Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Monday, August 06, 2012

Novel Cinta Perempuan Jadi Berangan

Assalamualaikum. Hehe. my current face, oh mai god please jangan terkejut! I know apa anda fikir!!



Ewahh ewahhh setelah sekian lama tak update blog, tiba-tiba terus update pasal cinta. Hehe. Tapi apa salahnya kan kalau nak berkongsi salah satu sifat perempuan yang semulajadi. ehemm, semulajadi pada perempuan tulen je laa kalau si tomboy mana suka baca novel cinta. Mereka kan sok sok hero mestilah nak nampak macho macam lelaki tulen, mana main nak baca-baca novel cinta ni. hehehe


Aku sebenarnya suka baca novel cinta, tapi tak adalah suka sangat sampai sanggup membeli novel-novel yang terbaru di pasaran. Dah la harga sebuah paling murah pun RM20.00 kalau novel Alaf 21. Hishhh tak kuasa aku nak beli novel mahal cenggitu. Beli topup lagi bagus hehe. So, apa yang aku buat ialah aku akan mencari-cari novel lama dalam almari buku kakak saudara. Habuk ke, lipas ke lantak lahh asalkan dapat mengisi masa lapang sebelum masuk U bulan 9 ni. Karang dah start belajar mana sempat nak baca novel beratus-ratus muka surat hehehe. 


Kalau aku dah start baca novel tu, memang tak sedar masa berlalu. Sanggup bersengkang mata nak tahu kisah selanjutnya. Pastu kan, kita rasa macam kita je yang jadi heroin tu hahaahaha. Penulis novel pun tak nak kalah memuji si hero sampai tahap muak just semata-mata nak mengatakan yang si hero ni tersangatlah handsome, kaya, tinggi lampai, berkarisma, beragama, kulit putih dan mesti lah berdarah kacukan! Haaaa kau tengok! so perfect kan? Boleh dapat lagi ke dalam dunia sekarang ni?


That's why la novel cinta ni buat peminat novel memasang angan-angan kononnya suatu hari dia akan berjumpa hero yang sebijik hero dalam novel beliau baca. And I realized that I am one of those girls. Hahahaha.


Dalam novel pun ada menceritakan jugak cara-cara si hero memikat balik hati si heroin setelah remuk hati heroin si hero tu kerjakan. Masa diaorang tengah tarik-tarik tali tu, yang kita as perempuan tengah baca ni akan tersenyum seorang diri.. dalam hati " wahhhh how lovely if someone is treating me like this" Kadang-kadang kita akan menitiskan air mata apabila si heroin tengah diseksa oleh hero yang belum nak jadi baik.


Semua ni depends on pengarang novel tu sendiri. Kalau cerita tu best, baca banyak kali pun akan menangis banyak kali. hahahaha. By the way, aku ada terserempak dengan seorang pelajar lelaki Matrik, masa tu kami semua tengah duduk di dalam bas menuju ke Seremban, and I noticed that pelajar lelaki tu tengah baca novel cinta! Oh my God sangat susah nak percaya. Mesti lelaki tu romantik sebab dia banyak dapat tips memikat perempuan daripada blog yang dia baca tu. hahahaha. how nice!


Tak salah nak memasang angan-angan tapi jangan sampai menganggu kehidupan realiti kita . May you found someone that made for you. InsyaAllah.



1 comment:

  1. tapi nanti terharapkan cinta yg melankoli, tp yg dapat tak sebest mana..

    dah jadi perbandingan, kan ke xbesh? :D

    ReplyDelete

I value your comment :)