Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Friday, October 19, 2012

UEM Scholarship and JPA Scholarship

Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kerana Engkau dah menunaikan doa-doa aku dan ibuku. Aku berasa hari ni adalah hari yang paling gembira buat aku!

Betullah kata Mom, Xie-Mien dan Abang Azri, sentiasa berusaha dan rezeki Allah tu ada di mana-mana. Sejak bulan 4 lagi aku dah sibuk apply macam-macam biasiswa. Khazanah, Sime Darby, Proton, Astro, TM, beberapa biasiswa lagi.

Aku kecundang semasa first stage Khazanah Scholarship. Baru first stage dah failed. Takpe aku faham sebab Khazanah adalah syarikat yang sangat besar dan pelajar-pelajar yang aku jumpa semuanya speaking tahap muak la!

Selepas itu, aku terpilih untuk pergi interview Sime Darby. Sime Darby pun lebih kurang sama dengan Khazanah. Pelajar perlu melalui sampai 4 stage kalau tak silap aku. Aku lepas first stage iaitu interview. Aku dapat pergi for the second stage iaitu Mathematical Reasoning, Logical Reasoning. Aku salute siapa yang lepas second stage tu! Stress kot jawab! Dah la soalan aneh ditanya. Walaupun aku dah try test banyak kali kat website yg provide soalan2 berupa gitu, aku still stress jawab. 3 minit 5 soalan. kalau tak silap aku. Kalau yg bentuk pengiraan memang masak la!

Last-last masa cuti habis Matrik bulan 8, aku terperasan UEM Group (anak syarikat Khazanah) ada buka application form untuk Local Scholarship. Aku pun apply la. UEM ni senang sikit. Cuma ada interview dan buat esei je. Bab-bab esei ni memang malu la grammar kah kah kah! Kalau interview aku yakin sikit. Sebab dah dapat pengalaman masa Sime Darby haritu.

Selepas sebulan, aku telefon orang yang incharge kitaorg, dia kata dia dah telefon semua scholar yang berjaya. So aku yakin masa tu aku tak dapat biasiswa. Aku menangis teruk gila mengadu kat Mom and Abang Azri. Aku menangis sebab aku tak dapat satu offer biasiswa pun sedangkan aku dah bertungkus lumus, berhabis duit, tenaga semata-mata untuk hadirkan diri dalam temuduga.


Lepas beberapa hari, aku pun dah okay. Aku reda dan pasrah dengan segala keputusan Tuhan. Petang semalam aku terima satu call dari Yayasan UEM. Dia kata aku dapat biasiswa UEM. Perghhhhh aku rasa macam mimpi kot..


Harini pulak aku check result biasiswa JPA and dapat, perrrghhhhhh rasa macam mimpi dalam mimpi... Tapi selepas aku buat calculation aku pilih UEM Scholarship la. hehe. Sebab jaminan kerja dah tentu dapat and the M! hehe :D

Aku bersyukur dapat dikurniakan seorang Ibu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk aku. Mom aku bernazar kalau aku dapat biasiswa. Mom aku la tempat aku meroyan setiap kali sedih. I love you mom. Nanti saya pulangkan duit yuran kolej and kos-kos sebelum masuk U yang mom melabur haritu. hehe.


Scholarship yang aku dapat ialah Renong Group Scholarship Trust Fund under UEM Group. Tak silap aku, nama sebelum UEM adalah Renong. So, bila dah tukar nama kepada UEM, nama biasiswa Renong ni still tak tukar-tukar lagi. Macam jarang dengar biasiswa Renong. Sebenarnya UEM yang handle.





11 comments:

  1. tahniah!
    alhamdulillah dapat schollar,
    so pas ni jangan dok pakai plak
    schollar tu gi beli bebenda pepelik yer...
    ingat tujuan,
    stay focus :D

    and one more thing,
    kamu nampak macho ngan protective gear seorang keeper hoki,
    soalan: kawasan tak berkaver ngan protective gear tu banyak lagi rasanya... kena bola tu sakit gak tu!! :D

    ReplyDelete
  2. @Pocket

    thank you. rezeki Tuhan. saya rasa saya tak dapat sebab tak cukup bagus lagi. bersyukur..


    Pasal hoki tu? buruk kan. kah kah kah! masa perlawanan hoki tu takda pun kena benda teruk-teruk. sakit pinggang and kaki je laa kena selalu mengcangkung kah kah kah! :D
    tapi kalau lelaki main hoki ganas sikit :)

    ReplyDelete
  3. dalam interview for ysd scholarship, soalan mcm mana yg nak ditanya. based on course yang kita pilih ke, atau just isu semasa?

    ReplyDelete
  4. For YSD, calon will be given one general question, diberi masa 10 minit if tak silap utk buat rangka, dan akan buat impromptu speech depan panel.
    Masa sy kena haritu panel tu kaitkan general issue dgn course sy
    Tajuk why do we need recycle? Dia tanya mcm mana nk jimatkan kos mbuat kertas drpd brg kitar semula sbb bhn kimia yg dgunakan mahal? Seek for gov help and maximize total production. That's my answer. Depends on panel jugak actually. Ada yg tak mesra pelajar. Luckily I got the friendly one! :)

    ReplyDelete
  5. Can never be proud enough of you <3

    ReplyDelete
  6. interview dye tanya pasal apa jekk

    ReplyDelete
  7. @Faiz Punawi

    untuk UEM, mereka suruh kami describe tentang diri masing2, beritahu serba sedikit yang kita tahu pasal company, then dari situ diorang create soalan lain. Tengok bagaimana cara kita bercakap, mengutara idea, dsb

    ReplyDelete
  8. ada berapa stage untuk interview uem

    ReplyDelete
    Replies
    1. For Oversea study, ada 3/4 stages (not so sure)
      For Local, you just have to write an essay based on the topic given then you will go for the interview session.

      Delete
  9. uem berapa dia bg satu sem?

    ReplyDelete
  10. mcm mne soalan interview uem tu? boleh terang x?. bbrp hari lagi ade interview ngan depa

    ReplyDelete

I value your comment :)