiarkan kawan perempuan korang yang pandu kereta. So, nak tak nak, penat berjalan macam mana pun, akhirnya koranggggg jugakkkk yang kena memandu... perempuan boleh tidur dalam kereta.. hahaha. betul tak?


Anda sebagai lelaki kena lah faham situasi yang dialami oleh perempuan. Biasanya awal-awal je perempuan takut, bila dia dah boleh biasakan diri dengan saiz kereta, cara memandu, mesti dia akan jadi lebih hebat darpada biasa hahaha. macam saya. Eh?!


contoh bila pemandu perempuan dah terlampau expert. lelaki mampu? hahaha


2 comments:

I value your comment :)