Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Friday, December 07, 2012

Best ke Kawin Awal ?

Assalamualaikum..

Dah lama saya update blog saya ni, pelajar la katakan. lol. Apa pendapat korang tentang kawin awal?

Setuju?
Tidak Setuju?

Haaaa kat sini saya nak bagitahu yang kumpulan kelas Pembangunan Diri saya ( terdiri dari 10 orang : 5 lelaki 5 perempuan ) akan membuat forum yang bertajuk  Lembut Lidah Manis Madah : Kawin Awal. Sebenarnya ini merupakan tugasan kami, Prof akan memberikan markah dari segi komunikasi, dan sebagainya. Idea nak buat forum kawin awal ni tercetus daripada kami semua sendiri


2 orang kawan saya akan jadi Ust. Siti Nur Baiyah dan suami beliau. Dalam forum tu, mereka akan berlakon dan bercakap seperti Ust. Baiyah dan suami laa. akan ada scene yang panggil ling ling. hahaha. Bercakap seperti Ust. Baiyah dan suaminya. forum ni akan menjadi santai dan tidak formal..


Saya pulak dengan kawan saya akan jadi pasangan yang berkahwin awal. Kami tetamu jemputan. Antara soalan yang akan ditujukan ialah pengalaman setelah berkahwin, perancangan anak, halangan kepada isteri dan nasihat kepada penonton. Untuk pengetahuan korang, kami akan menjalankan forum di dalam dewan kuliah dihadapan pelajar2 yang lain. maluu. 

2 orang kawan lagi akan menjadi pasangan yang berkahwin awal yang sudah bercerai. hahaha. Mereka akan ditanya oleh Ust. Baiyah dan suami tiruan tentang pengalaman bercerai, bagaimana boleh terjadinya penceraian dan nasihat kepada penonton. haha

2 orang kawan lagi akan menjadi penonton, in case kalau pelajar2 lain dalam kuliah tak sporting masa tu, mereka lah yang akan mengajukan soalan kepada tetamu jemputan ataupun Ust. Baiyah dan suami sendiri. Forum ni memang kami plan nak jadikan sebijik macam program Ust. Baiyah. hehe

2 orang kawan lelaki pulak akan membuat buletin/cameraman. Mereka akan merakam perbualan forum kami daripada awal hingga akhir, mereka juga akan membuat brochure untuk diberikan kepada penonton. Baru laa forum tu macam real sikit. hehe. Selepas forum ni, kami akan memberikan hardcopy dan softcopy sebagai bukti kerja berkumpulan kami. 

Mohon doakan forum kawin awal kami tu nanti akan berlangsuung dengan jayanya. Sebab tu markah untuk ditambah dalam final exam kami. hehe.


Pembangunan Diri ni nampak macam sivik yang kita belajar kat sekolah dulu, sebenarnya kelas PD ni laa yang bagi saya bergembira dan tak tension, takdalah projek kelas lain macam Business, or Microeconomics. semua tu stress. hahaha.



Lebih kurang macam ni forum yang akan kami buat nanti. hehe
baju Ust. Siti Nur Baiyah dan suami sedondon,
dan sebagainya. hehe

2 comments:

  1. GOOd luck yus^^.bt forum tu under subject ape,mcm same ngn aku je,tp under subj bisnes communication..n part 2 org kwn kau yg da kawen awl tp da cerai,korang g temubual.klu realiti,bole ksi krjasama ke.haha.

    ReplyDelete

I value your comment :)