Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Monday, October 29, 2012

Semuanya Baru Bermula....

Dari zaman sekolah lagi, aku selalu dengar ayat perjalanan awak semua baru saje bermula. Sebelum SPM, cikgu-cikgu selalu cakap "masa depan awak baru je bermula. Kena belajar bersungguh-sungguh dapatkan keputusan cemerlang".


Bila habis SPM, kononnya nak bangga sekejap tapi bila masuk matrik, pensyarah cakap kehidupan awak baru saje bermula. banyak lagi yang perlu awak semua tempuhi". Ok fine.. 


Habis matrik, masuk pulak universiti. Senior-senior cakap alaahh kehidupan korang baru je bermula, banyak lagi korang belum belajar". Hmmm bermula lagi? Okayy...


Dapat award scholarship, pengacara cakap perjalanan awak baru saja bermula, gunakan peluang dan kemudahan yang diberi dengan sebaiknya". Asyik-asyik bermulaaaaaaaa... bila nak habis?


Mungkin nanti bila dah kahwin, mak cakap kehidupan kau baru je bermula. jadilah isteri solehah". 


Nampak tak di sini kehidupan kita banyak betul permulaan, semakin banyak permulaan semakin banyak kita belajar dari awal. Pengakhiran adalah semasa kita tutup mata untuk selama-lamanya. Tiba-tiba rasa takut pulak sebut pasal mati.


p/s Dah la aku ni jarang update blog. Sekali update pasal permulaan, post tak menarik langsung kan? Sabar je la eh. hahahaha


2 comments:

  1. bila dah tutup mata, a.k.a mati.. perjalanan sebenar anda baru bermula tanpa ada hujung pangkal..

    ReplyDelete
  2. blogger.com/profile/15020816507976466526 u r so pretty..n smart girl ...reach ur dream..n dont be just dreamer..gd luck!

    ReplyDelete

I value your comment :)