Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Thursday, August 23, 2012

Berat Badanku Ialah......

Semalam aku dan keluarga beraya rumah saudara. Banyak rumah la jugak kami pergi tapi hanya 2 rumah yang boleh dkunjungi.. Rumah yang lain semuanya tertutup. Pakcik aku bilang '" Tu laa kalau nak beraya jangan pergi rumah janda and duda, confirm takde rumah habis semua anak bawak pergi sana sini " Betul jugak cakap pacek aku tu.. 


Yang aku tak boleh tahan bila beraya rumah orang mesti dia akan masak makanan.. Rumah pertama mereka sediakan Nasi Lemak Ayam Berempah baru masak tuuuuu.... Perut dah kenyang ni, tapi fikir macam tak boleh tapau bawak balik so aku terpaksa la makan. Sesenduk cukup la untuk  merasa. hehehe..Jujur ni sesenduk je taw.


Rumah kedua Mak Long aku masak Mee Goreng. Aku ni tak minat sangat mee tapi bau Mak Long aku masak bukan main menusuk kalbu lagi! Semua keluarga aku taknak makan alasannya kenyang dah makan kat rumah sebelum ni, tapi bila aku tengok muka Mak Long aku tu yang sedih seperti mendesak kami makan, so aku pun makan laa sesenduk jugak! Kesian orang dah penat-penat masak kenz... 


Yang aku tak tahan setiap rumah akan sediakan air manis.. sirap, oren.. ni yang mengundang kenaikan berat aku ni.. Aku terpaksa terkedek-kedek g dapur cakap kat orang dapur " kak, air masak ada tak? hehe " 


10 minit lepas aku timbang berat aku... Demmmm!!! Naik pulak!!! Naik 1 kg bhai!!!  Teka la berapa berat badan guwe sekarang....  cer teke cer teke..



Habislah Cha macam mana ni nak masuk UKM nanti ramai mamat sasa-sasa kat sana..  =p


muka kepenatan.. 



Monday, August 20, 2012

Tak Boleh Raya Tanpa Boyfriend

Bila nak puasa, berbuka puasa hari pertama dengan si boyfriend. Begitu jugak bila raya pertama mesti ajak boyfriend datang rumah. Taknak bagi kantoi cakap la kat mak kawan lelaki masa sekolah dulu  datang rumah hehe.  Siapa yang ada boyfriend mesti rasa happy sebab korang dapat beraya dengan orang yang dicintai ( ehemmm! ) Siapa yang takda boyfriend mesti terkontang-kanting.. Eee bosannya raya.. bosannya rayaa...bosaaannnnnnyaaaaaa rayaaaaaaa.... Mesti korang macam gitu kan? kah kah kah!


Apa yang bestnya beraya dengan boyfriend. Ceciter sikit? Aku dah lupa bagaimana rasanya boyfriend beraya kat rumah aku. 4 tahun lepas masa aku Form 2 adalah boyfriend datang beraya, bila Mom tanya, tipu sunat cakap kawan lelaki.. Sebenarnya kawan lelaki special. hahaha! Sejak dari tahun tu, tak pernah dah kawan lelaki special datang beraya rumah aku sampai la umur aku 19 tahun, semuanya kawan lelaki biasa je.. Apa yang best kalau boyfriend datang rumah? Mesti nak show off yang korang ni tengah cantik dengan baju raya baru & pandai melayan tetamu kan kan? hahaha. Dulu aku fikir macam tu la =P



Lagi satu, di pagi raya minta maaf zahir batin halalkan makan minum daripada boyfriend. Opsss!! Pagi-pagi raya dengan mak ayah dulu.  Mana boleh boyfriend tak datang rumah lagi. Minta maaf dengan boyfriend masa tengahari or petang nanti bila dah jumpa kan? i know i know hahaha. Ohh yaa nak lagi advance minta maaf zahir batin dengan boyfriend masa malam sebelum raya.. Lupa pulak nak masukkan point ni hehe.



Aku kat kampung ni bila aku duduk depan rumah je, ada je motor lalu. si boyfriend membonceng si girlfriend. Baju sedondon pulak tu.. Bergelak ketawa.. Berapat-rapat takut jatuh dari motor la kot.. Dulu mungkin aku rasa jealous la kot tengok perkara mcm tu, sekarang ni aku jadi macam nak ketawa tengok diorang.. Rasa takde apa-apa perasaan. Hati aku ni dah heartless kot. hahaha. Elok jugak kalau macam tu, boleh concentrate layan saudara mara yang datang rumah.. 


Sebenarnya korang (yg takde boyfriend) boleh je beraya tanpa wujudnya boyfriend. Cuma mindset korang je cakap tak boleh raya tanpa boyfriend.. Kawin la cepat-cepat, mesti takyah risau bila datangnya raya.. boleh la raya dengan lelaki tersayang setiap tahun. hahaha. and make sure setiap tahun anak sorang k ..


Selamat Hari Raya Kedua ^^v
Kualiti gambar tak bagus. Guna webcam lappy je..



Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya to Paceks & Maceks



SELAMAT HARI RAYA
Tahun ni hari raya yang terakhir umur aku bermula dengan nombor 1
Tahun depan dah masuk 20 -___-
Aku menyusun 20 jari yang ada memohon maaf kepada readers atau sesiapa sahaja yang terkilan ke tersakit hati
semasa aku menulis blog dan berfacebook.
Aku ni jenis straight to the point je
So minta maaf ye alolololo
Insya-Allah nanti buat lagi hahaha! 
Singgahlah beraya di Temerloh okay. Gua ada kat sana. 
LULZ

saja nak promote lebih. hewhewhew 

Thursday, August 16, 2012

Aku Tak Kan Bercinta Lagi..

Hell yeah aku memang sangat tertekan sekarang ni. Tiba-tiba pembukaan ayat tulis hell what the hell? Sorry guys. Aku cuma rasa dengan menulis akan menyembuhkan sikit luka dalam hati ni. Aku takkan bercinta lagi okay. Unless I jumpa someone special yang memenuhi kriteria di bawah. Lulz...


Aku perlukan seseorang yang matang tapi bukan terlampau matang sehingga aku sendiri tak tahu macam mana nak berfikiran matang seperti dia. You know what? matang sangat pun tak bagus kadang-kadang being like a big baby boleh membuatkan kita happy. Orang matang sentiasa serious even masa berak pun dia serius kot.


Aku perlukan seseorang yang berdiam seketika ketika keadaan tegang tapi bukan diam untuk selama-lamanya sehingga masalah tergantung. Bila bergaduh, diam merupakan satu cara paling baik untuk lelaki sebab perempuan akan bercakap je macam hon ketapi. Tapi bila perempuan dah reda, you need to discuss back about the issue so that there is no misunderstanding. Fyi, perempuan reti berfikir sikit bila dia dah reda. But if you diam je lama-lama, perempuan akan fikir macam-macam.


Aku perlukan seseorang yang reti kat mana nak letak ego dia. For me, ego is like a gift to us. Without ego, tak style la kan. Tapi ego yang tinggi sangat tu dah melampau okay. Too much ego can ruin us.


Aku perlukan seseorang yang berusaha menunjukkan dia sayang kat aku. In a relationship, there is a give and take. When you fall in love with someone, you must show her some evidences that you love her. Not just by waiting for her calls or apew apew je la yang tak ber-produk.


Aku tak berjumpa lagi dengan seseorang tu. History makes me grow up and I thank that! Without history in a relationship, aku tak akan dapat berfikir sampai macam ni. Kalau dah macam ni punyer pemikiran, boleh la start looking for my future hubby kan? hahahaha!


Oii budak, kau belajar je k! Bercinta bila-bila pun boleh!


Tuesday, August 14, 2012

Kepercayaan

Aku percaya
Lelaki yang baik tidak akan meminta nombor telefon perempuan
Walaupun dia sangat suka pada perempuan tu

Lelaki yang baik juga tidak mudah untuk melafazkan rasa cinta
Sekali dia melafazkan, bermakna dia mencintainya dengan sepenuh hatinya

Lelaki yang baik akan malu untuk mendekati perempuan yang disukainya
Tetapi dia sangat dekat dengan teman rapat perempuannya

Lelaki yang baik akan diam jika perempuan memarahinya
Dia tahu dengan berdiam diri akan menjernihkan keadaan
Cuma perempuan je tak faham difikirkan lelaki sengaja melepaskan diri

Lelaki yang baik akan menjaga perempuannya
Bukan mempergunakannya, menidurinya, menghambakannya

Aku juga percaya 
Lelaki yang alim kadang-kadang suka dengar lagu rock
Tak semestinya nasyid je
hahahaha!!! 


Lelaki-lelaki, jadilah lelaki yang baik kepada perempuan anda okay! Jangan reti nak troll kami je. Banyak cantekkkk! 



Monday, August 13, 2012

Bahulu Rentung

Orang dulu-dulu buat bahulu guna kayu api. Payah guna kayu api, semua benda kena jaga. Tapi orang dulu-dulu  semuanya terror terror buat bahulu guna kayu api. Kalau tak terror jadi macam ni laa...

Bahulu separa rentung buatan cousin aku. Ada yang full rentung tak sempat amik gambar hehe
 Aku amik jalan mudah & selamat. Guna ketuhar kan senang.. tak payah nak berpanas-panas.. 

MULA-MULA.....



Hasil air tangan ku. cantik kan.. 

Sedap tau bahulu ni aku dah rasa dah tadi.. rangup ada, semuanya cukup.. hehe.. chaww! =)


Banyaknya Mercun Raya!

First of all, diharapkan tak ada readers yang jelly jelly dengan entry aku ni. Hehe. Aku suka sangat main mercun, rasa excited tapi bila tengok berita tangan putus tu rasa takut sikit je la pastu excited balik bila tengok mercun. Macam lelaki jugak kalau bab merokok, letak lah poster mengerikan sekalipun tetap dengan girlfriend no 2 nya - ROKOK


Aku suka main mercun tapi tak suka beli mercun. Serupa macam bakar duit. Haha. Aku rembat mercun cousin2 aku je la. Nasib baik la diorang beli banyak tahun ni sebab nak beraya sakan bersama family kan. Alhamdulillah setakat ni tak ada yang putus tangan lagi dan diharapkan tak akan pernah terjadi dalam keluarga aku. Aku pun tak tahu manalah diorang dapat supplier beli mercun banyak-banyak. Hish. Kita main mercun sekali setahun je so kena enjoy walaupun berisiko. Aku ni macam nak menyarankan orang main mercun pulak! -,-"


Aku tak tahu sangat nama-nama mercun ni. yang bulat tu mercun bola. yang kotak tu mercun mancis kan?

Ada lagi stok saja taknak amik gambar banyak-banyak takut ada orang terlebih jelly! =P


Mercun-mercun di atas hanya untuk golongan atas umur je eh. Budak-budak silakan beli bunga api warna-warni dan pop-pop di bazaar berhampiran anda!  

Berhati-hati semasa main mercun! =D




Saturday, August 11, 2012

Baju Raya 2012

Aku seorang yang malas nak diajak keluar kalau mereka ajak keluar waktu tu jugak tanpa buat perancangan awal-awal. Contoh macam tadi pagi, cousin aku terus serbu bilik waktu aku tengah mimpi dianugerahkan biasiswa (perghh!) Dah la bising sampai orang nak tidur pun tak boleh, semalam punya la berjaga ingatkan malam lailatulqadar rupanya tidak. keh keh keh =P 


All of a sudden, dia terus ajak aku g saloon padahal taik mata tengah berkerak lagi tu. Dapat bayangkan tak punya la frust aku. Last-last, aku pergi saloon simple gila kategori selekeh kot tapi bukannya buat rambut  pun sebab mood dah hilang. Takpe la tengok cousin aku je la macam mana transformasi rambut dia. Ala-ala boyish gitu! 


Sama juga macam kes nak beli baju raya pun sama. Orang kat rumah ni suka tau buat keputusan nak beli something tanpa plan awal-awal. Terus on the spot pergi beli. Aku tak boleh la macam tu sebab aku akan hilang mood. Sebab terpaksa kerana dipaksa & tiada baju raya, so aku pun terpaksa la pergi ikut mereka semua beli baju raya bertemakan hitam. Jangan cakap tema warna orang mati eh! lempang kang! 


Aku tersangatlah suka baju kebaya. Nampak classic dan aku suka itu. Sesiapa yang cakap fesyen baju kebaya dah out-dated, you're totally wrong! Scha Al-Yahya pun pakai baju kebaya damping ngn Awal untuk cover majalah uolls...

Boleh dipadankan dengan kain ataupun seluar jeans

Aku beli satu je baju raya 2012. Baju lain semuanya di-rotate-kan kembali sehinggalah lusuh. hehh. Save budget kan nak masuk Uni ni.. 
























Mungkin baju di atas akan dibawa ke sembahyang raya nanti






Baju Kebaya Cheongsam. Sebabnya, butang baju ni meleret ke tepi pabila dipakai. Tak tahu la nak pakai lagi ke tak baju ni... Raya 2010. Profile picture aku sekarang pakai baju ni laa.


Hari-hari raya yang berikutnya aku pakai baju kurung biasa yang biasa dipakai ke kuliah. Hehe . 


Aku bersemangat la juga beraya tahun ni sebab tahun ni meriah ramai saudara bersama. Tak sabar nak raya tapi rasa sebak nak tinggalkan Ramadan.



Kebodohan

Aku hanya mampu tergelak bila orang menghamburkan kata-kata kesat pada aku. Dunia di alam blog, FB, Twitter tak akan jadi challenging dan menarik kalau tak ada si haters tercinta alolololo.


Kenapa si Haters ni perlu ada? 
Sebab tanpa diorang, sepi laa dunia maya ni. Lagipun, bagi la chance kat diorang menunjukkan kehebatan masing-masing dengan hanya mengutuk, memaki, dan mentertawakan orang di alam maya ni. Mana tahu dalam dunia realiti mereka merupakan calon-calon yang dibuli di sekolah dulu. 


Habis tu, apa kena mengena dengan tajuk KEBODOHAN?
Well, sebab kebodohan itulah mereka berbuat sedemikian. Mereka mengeluarkan kata-kata kesat tanpa memikirkan akibat dari perbuatan mereka. Jari-jemari mereka bukan main lancar & tangkas menaip kata-kata yang tak senonoh. Kalau cakap tak g sekolah, macam mana tahu nak guna computer. Kang cakap bodoh, reti pulak cakap aku g sekolah laah! 


Apa pandangan cik Cha tentang penyakit yang menular ni?
Ehemm, aku just take it easy like cheesy la. Hanya biarkan dan ketawa dengan KEBODOHAN mereka. Penyakit ni tak ada penawar selagi mereka ( haters ) tak cari penawar untuk mereka sendiri. Kita tak boleh menutup mulut tempayan begitu juga tempayan tak boleh menutup mulut kita. You can't make everybody likes you coz you don't even like everybody.




Sebelum aku masuk dunia blog ni, aku dah siapkan perisai untuk terima apa sahaja yang akan terjadi. Aku akan tetap ber-blogging secara berhemah walaupun apa yang terjadi sebab aku tahu aku tak kacau hidup sesiapa pun cuma sesiapa je yang kacau hidup aku. 


P/s Mom tengah buat kuih raya tu, okaylah chawww! =)



Friday, August 10, 2012

Hasad Dengki

Pada aku, hasad dengki & cemburu ialah dua perkara yang berbeza. Cemburu berlaku bila kita cemburu melihat orang lain tapi kita hanya memendam perasaan tu bersama memek muka. Hasad dengki pula berlaku bila kita cemburu melihat orang lain beserta dengan perbuatan menganiaya untuk memuaskan nasfu serakah durjana kita. 


Alhamdulillah setakat ni aku cuma ada perasaan cemburu beserta dengan memek muka. Tapi aku paling tak suka bila ada orang mempunyai hasad dengki dan menyedihkan orang tu ialah kawan baik kita sendiri. 


Contohnya, kita & kawan kita sama-sama janji nak buat lesen memandu  lepas SPM kat tempat murah sebab ayah kawan kita tu kenal orang dalam yang boleh bagi harga murah. Lepas je dapat result SPM, dah takdir Allah kita dapat result SPM gempak tapi dia hanya suam-suam kuku. Mestilah dia ada perasaan cemburu mungkin hasad dengki walaupun dah 5 tahun kita berkenalan dengan dia. Apa yang dia buat? Dia cancel janji nak belajar memandu sama-sama dengan mencipta 1001 alasan, akhirnya, kita terpaksa mencari sendiri tempat belajar memandu dengan harga standard. Kawan dah lupakan kawan. 


Ada jugak kawan yang baru ada boyfriend baru yang macam dia sorang ada boyfriend kat dunia ni. Dia sanggup menceritakan keburukan kawan dia sendiri pada boyfriend supaya si boyfriend tak akan lari g kat kawan dia. Mungkin sebab cemburu kawan dia memiliki rupa paras yang lebih cantik, tapi kalau dah jodoh awak dengan si dia, berpisah berjuta-juta batu sampai angkasa lepas pun akan bersatu semula. ye ke dok?



Ini salah satu contoh yang aku dah perah untuk share dengan korang. Aku alami benda ni sendiri SEKARANG tapi bukan seperti cerita di atas. Kalau aku cerita real story kang mesti si dia tu terasa pedas sebab dia yang makan cili api. Hahahaha.


Tolonglah mereka yang memerlukan bantuan anda sebab anda tak tahu bila masa anda memerlukan bantuan mereka.



Thursday, August 09, 2012

Ya Allah Ya Rabbi

I cried like heavy rain when I performed Terawih prayer. I hope nobody would see me in that way. I know the meaning of Surah Al-Fatihah and that makes me more sad. Tears dropped non-stop. In this Holy Month of Ramadhan, I want to seek for something from my God ( Allah ), but I have made many sins. I feel ashamed I still can ask something from Him after I have done so many sins. Ya Allah Ya Rabbi... please open my heart. Indeed, I'm a faith beggar. I'm poor and hoping for Your givings.








Party Party Party




Sebentar tadi aku ter-rajin pulak nak baca paper Metro. Benda dah ada depan mata kita capai je la. Kalau tak harem nak beli paper. Ape punyer mahasiswi la aku ni malas baca paper? -,-" 

Aku tengok muka depan Metro pasal Party Lollipop! Omg omg! Terus aku teringat group  FB yang aku masuk Party People Entertainment! Ada orang yang invite aku, tapi aku jadi ahli gelap je la. tak aktif langsung, post status kat group tu pun tak pernah sekali. Muka aku ni ada tulis "saya suka sangat g party" ke sampai orang sanggup invite aku? aku tak tahu pun aktiviti diorang sebenarnya cuma yang aku tahu party je la. Bila aku baca paper pasal Party Lollipop, terus aku buka facebook, geledah semua aktiviti diorang then update blog. Omg! Astagfirullah! I can't believe this unhealthy activitiy such as drunk is famous among our young teenagers nowadays. Dah serupa macam anak-anak Barat. And I EVEN CAN'T BELIEVE THAT I'M JOINING THEIR GROUP PAGE! OMG! Maafkan aku.




Mereka meneguk arak sama seperti meneguk air zam zam. How? Why? Kenapa boleh jadi macam ni? MEreka mengagungkan syaitan. Btw, kesemua mereka ini ialah budak Melayu okay. I called them budak coz they are younger than me. below 18 okay! Bila dah ada party, of coz ada lelaki, perempuan, lelaki lembut, bapok, les dan gay. Of coz adanya zina. Maafkan bila aku terkasar bahasa ni di sini, aku tak bersok-sok suci aku tahu aku pun ada buat kesalahan dalam hidup. 


Bulan puasa I think mereka kurangkan aktiviti but after raya they will start back their unhealthy activities. Aku rasa marah sangat bila mereka bangga mereka melakukan semua tu! Heyyy, cuba pergi dengar azan kalau tak bernanah telinga korang!!! 


I want to be a solehah daughter to my Mom & Dad. Sorry Mom for my past mistake. I don't want you to be in hell cos of my doing. Aku harap aku dapat jaga diri sebab umur aku sekarang ni pun memang sukakan keseronokan. Jiwa muda kan.

Wednesday, August 08, 2012

Aku Mahasiswi UKM



Aku akan menjadi sebahagian daripada ahli keluarga UKM. Bulan 9 masuk belajar balik. Aduhh ni yang malas gila bila fikir buku. Rasa macam tak sanggup nak struggle macam kat Matrik dulu. Tapi rasanya bila aku study kat UKM tu tak ada lah terkinja-kinja macam Matrik. Maybe lebih smooth je perjalanan sebagai seorang pelajar UKM



Kenapa UKM? Apa yang bestnyerrrr?
Entahlah, aku pun tak tahu kenapalah aku boleh tersesat dapat UKM. Sebenarnya masa isi permohonan UPU aku pilih 1)UM-Bachelor of Accounting 2)UPM-Bachelor of Accounting 3)UKM-Bachelor of Business Administration with Honor. Betapa kuatnya semangat aku nak further dalam bidang accounting! Sejak sekolah menengah aku bercita-cita nak jadi professional accountant yang bergaji bosau! Kah kah kah! Aku begitu yakin aku dapat pursue dalam bidang account sebab pointer 4.0 kan. Haaaa tu laa padahnya bila dah takbur! Kan aku dapat Business! Tapi aku pun minat Business jugak. Aku suka belajar pasal Finance, Marketing, Risk and Insurance, Management and semua perkara ni aku akan belajar nanti. Aku pun akan belajar accounting tapi bukan tahap muak la! Sedih tak dapat accounting tapi mungkin suatu hari nanti aku akan bekerja sebagai bukan akauntan! Of coz! 


Apa barang belajar dalam negara cik akak oi..
Amboi-amboi sedapnya mulut kau kan. Kau pernah bau longkang tak? Aku sumbat jugak kang badan godang kau dalam longkang. Hermmm. Aku memang ada niat nak belajar oversea tapi aku pernah cakap kat Mak aku "Maa, kalau orang nak belajar luar Malaysia boleh?" "Kenapa universiti kt Malaysia pun kan elok jugak" "Okayy" Nampak tak Mak aku macam nak larang tapi dia putar belit ayat tu nampak macam dia tak larang. Hahahaha. Aku fikir jugak pasal Mak sebab aku anak sorang and ayah pun dah tak ada. So, mesti Mak sunyi.. Takpelah, kalau ada rezeki lepas Ijazah mungkin aku akan sambung Master kat oversea ke? hahahahahaha 


Kat UKM tu banyak mamat hensem tak kak?
Ohhh soalan ni tak dapet nak jawab. Tunggu laa nanti bila dah sampai sana. Hahahahahaha


Semoga berjaya ye kak.
Thank you thank you.. Muahhhhh! Oppss!! O,o



Ohhhh, btw aku ada search ranking UKM di Malaysia.


Rajah di atas ialah ranking universiti universiti Malaysia di dunia. Kalau dalam negara, universiti terbaik pada tahun 2011 ialah Universiti Malaya diikuti oleh UKM,USM, dan UPM. awwww awwwww.. Takpewlah! UM dah reject permohonan kita awal-awal, UKM jugak yang kutip kita. UM jahat!! UKM baikk!! 




Tuesday, August 07, 2012

Please Perempuan Jadi Mahal Sikit Boleh?

Aku betul-betul tak faham apa sebenarnya perkara yang difikirkan oleh perempuan sekarang. Mereka berasa adoiii payahnya kalau tak ada lelaki istimewa di sisi. Oh my Lord! Girls, did you realized that you have been too far from the right path??! Yess I admit lelaki sangat penting dalam kehidupan perempuan sebab banyak kebaikannya, tapi  pada masa yang sesuai. Ketika lelaki itu sedang bersalaman dengan Ayah anda bersama beberapa orang saksi.


Kononnya aku nak offline FB tadi saja la buka homepage untuk tatapan mata terakhir. Unfortunately, this  kind of update makes me want to say SOMETHING that I should share to you (public) especially GIRLS! What happen to young girls nowadays ah? Masa aku kecik-kecik sebaya korang ( 12-17 tahun) tak adalah aku terfikir nak meletakkan diri aku sangat rendah kepada lelaki. Bukan nak bangga, serious tak!





Biar lah kita jual mahal sebab KITA MEMANG MAHAL. Kadang-kadang aku sedih tengok remaja perempuan jalan sorang sorang sambil handphone di tangan menunggu Sang Lelaki menjemput pada waktu malam. Bertudung pulak tu. Perempuan sanggup bergaduh sesama sendiri disebabkan Sang Boyfriend-Belumtentu-Suami. Mana air muka kita sebagai perempuan jika kita terhegeh-hegeh pada mereka? Mereka memang suka lah dicari. Tapi ingat, once mereka bosan dengan kita, jangan harap mereka nak datang balik. So JAGA DIRI. JADI MAHAL. Jangan suka melayan lelaki sana-sini kononnya awaks tu perempuan kegilaan ramai.



It's okay when you need someone who loves you. But everything must has a limit. Jangan jadi terlalu obses. Mati kalau tak ada boyfriend. Oh my! -.-



As reminder for me too. Insya-Allah.

Monday, August 06, 2012

Celcom WIFI Free!!!

Pihak berkuasa Celcom telah membuat keputusan yang bijak dengan memberikan pelanggannya satu lagi kemudahan iaitu Celcom Wifi Free!! Hooorayyyy hooorayyyyyy!  Melalui kemudahan ni, kita boleh access internet walau di mana pun jua kita berada  and I am really sure you all know kan Celcom territory is everywhere! Kita tak perlu nak berasak-asak dapatkan tempat di KFC, McD or even Mamak's stall hanya untuk dapatkan  kemudahan WIFI sebab broadband tak bayor lagi. And this is what I used to do! hahahahaha!


Dengan hanya menggunakan username & password yang diberikan setelah kita melanggan, kita boleh guna Celcom WIFI Free di mana saja! Pelanggan Celcom memang amat bertuah. So nak tukar share jadi pelanggan Celcom ke tidakkkk?!! Hehe



Keutamaan diberikan kepada pelanggan Celcom First Data Advanced & Celcom First Data Pro sahaja! Mereka tak perlu membayar untuk mendapatkan Celcom WIFI Free. Seronok kan! Maybe sebab pelanggan ni bayar bil tinggi sikit setiap bulan so ini untuk membalas jasa mereka sebab menjadi pelanggan yang banyak tabur duit kepada Celcom!


Untuk melanggan, follow steps ni. Or you can just go to Celcom outlets to subscribe
Get online in an instant via your smartphone, tablet or laptop, wherever you see the Celcom First WiFi sticker 

Novel Cinta Perempuan Jadi Berangan

Assalamualaikum. Hehe. my current face, oh mai god please jangan terkejut! I know apa anda fikir!!



Ewahh ewahhh setelah sekian lama tak update blog, tiba-tiba terus update pasal cinta. Hehe. Tapi apa salahnya kan kalau nak berkongsi salah satu sifat perempuan yang semulajadi. ehemm, semulajadi pada perempuan tulen je laa kalau si tomboy mana suka baca novel cinta. Mereka kan sok sok hero mestilah nak nampak macho macam lelaki tulen, mana main nak baca-baca novel cinta ni. hehehe


Aku sebenarnya suka baca novel cinta, tapi tak adalah suka sangat sampai sanggup membeli novel-novel yang terbaru di pasaran. Dah la harga sebuah paling murah pun RM20.00 kalau novel Alaf 21. Hishhh tak kuasa aku nak beli novel mahal cenggitu. Beli topup lagi bagus hehe. So, apa yang aku buat ialah aku akan mencari-cari novel lama dalam almari buku kakak saudara. Habuk ke, lipas ke lantak lahh asalkan dapat mengisi masa lapang sebelum masuk U bulan 9 ni. Karang dah start belajar mana sempat nak baca novel beratus-ratus muka surat hehehe. 


Kalau aku dah start baca novel tu, memang tak sedar masa berlalu. Sanggup bersengkang mata nak tahu kisah selanjutnya. Pastu kan, kita rasa macam kita je yang jadi heroin tu hahaahaha. Penulis novel pun tak nak kalah memuji si hero sampai tahap muak just semata-mata nak mengatakan yang si hero ni tersangatlah handsome, kaya, tinggi lampai, berkarisma, beragama, kulit putih dan mesti lah berdarah kacukan! Haaaa kau tengok! so perfect kan? Boleh dapat lagi ke dalam dunia sekarang ni?


That's why la novel cinta ni buat peminat novel memasang angan-angan kononnya suatu hari dia akan berjumpa hero yang sebijik hero dalam novel beliau baca. And I realized that I am one of those girls. Hahahaha.


Dalam novel pun ada menceritakan jugak cara-cara si hero memikat balik hati si heroin setelah remuk hati heroin si hero tu kerjakan. Masa diaorang tengah tarik-tarik tali tu, yang kita as perempuan tengah baca ni akan tersenyum seorang diri.. dalam hati " wahhhh how lovely if someone is treating me like this" Kadang-kadang kita akan menitiskan air mata apabila si heroin tengah diseksa oleh hero yang belum nak jadi baik.


Semua ni depends on pengarang novel tu sendiri. Kalau cerita tu best, baca banyak kali pun akan menangis banyak kali. hahahaha. By the way, aku ada terserempak dengan seorang pelajar lelaki Matrik, masa tu kami semua tengah duduk di dalam bas menuju ke Seremban, and I noticed that pelajar lelaki tu tengah baca novel cinta! Oh my God sangat susah nak percaya. Mesti lelaki tu romantik sebab dia banyak dapat tips memikat perempuan daripada blog yang dia baca tu. hahahaha. how nice!


Tak salah nak memasang angan-angan tapi jangan sampai menganggu kehidupan realiti kita . May you found someone that made for you. InsyaAllah.