Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Friday, August 10, 2012

Hasad Dengki

Pada aku, hasad dengki & cemburu ialah dua perkara yang berbeza. Cemburu berlaku bila kita cemburu melihat orang lain tapi kita hanya memendam perasaan tu bersama memek muka. Hasad dengki pula berlaku bila kita cemburu melihat orang lain beserta dengan perbuatan menganiaya untuk memuaskan nasfu serakah durjana kita. 


Alhamdulillah setakat ni aku cuma ada perasaan cemburu beserta dengan memek muka. Tapi aku paling tak suka bila ada orang mempunyai hasad dengki dan menyedihkan orang tu ialah kawan baik kita sendiri. 


Contohnya, kita & kawan kita sama-sama janji nak buat lesen memandu  lepas SPM kat tempat murah sebab ayah kawan kita tu kenal orang dalam yang boleh bagi harga murah. Lepas je dapat result SPM, dah takdir Allah kita dapat result SPM gempak tapi dia hanya suam-suam kuku. Mestilah dia ada perasaan cemburu mungkin hasad dengki walaupun dah 5 tahun kita berkenalan dengan dia. Apa yang dia buat? Dia cancel janji nak belajar memandu sama-sama dengan mencipta 1001 alasan, akhirnya, kita terpaksa mencari sendiri tempat belajar memandu dengan harga standard. Kawan dah lupakan kawan. 


Ada jugak kawan yang baru ada boyfriend baru yang macam dia sorang ada boyfriend kat dunia ni. Dia sanggup menceritakan keburukan kawan dia sendiri pada boyfriend supaya si boyfriend tak akan lari g kat kawan dia. Mungkin sebab cemburu kawan dia memiliki rupa paras yang lebih cantik, tapi kalau dah jodoh awak dengan si dia, berpisah berjuta-juta batu sampai angkasa lepas pun akan bersatu semula. ye ke dok?



Ini salah satu contoh yang aku dah perah untuk share dengan korang. Aku alami benda ni sendiri SEKARANG tapi bukan seperti cerita di atas. Kalau aku cerita real story kang mesti si dia tu terasa pedas sebab dia yang makan cili api. Hahahaha.


Tolonglah mereka yang memerlukan bantuan anda sebab anda tak tahu bila masa anda memerlukan bantuan mereka.



5 comments:

  1. I just read ur entry today. thanks for make my day no a boring day..heheh

    ReplyDelete
  2. i mean i just follow ur blog today...;)

    ReplyDelete
  3. my pleasure. keep on reading & commenting okay. hehehe! =P

    ReplyDelete
  4. ada ada!!
    ada tu jeles kan kengkawan,
    tak bagi tau terus kater ada memo
    keluar dari HR suruh gi amik gift voucher kat kawan.

    yang kawan ni dok teringin la tengok orang lain dapat voucher...
    siap si kawan ni tanya plak lagi tu,
    jawabnya.. 'entah!'

    walhal voucher sendiri tersemat kemasnya didalam diari dia...
    ohh kejamnyaa..

    i feel u sis :D

    ReplyDelete
  5. Quack quack haha ! nice entry..very funny yet a true one..feel free to visit my blog =)

    ReplyDelete

I value your comment :)