Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Thursday, November 08, 2012

Crush di Universiti pulok?!

Aku pernah bercerita pasal my first crush kat matrik di SINI . Sampai sekarang aku tak tahu si dia sambung belajar di universiti mana, tinggal di mana dan nama dia pun aku tak tahu. mungkin ni laa yang dikatakan crush kot. hehe. 

Kat sini pun rasanya ada jugak tapi takda la sehebat macam kat matrik dulu. Aku just minat-minat macam tu je, takdalah sampai nak jadi girlfriend dia. Perasaan minat saja ye! bukan sayang. hehe. Perasaan minat tu kejap ada kejap hilang. Macam chipsmore. 

Bila  si dia ada depan mata, hati aku akan rasa macam kena kejutan elektrik dan semua yang aku buat serba tak kena. Aku tak tahu la dia pun mempunyai perasaan yang sama macam aku. Bila dia tak ada depan mata, aku akan terlupa dia sebentar. Aku tak rasa ini jodoh aku dan pilihan aku. Sebab hati aku berkata ini cuma permainan mata. Mungkin aku tertarik dengan fizikal dia, bukan rohani dia. 


Aku berharap aku tak akan tersangkut dalam alam percintaan masa alam universiti ni. Sebab aku ni seorang yang tak boleh buat kerja lain bila hati aku ni bermasalah cinta. Mana tahu bila esok final exam, aku clash dengan dia. Memang masak la aku kan! Seelok-eloknya kawan dulu, kenal hati budi masing-masing. kalau nak jealous pun takda hak betul tak? so hati pun takde la sakit sangat kalau si dia berkawan dengan perempuan gedik. 


Macam mana kalau dia baca blog aku ni? alaaahhh! Dia mana tahu aku tengah cerita pasal dia. aku tak mention nama dia pun hehehe. yang penting full nama dia mempunyai huruf A. lol.


Hati aku belum bersedia lagi untuk bercinta unless aku berjumpa seorang lelaki yang boleh buat aku rasa dia lain daripada lelaki lain. Minat tu biasalah kan. Bukannya sayang =) 




This photo is available on my instagram account. Instagram username : cha_gloxinia.



No comments:

Post a Comment

I value your comment :)