Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Tuesday, September 25, 2012

Aku Suka Lelaki Suka Kucing

Aku suka sangat kucing. Sejak aku tadika lagi dah bela kucing. Aku dengan kawan kecik baru balik dari tadika. Kitaorang lalu satu taman ni nak singgah main-main jap. Betapa rocknya kitaorang budak kecik pendek boleh balik rumah dari tadika hanya berdua je.. kau hado? Sampai kat satu taman, kitaorang dengar anak kucing mengiau. Kawan aku ni kesian masa tu aku tak kesian lagi sebab perasaan suka kucing tak timbul lagi. Anak kucing tu busuk, badan kotor, keding gilak! Kawan aku ni pujuk la aku suruh bawak balik, puas gila dia pujuk aku baru aku rela hati nak bawak balik rumah. Aku pun lupa kenapa bukan kawan aku sendiri yang bela anak kucing tu kenapa mesti dia suruh aku bela? Lupa dah... 


Sampai rumah, mak aku mengamuk sebab bawak anak kucing kotor. Aku pujuk punya pujuk last-last mak aku bagi jugak bela. Aku janji aku akan bersihkan kucing tu, beri makan dan minum jaga kebajikan dia semualah! Mak aku percaya bulat-bulat. kah kah kah! Last-last, mak aku jugak yang buat semua janji aku tu. Akhirnya anak kucing tu menjadi seekor kucing betina yang anggun dan diminati ramai oleh banyak kucing jantan area rumah aku plus kucing aku tu gemuk. 


Sampai la umur aku 19 tahun sekarang pun ada kucing lagi kat rumah. Sekarang ni ada 8 ekor kesemuanya. Dulu masa musim pembiakan kucing, rumah ada 3 ekor kucing betina yang tengah bunting, puas aku buat medical check up. Ohhh si Putih beranak dulu dalam minggu ni, seterusnya si Baizura dan akhir sekali baru si Putih Bisu. Senang la aku sediakan kotak. Lepas sorang beranak, sorang lagi beranak. Sampaikan kotak-kotak yang dipenuhi anak kucing berderet kat belakang rumah. Aku ni dah macam nurse doh! Setiap jam aku akan tengok anak-anak kucing aku..Yang mana lemah tak boleh bersaing puting susu mummy aku akan dekatkan mulut kat puting susu mummy diaorang.


Aku ada seekor kucing jantan pondan. Nama dia Johnny tapi aku panggil dia Panjang sebab ekor dia panjang gila! Sebab apa dia pondan? Sebab umur dia dah 4 tahun tapi sampai sekarang aku tak pernah nampak dia buntingkan kucing betina. kah kah kah! Serius weh suara Panjang gila manja tak macam kucing jantan lain. Dia akan tidur sebelah celah ketiak aku, suka jilat tangan aku.. Bila musim mengawan,  dia akan try keluar rumah tapi malangnya akan pulang semula kerumah dengan tangan kosong sebab tak mampu bersaing dengan kucing jantan yang lagi gangster! Tapi I'm proud of my Panjang! Serius panjang kalaulah kau boleh baca blog aku sekarang aku nak kau tahu kau lah kucing kesayangan aku walaupun kau pondan.. Aku rindu kau Panjang.



Sayang aku pada kucing semakin membuak-buak sampai la aku dah masuk U. Aku akan beri makan kucing yang terbiar kat sini. Aku akan beli 1 kg makanan kucing dan bg kucing makan. Aku pun sanggup kongsi suku dari makanan aku untuk kucing kalau aku tak ada stok makanan kucing masa tu. Yes aku tahu korang sekarang mesti fikir aku ni baik gila kan? kah kah kah! 


Kawan-kawan aku kt sini dah anggap aku macam mak kucing. Bila dengar kucing menggiau nk makan je, dia akan kata "Sabar eh, mak kau tengah tidur tu." cisssss.... Aku beranggapan bahawa bila kita bagi makan kucing, kucing tu akan mendoakan kita dan rezeki kita tak akan putus. Dan juga aku beranggapan lelaki yang suka kucing merupakan seorang lelaki yang penyayang kepada perempuan.. That's why aku suka! kah kah kah! :D


Putih Bisu. Dia sangat senyap. Suaranyaa hanya akan kedengaran bila tengah deliver kittens
Kau tengok cara dia pandang kau. kerek gila kan.
Alolololo shooo shweetttt..
Putih..
Putih Bisu..
Anak Putih
My fav cat posing ever!


My love Fluffy dah hilang jasadnya hilang entah ke mana bila Fluffy telah dibaham oleh seekor kucing jantan liar dan mengheret Fluffy ke semak. Nasib baik masa tu aku tengah tidur ni pun mak yang cerita. Kalau tak, memang puas kucing jantan gila tu aku belasah.. ni la Fluffy. korang pun mesti suka dia...

Ibu kucing biasa. Mungkin ibu dia HOT sangat sampai boleh mengawan dengan kucing jantan Parsi

Ibu Fluffy bersama-sama dengan aku melakukan penyiasatan, kami bersama-sama mencari Fluffy sampai ke seberang jalan, semak samun. Please trust my story. Ibu Fluffy si Putih seolah-olah tahu aku pun sedang mencari Fluffy. Dia ikut je mana aku pergi.. 

   
Ibu Fluffy.



7 comments:

  1. comel nya ! :) kucing2 kau la ni ek ? huuu. eh, kucing KAB ni bagi makan x ? heee

    ReplyDelete
  2. Kucing KAB pun bg makan. sampai kawan-kawan aku cakap aku ni mak kucing. kikiki :p

    ReplyDelete
  3. banyak nya kucing. saya ada seekor je kat rumah. musim mengawan pun dia dok rumah kesian dia tak reti bergaul dengan kucing lain sebab kecik2 dia keluar kena geget ngan kucing jantan lain. nasib tak mati. mak kucing ada idea tak?hehe

    ReplyDelete
  4. @Phantom

    idea dr sy, awak jaga je dia, belai je dia. jangan bagi dia sunyi :)

    ReplyDelete
  5. saya dah jaga dia, belai pun selalu. tapi yang saya peliknya lepas dia kena attack haritu dia sampai besar suka gigit and cakar orang. macam mana boleh saya buat dia jinak kembali mak kucing.ahah

    ReplyDelete
  6. ala sedih nye. pa pat sya hilang. Knpe ek. kucing betina beranak kucing jantan sya mesti hilang. sya dah x sgup kehilangan kucing. ni kali ke dua. kali pertama menangis seminggu. yg kali ni anak nye. wa a a a sedih nye

    ReplyDelete
  7. ala sedih nye. pa pat sya hilang. Knpe ek. kucing betina beranak kucing jantan sya mesti hilang. sya dah x sgup kehilangan kucing. ni kali ke dua. kali pertama menangis seminggu. yg kali ni anak nye. wa a a a sedih nye

    ReplyDelete

I value your comment :)