Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Monday, December 31, 2012

My Last Entry of 2012

Terima meseg daripada Ain

Pada pukul 11.47 pagi

Ain : Jom lepak new year :)
Aku : Mano?
Ain : Gentings
Aku : Ngan sapo?
Ain : Biasakkkk laaa
Aku : Jemput aku eh? hihi ( currently I'm in Bangi )
Ain : Okay
Aku : Pukul berapa? bagitahu awal sebab aku kena striving dengan buku nak final kan hihi
Ain : around 9pm or 10pm

Pada pukul 12.18 pagi
Satu email diterima daripada UEM. Berkenaan ucapan Selamat Tahun Baru dan kata-kata semangat untuk final exam kepada semua scholars. 


Aku berfikir, betul ke apa aku buat ni? Patut ke aku keluar lepak malam bersama-sama kawan-kawan ATAU belajar untuk  final sebab banyak lagi tak cover. Aku memang suka keluar jujur aku kata. 


So, aku decide siang aku struggle buat nota ang ulangkaji sementara tunggu Ain and the gengs jemput malam nanti. Waktu Maghrib, solat jap dan aku berdoa, apa yang harus aku lakukan? berikan aku petunjuk. ikut kata hati atau kata akal.


Pada pukul 10 malam
Ain : B kau dah siap ke? macam tak sompek je veryyy sorryyyyy
Aku : Maksudnya?
Ain : maksudnya tak dapat pick up awak laa
Aku : okay takpe takpe
Ain : Azreen lambat, tadi bateri dia habis. Okaiss, selamat study, nanti habis final kita lepen. 


So, kesudahan ceritanya, aku still berada di atas katil ku yang pink menulis entry ni.  Mungkin aku akan terus berada di sini, atau mungkin nanti aku akan keluar dengan kawan-kawan kolej. itupun kalau ada kereta.



Kenapa Perempuan Gelabah Bawa Kereta

Lelaki selalu perlekehkan bila perempuan bawa kereta. Betul tak wahai kaum adam? Jangan tipu laa. Bila anda (lelaki)  sedang memandu dan kereta depan bergerak terlalu perlahan mesti korang cakap " ni mesti driver perempuan ni!! " 

Bila pemandu tu salah sikit je, mind set dah salahkan pemandu perempuan walaupun sebenarnya itu adalah pemandu lelaki. Anda sebagai lelaki kena faham hati perempuan ni lembut. hahaha. Dia ada satu perasaan yang takut bila memandu sebab ia melibatkan nyawa. Sebab tu bila perempuan memandu, dia memandu dengan berhati-hati. Kalau lelaki main bedal je, sampai tercabut stereng pun tak perasan.

Perempuan ni lagi satu sayang harta benda. Kalau dah beli satu kereta, rasanya selama-lamanya lah pakai kereta tu. Sebab tu la bila anda tengok pemandu perempuan memandu dengan berhati-hati. Kadang-kadang terlalu berhati-hati sampai tak bergerak-gerak kereta tu hahaha.

That's why perempuan prefer kereta auto sebab macam bawa kereta mainan je. Beza dengan lelaki sebab bagi mereka, tak maen laa kereta auto ni brader, tak extreme la brader....


Tapi kelebihan jugak bagi perempuan bila tak mind set korang (lelaki) suka salahkan pemandu perempuan, sebab bila korang hangout dengan kawan-kawan perempuan, korang akan takut dan tak kan membiarkan kawan perempuan korang yang pandu kereta. So, nak tak nak, penat berjalan macam mana pun, akhirnya koranggggg jugakkkk yang kena memandu... perempuan boleh tidur dalam kereta.. hahaha. betul tak?


Anda sebagai lelaki kena lah faham situasi yang dialami oleh perempuan. Biasanya awal-awal je perempuan takut, bila dia dah boleh biasakan diri dengan saiz kereta, cara memandu, mesti dia akan jadi lebih hebat darpada biasa hahaha. macam saya. Eh?!


contoh bila pemandu perempuan dah terlampau expert. lelaki mampu? hahaha


Monday, December 24, 2012

Dah Cukup Besar Dah Ke?

Sebelum tu, selamat menyambut Hari Krismas untuk semua kawan-kawan ku yang beragama Kristian! :') 


Kekadang, aku berasa aku dah cukup besar untuk membuat keputusan, memilih kawan, dan kawen. hahahaha. Ok gurau. Kawen tu lambat lagi. hehe


Kekadang, aku berasa aku rindukan bebelan mak aku, peraturan yang mak buat. Aku rindukan masa aku sekolah dulu. Macam mana mak aku selalu renjiskan air pada muka untuk bangunkan aku pergi sekolah, kalau tak bangun jugak, dia angkat aku pergi bilik air, buka baju and mandilah aku dengan otak yang terkejut macam kena elektrik! hahaha.

Aku pun rindukan macam mana mak gosok baju sekolah aku sebab aku tak sempat nak gosok baju sekolah sebab lambat bangun. Mak selalu blackmail, dia cakap start dari darjah 6 aku kena gosok baju sendiri, kalau tak, mak takkan gosok, biar lantak aku pergi sekolah sakai2. Tapi, dia tak sampai hati.. Dia gosok juga baju sekolah aku tapi mulut dia tetap bising. Pagi2 lagi aku dah kena bebel nak g sekolah. hahahaha. 


Peraturan mak yang lepas sekolah kena terus balik rumah, jangan ikut kawan pergi jalan-jalan. Dari kecik aku memang pergi sekolah jalan kaki, sekolah dekat je dengan rumah. Rindu macam mana aku pernah kena rotan sebab buat hal masa kecik-kecik dulu. Aku geram sangat! kenapa mak pukul aku? sebab mak nak tengok aku jadi manusia berguna satu hari nanti :')


Aku pun rindukan macam mana mak catu duit poket sekolah aku hari-hari. Sehari RM5 masa sekolah menengah. Kalau nak lebih kena bagitahu sebab. hehe. contohnya, cikgu minta duit yuran, kena beli buku latihan baru. tapi kalau nak beli baju baru, sebulan lebih baru dapat. hahaha. 


Aku rindukan macam mana mata mak merah menahan air mata semasa aku and mak berdiri atas pentas di hadapan semua cikgu, ibu bapa and pelajar cemerlang sekolah yang lain. Anak mak yang seorang ni dapat jadi best student sekolah padahal selalu buat mak tension dengan perangai aku.



TAPI SEKARANG? 


Mak dah takda bebel sebab bagi dia, aku dah reti buat keputusan sendiri, uruskan diri sendiri.
Mak dah takda peraturan balik kuliah, kena terus balik kolej, sebab aku dah pelajar universiti bukan budak sekolah
Mak dah takda catu duit poket, even dia tak bagi pun lagi duit poket.
Mak dah takda gosokkan baju sekolah, sebab aku pakai baju biasa je g kuliah tak payah gosok pun tkpe. 
Mak dah takda renjiskan air pagi-pagi untuk bangunkan aku, sebab kelas aku selalunya tengahari.
Mak dah takda naik atas pentas macam sekolah dulu, insyaAllah mak boleh tengok aku dapat anugerah dekan nanti.

how i miss those sweet moments with Mom!

and also, my friends!



So adik-adik yang nak masuk sekolah tak lama lagi, hargai masa korang tu. best tau pakai uniform sekolah. Lagi best masuk universiti macam-macam korang akan hadapi. hahaha.



Tuesday, December 18, 2012

Kawen Kawen Kawen

Lately ni asyik bercerita pasal kawin je. Ohh lupa pulak! kan sekarang bulan 12. Of course there's so many couples out there yang nak end up relationship diorang dengan berkahwin. Contohnya Maria Elena & Asfirdaus. They are such a lovely couple. seriously. 


One of my friend masa secondary school pun dah berkahwin. Sekarang beliau mother-to-be. How cute when i look at her tummy. there's a baby inside and she's so happy waiting for her baby to see our world. I'm happy for you dear. may God bless you and your big family. 


Manusia ni senang sangat dipengaruh. Like me. yeahhhh. sebab when i look at the sweetest couple (already married), i love seeing they laugh together. the way they cuddling, looking at each other, how sweet kan?! hmmm. but when i look at myself back? hahahahaha. i just have a family and friends who love me very much. thankful for that. But, as a human being, of course ada satu tahap di mana bila kita bersendirian, macam on the way nak tidur, kita akan rasa sunyi. Itu fitrah manusia. i cant stop my heart feeling.


Yang paling sengal sekali perasaan tu macam makin menjadi-jadi. erghhhh!!! Semua ni terjadi setelah dalam masa seminggu, aku berlakon 2 kali sebagai isteri orang. Aku macam jadi angau. hahaha

Faktor pertama yang buat aku jadi angau semasa Kem Induksi kolej, kumpulan kami diberi sebiji bola dan kena buat persembahan menggunakan bola. aku berlakon menjadi seorang isteri yang bahagia pada mulanya, but at the end, semasa aku sedang mengandung, suami aku tumbuk perut aku dan dia ceraikan aku. hahahah! tragik kan.. here's the script. 


Semasa hangat bercinta..
aku sedang duduk di tepi laut Pasifik sedang menyanyi lagu "Merahhh Mu Baraa Semangat Waja..Putih Mu Bersih...." Then suami aku datang bawak lollipop(bola) dia nak surprisekan aku dari belakang.. 

Suami : Ayammmm.... 
Aku    : Ehhhh Abamm.. Abam buat aper ni?
Suami : haaaaa, Abam datang ni nak bagi hadiah untuk Ayammm.. sempena hari lahir cikgu BM Ayamm..
Aku    : Ehh sukanyaaa sukanyaaaa!! ( gedik)

Semasa perutku ditumbuk masa sedang mengandung.. 

Tok tok tok tok!!!! ( bunyi pintu)

Aku    : sabar laa saya datang ni.. (jalan kengkang macam perempuan mengandung)
Suami : apasal kau buka pintu lambat sangat ah??!! 
Aku    : Kenapa Abam balik nak marah-marah ni?
Suami : ahhhh.. kau.. (Dia tumbuk perut aku yang ada bola masa tu), aku ceraikan kauu..!
Aku   : (Aku terjatuh tersungkur) Sampai hati Abam buat Ayam macam ni!!
Suami : Aku tak kiraaa! aku ceraikan kauu!! aku ceraikan kau!!!


so, itulah a few parts yang aku lakonkan masa kem induksi. Group kitaorg dapat first prize tau! hehe.. 

Faktor kedua aku jadi angau pulak masa aku berlakon jadi isteri yang masih muda yang berkahwin dengan suami yang masih muda juga.. itu pun projek berkumpulan jugak. Kami buat Forum Kahwin Muda, aku dan kawan lelaki aku berlakon jadi tetamu jemputan, ingin berkongsi pengalaman semasa berkahwin la kononya.. hahahaha

Antara soalan yang diajukan, 
  1. pengalaman setelah berkahwin
  2. detik2 manis semasa berkahwin
  3. halangan dan cabaran semasa berkahwin
  4. perancangan anak
  5. halangan suami kepada isteri(aku)
Omaigod! we have done the best forum presentation. we got full mark tau, pensyarah siap puji lagi. hahaha. and our pensyarah misunderstood aku and kawan lelaki aku tu dah kawin sebab the way we talking and looking at each other's eyes macam real suami isteri. Actually it is just lakonan semata-mata. bila kita sekumpulan ada chemistry, semuanya tak kekok. hehe.


Hmmm.. effect dari 2 lakonan ni, tu laaa. I feel something has changed me. my heart feels weird. Hati ni rasa macam inginkan benda yang dilakonkan tu jadi betul-betul in my life. hahahaha! omaigod.. why i'm writing this?! uolls sedang baca kot!! okayy okayyy.. chill. i'm just expressing what my heart feel k! hahaha.


Tu laa, i ni senang sangat kena influence. hahahaha. it is okay.. i feel free now. To all yang tak kuat macam i, please jangan memandai berlakon jadi wife dengan script yang romantik-romantik bagaii tu k! nanti korang angau! hahahaha.. Macam i pun mana boleh kawin awal, i am one of United Engineer Malaysia Bhd scholar, so i can't get married until i finished my degree. hehehe.

k laa. bye.. assalamualaikum :') 


mencari idea

dah dapat idea! ^^

done with this post! hahahaha^^


Sunday, December 16, 2012

Kelembutan Hati Perempuan

Arghhhhh tension, supposedly at this time I should be doing my Math tutorial. tapi takpe disebabkan mood kemalasan melanda, so kita blogwalking jap.. Nak dipendekkan cerita, saya terjumpa dengan blog seorang perempuan yang putus cinta. 


Kebetulan, nama boyfriend perempuan tu Amir, eh macam nama ex boyfriend aku je. hehe. I read all of her posts, most of the time dia akan fikir tentang boyfriend dia. She had sacrificed lots of things, time, even her tears just for the boyfriend. Unfortunately, she met a wrong guy in her life. 


Lelaki yang jenis mata keranjang ni dia suka tengok luaran seseorang perempuan, lelaki jenis ni akan meninggalkan girlfriend hanya untuk mendapatkan girlfriend baru yang lebih cantik. what the heck man?! you think you are handsome enough laa nak main pakai buang macam tu je?


Susah kan bercinta? Dalam manis adanya pahit.  Banyak cabaran yang perlu kita lalui sebelum menjadi yang halal antara satu sama lain. So, one way to keep you healthy (takda menangis sampai demam sebab putus cinta) is to be single. YES! BE SINGLE! 


boleh ke zaman sekarang nak tahan nafsu daripada bercouple tu? ye laa kawan-kawan semua ada boyfriend, seronok ja tengok diorang makan kat kafe sama-sama. SO? biar je laa mereka. kita just ikut masa. biar masa yang tentukan. tak kisah cepat atau lambat mesti akan ada seorang putera yang ikhlas nak bersama dengan kita susah dan senang kan? haahahahaha


Alang-alang cerita pasal lelaki ni, aku nak kongsi jugak laa ciri-ciri lelaki yang menarik minat aku, aku sukakan lelaki yang pemalu depan perempuan sampai boleh nampak tahap gelabah dia  hahahaha. Okay laaa bye :')




Saturday, December 15, 2012

Weekend

Semua orang suka bila cuti hujung minggu. Ada yang keluar mandi manda kat Tambun (Eh!) , lepak kat kedai dengan kawan-kawan, tengok movie cerita horror dengan boyfriend, and aku? Aku just duduk dalam bilik dari pagi hingga ke malam! Lagi best! hahahahahahaha -________-" 

Pagi-pagi dah bangun basuh baju guna tulang empat kerat ni haa, sebab washing machine semua berderet banyak bakul baju dah tunggu untuk dicuci, Lepas jemur baju, g makan kat kafe. Asyik-asyik tengok muka orang yang sama je, tak semangat langsung aku nak makan.. hehe.

Lalu foyer, foyer pun kosong. mana laa mereka si muka-muka foyer ni pergi nii? Takkan belajar kot? ke lepak? untung laa siapa ada kereta.. Hishh kalau aku ada kereta la kan, dah plan dah malam ni nak makan kat kg bru, kedai pakcik jual sate. perghhh sedap gilaa! boleh terliur bila fikir kesedapan sate pakcik tu.. Tapi ada kereta pun payah jugak bagi orang macam aku ni.. kang setiap minggu keluar berjoli.. haha. Sekarang ni aku cuma minta ikhsan kawan aku je la kalau nak g mana-mana. asalkan kena belanja dia makan sebab dia suka makan! hahaha. 


Sekarang dah pukul 6.22 petang, nak buat apa ye? hmmmm. sambung balik laa buat notes Business Management. exam nak dekat dah ni, notes microeconomics and yang lain belum siap lg. hishhh takutnyaa laa preparation untuk final belum siap 100% lg.


Macam nak tulis lagi je aku ni sebab bosan, tapi tak tahu nak tulis apa. kang kalau merapu korang taknak baca lagi pulak blog ni. hahaha. *noob -,-


k laa, bye.. assalamualaikum. 


Persembahan kawad kaki Kolej Amin aku yg tercinta. cantik kan?.. kami dapat no. 2 dalam kawad kaki. No 1 dalam acara keseluruhan. hehe. Tak sia-sia kulit aku jadi tan sebab lawan hoki.

Ok ni serious.. bye :') 


Feel Fresh

Nampak tak kelainan dalam blog ni? Nampak tak??? hahaha. Link blog dah tukar, header dah tukar. I have sacrificed my time of making notes for business management to make all these love changes. hehe. And I feel good. Terasa macam ada bau kedai.. 

Thanks to my friend yang membantu. I admit that I am not expert with HTML or whatever i should call it. Masa masuk kelas aplikasi komputer pun boring. Nampak tak yang saya hanya gunakan komputer untuk belajar, tengok movie dan bersosial. Lain sangat laptop ni dengan laptop my boy friends. smart betol.. tak tahu apa lah diorang install sampai nampak laptop tu macam canggih. Padahal sama je pun dengan laptop aku ni haa.. hehe


Perkara senang macam tu pun tak reti buat. Apelaa. hahaha. okay i am noob -,-" 


Friday, December 14, 2012

Different

I pernah terikir untuk membuat blog baru as this blog is not so interesting to me anymore. Dengan link blog "chashittydollslifestory.blogspot" which is too long and quite funny! hahahaha. I created this blog since Feb 2010. lamaa gilaa pastu nak buang blog ni macam tu je? hmmm lama fikir nak jawab soalan ni.

So nak tanya ni, sesiapa tahu tak macam mana kita nak tukar link blog tanpa mengganggu perkara yg sedia ada dalam blog? 


Cha is my history. Dulu masa zaman sosial ( ecehh ) tak fikir apa pun. Masa tu semua perkara nak tulis dalam blog. pasal Mr Boyfriends, New Year Eve. Zaman budak-budak muda lagi.. kelakar sungguh aku ni dulu. hahaha. Tengok kat link blog pun dah tahu dulu aku ni merepek-repek! :( 

But now I dah berubah. no more boyfriend, no more new year eve! Haaa part ni sedih sikit laa sebab my upcoming final exam akan start pada 2/1/2013. can you imagine I'm sitting on chair with loads of book?! ON NEW YEAR EVE?! sob sob sob :( 

That's why I cakap I dah lain sekarang! totally different. I guess this is because of His job. He answers my Mom's doa'.  I have one good news. dah lama dah sebenarnya nak bagitahu korang tapi asyik malas je update blog yang panjang link ni! hahaha. Kami baru habis mid-sem exam. I admit that was tough! I thought I didnt manage to get a good result! dengan Prof tak buat kelas tambahan pun (dulu matrik ada kelas tambahan bila dekat exam). 

The happiest moment was when I checked my result, I got A for 3 papers. Mathematics, Microeconomics and Fundamental Accounting. Untuk Management still tak keluar result lg. It is unbelievable! And now I have to ready myself for the upcoming final exam. hehe.


And someone please answer my question regarding blog link? or i have to create another new blog with a short link! my collegemates baca kot blog ni malu la bila diaorang tengok link blog yang panjang merapu :'(




UPDATE : IF YOU (MY CURRENT FOLLOWER) ARE READING THIS POST RIGHT NOW, PLEASE REFOLLOW ME AS I HAVE CHANGED BLOGGER LINK TO cikyunis.blogspot.com. 
THIS IS SO SAD MY LATEST POSTS(USING NEW LINK) CAN'T BE VIEWED ON YOUR BLOGGER HOME. SEDIH GILA. FOLLOW SAYA KEMBALI GUNA LINK BARU YE. THANKS. MUCH LOVES <3

Wednesday, December 12, 2012

Kahwin Muda Part 2

During this week, dah masuk 2 kali saya berlakon sebagai isteri orang. At first masa Kem Induksi, saya berlakon sebagai seorang isteri yang mengandung yang dipukul orang suami yang  balik daripada kelab malam. hehe. Unfortunately, rakaman video tak ada sebab dslr habis bateri. 


The second one saya berlakon untuk projek berkumplan kursus Pembangunan Diri. Kami sekumpulan membuat forum bertajuk Kahwin Muda. Sekali lagi menampilkan saya jadi isteri muda u'olls! haha. 


I think you must watch our video, nak cerita panjang-panjang nanti bosan pulak. hehe. Sorry video agak tak cantik bila diupload di youtube, video asal sangat cantik. guna my phone mestilah cantik. hehe. 


I am sure you are going to laugh as loud as you can! it is a spontaneous forum sebenarnya, hanya sedikit guide line agar perjalanan forum lancar. Kahwin Muda! rasa suka pulak. macam nak kahwin cepat je! hehe





 


I value your feedback! 
please =) 

Friday, December 07, 2012

Best ke Kawin Awal ?

Assalamualaikum..

Dah lama saya update blog saya ni, pelajar la katakan. lol. Apa pendapat korang tentang kawin awal?

Setuju?
Tidak Setuju?

Haaaa kat sini saya nak bagitahu yang kumpulan kelas Pembangunan Diri saya ( terdiri dari 10 orang : 5 lelaki 5 perempuan ) akan membuat forum yang bertajuk  Lembut Lidah Manis Madah : Kawin Awal. Sebenarnya ini merupakan tugasan kami, Prof akan memberikan markah dari segi komunikasi, dan sebagainya. Idea nak buat forum kawin awal ni tercetus daripada kami semua sendiri


2 orang kawan saya akan jadi Ust. Siti Nur Baiyah dan suami beliau. Dalam forum tu, mereka akan berlakon dan bercakap seperti Ust. Baiyah dan suami laa. akan ada scene yang panggil ling ling. hahaha. Bercakap seperti Ust. Baiyah dan suaminya. forum ni akan menjadi santai dan tidak formal..


Saya pulak dengan kawan saya akan jadi pasangan yang berkahwin awal. Kami tetamu jemputan. Antara soalan yang akan ditujukan ialah pengalaman setelah berkahwin, perancangan anak, halangan kepada isteri dan nasihat kepada penonton. Untuk pengetahuan korang, kami akan menjalankan forum di dalam dewan kuliah dihadapan pelajar2 yang lain. maluu. 

2 orang kawan lagi akan menjadi pasangan yang berkahwin awal yang sudah bercerai. hahaha. Mereka akan ditanya oleh Ust. Baiyah dan suami tiruan tentang pengalaman bercerai, bagaimana boleh terjadinya penceraian dan nasihat kepada penonton. haha

2 orang kawan lagi akan menjadi penonton, in case kalau pelajar2 lain dalam kuliah tak sporting masa tu, mereka lah yang akan mengajukan soalan kepada tetamu jemputan ataupun Ust. Baiyah dan suami sendiri. Forum ni memang kami plan nak jadikan sebijik macam program Ust. Baiyah. hehe

2 orang kawan lelaki pulak akan membuat buletin/cameraman. Mereka akan merakam perbualan forum kami daripada awal hingga akhir, mereka juga akan membuat brochure untuk diberikan kepada penonton. Baru laa forum tu macam real sikit. hehe. Selepas forum ni, kami akan memberikan hardcopy dan softcopy sebagai bukti kerja berkumpulan kami. 

Mohon doakan forum kawin awal kami tu nanti akan berlangsuung dengan jayanya. Sebab tu markah untuk ditambah dalam final exam kami. hehe.


Pembangunan Diri ni nampak macam sivik yang kita belajar kat sekolah dulu, sebenarnya kelas PD ni laa yang bagi saya bergembira dan tak tension, takdalah projek kelas lain macam Business, or Microeconomics. semua tu stress. hahaha.



Lebih kurang macam ni forum yang akan kami buat nanti. hehe
baju Ust. Siti Nur Baiyah dan suami sedondon,
dan sebagainya. hehe