Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Saturday, August 11, 2012

Baju Raya 2012

Aku seorang yang malas nak diajak keluar kalau mereka ajak keluar waktu tu jugak tanpa buat perancangan awal-awal. Contoh macam tadi pagi, cousin aku terus serbu bilik waktu aku tengah mimpi dianugerahkan biasiswa (perghh!) Dah la bising sampai orang nak tidur pun tak boleh, semalam punya la berjaga ingatkan malam lailatulqadar rupanya tidak. keh keh keh =P 


All of a sudden, dia terus ajak aku g saloon padahal taik mata tengah berkerak lagi tu. Dapat bayangkan tak punya la frust aku. Last-last, aku pergi saloon simple gila kategori selekeh kot tapi bukannya buat rambut  pun sebab mood dah hilang. Takpe la tengok cousin aku je la macam mana transformasi rambut dia. Ala-ala boyish gitu! 


Sama juga macam kes nak beli baju raya pun sama. Orang kat rumah ni suka tau buat keputusan nak beli something tanpa plan awal-awal. Terus on the spot pergi beli. Aku tak boleh la macam tu sebab aku akan hilang mood. Sebab terpaksa kerana dipaksa & tiada baju raya, so aku pun terpaksa la pergi ikut mereka semua beli baju raya bertemakan hitam. Jangan cakap tema warna orang mati eh! lempang kang! 


Aku tersangatlah suka baju kebaya. Nampak classic dan aku suka itu. Sesiapa yang cakap fesyen baju kebaya dah out-dated, you're totally wrong! Scha Al-Yahya pun pakai baju kebaya damping ngn Awal untuk cover majalah uolls...

Boleh dipadankan dengan kain ataupun seluar jeans

Aku beli satu je baju raya 2012. Baju lain semuanya di-rotate-kan kembali sehinggalah lusuh. hehh. Save budget kan nak masuk Uni ni.. 
























Mungkin baju di atas akan dibawa ke sembahyang raya nanti






Baju Kebaya Cheongsam. Sebabnya, butang baju ni meleret ke tepi pabila dipakai. Tak tahu la nak pakai lagi ke tak baju ni... Raya 2010. Profile picture aku sekarang pakai baju ni laa.


Hari-hari raya yang berikutnya aku pakai baju kurung biasa yang biasa dipakai ke kuliah. Hehe . 


Aku bersemangat la juga beraya tahun ni sebab tahun ni meriah ramai saudara bersama. Tak sabar nak raya tapi rasa sebak nak tinggalkan Ramadan.



6 comments:

  1. mak datuk nenek grandpa. byknya baju raya. errrrr.

    ReplyDelete
  2. camput baju raya tahun2 lepas mesti la banyak. heh =D

    ReplyDelete
  3. waahh... make sure bila dah bergaya dipagi raya nanti, sila tangkap gambar untuk peminat peminat sekalian yer :D

    kebaya is still the fashion to go la sis, tambah plak ada yang kreatifkan diri pakai ngan jeans.. pergh!!
    macam traditional tp rock gitu :D

    ReplyDelete
  4. kebaya yg last tu sexy gile u

    ReplyDelete
  5. cantik baju kebaya, the detailing shows how 'complicated & sensitive' yet so 'soft' the Malays are.

    ReplyDelete

I value your comment :)