Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Monday, December 24, 2012

Dah Cukup Besar Dah Ke?

Sebelum tu, selamat menyambut Hari Krismas untuk semua kawan-kawan ku yang beragama Kristian! :') 


Kekadang, aku berasa aku dah cukup besar untuk membuat keputusan, memilih kawan, dan kawen. hahahaha. Ok gurau. Kawen tu lambat lagi. hehe


Kekadang, aku berasa aku rindukan bebelan mak aku, peraturan yang mak buat. Aku rindukan masa aku sekolah dulu. Macam mana mak aku selalu renjiskan air pada muka untuk bangunkan aku pergi sekolah, kalau tak bangun jugak, dia angkat aku pergi bilik air, buka baju and mandilah aku dengan otak yang terkejut macam kena elektrik! hahaha.

Aku pun rindukan macam mana mak gosok baju sekolah aku sebab aku tak sempat nak gosok baju sekolah sebab lambat bangun. Mak selalu blackmail, dia cakap start dari darjah 6 aku kena gosok baju sendiri, kalau tak, mak takkan gosok, biar lantak aku pergi sekolah sakai2. Tapi, dia tak sampai hati.. Dia gosok juga baju sekolah aku tapi mulut dia tetap bising. Pagi2 lagi aku dah kena bebel nak g sekolah. hahahaha. 


Peraturan mak yang lepas sekolah kena terus balik rumah, jangan ikut kawan pergi jalan-jalan. Dari kecik aku memang pergi sekolah jalan kaki, sekolah dekat je dengan rumah. Rindu macam mana aku pernah kena rotan sebab buat hal masa kecik-kecik dulu. Aku geram sangat! kenapa mak pukul aku? sebab mak nak tengok aku jadi manusia berguna satu hari nanti :')


Aku pun rindukan macam mana mak catu duit poket sekolah aku hari-hari. Sehari RM5 masa sekolah menengah. Kalau nak lebih kena bagitahu sebab. hehe. contohnya, cikgu minta duit yuran, kena beli buku latihan baru. tapi kalau nak beli baju baru, sebulan lebih baru dapat. hahaha. 


Aku rindukan macam mana mata mak merah menahan air mata semasa aku and mak berdiri atas pentas di hadapan semua cikgu, ibu bapa and pelajar cemerlang sekolah yang lain. Anak mak yang seorang ni dapat jadi best student sekolah padahal selalu buat mak tension dengan perangai aku.



TAPI SEKARANG? 


Mak dah takda bebel sebab bagi dia, aku dah reti buat keputusan sendiri, uruskan diri sendiri.
Mak dah takda peraturan balik kuliah, kena terus balik kolej, sebab aku dah pelajar universiti bukan budak sekolah
Mak dah takda catu duit poket, even dia tak bagi pun lagi duit poket.
Mak dah takda gosokkan baju sekolah, sebab aku pakai baju biasa je g kuliah tak payah gosok pun tkpe. 
Mak dah takda renjiskan air pagi-pagi untuk bangunkan aku, sebab kelas aku selalunya tengahari.
Mak dah takda naik atas pentas macam sekolah dulu, insyaAllah mak boleh tengok aku dapat anugerah dekan nanti.

how i miss those sweet moments with Mom!

and also, my friends!



So adik-adik yang nak masuk sekolah tak lama lagi, hargai masa korang tu. best tau pakai uniform sekolah. Lagi best masuk universiti macam-macam korang akan hadapi. hahaha.



9 comments:

  1. Syaqira, spotted! Haha so cute.

    By the way, what's your email? I want to invite you to my blog if you want to la hehe.

    X

    ReplyDelete
  2. Syaqira, spotted! Haha so cute.

    By the way, what's your email? I want to invite you to my blog if you want to la hehe.

    X

    ReplyDelete
  3. @Hanis Halim

    you are cute too babe! :)
    yusnidar.usman@rocketmail.com

    ReplyDelete
  4. yuniz...follow me back k...done following you...emmasyahira

    ReplyDelete
  5. Selamat menjadi dewasa hargai kedua orang tua anda..

    Sebagai perempuan sebeanrnye anda masih tertakluk ke atas kedua ibu bapa anda sehinga anda berkahwin.

    Apapon selamat menempuh alam dewasa.
    Good luck.

    ReplyDelete

I value your comment :)