Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Wednesday, June 06, 2012

Tragedi Petang Tadi Aku Bersama si Udin. Sumpah Kelakar!

Aku ada seorang cousin nama panggilan daripada kecik ialah Udin. Tapi dia selalu berbangga dan suruh orang memanggilnya dengan nama komersil iaitu Idie Rio. hahaha. Ape-ape la budak tu. Tahun ni dia akan menduduki ujian SPM so kiranya aku ni pangkat kakak la kan.. 


Masalah Udin ni suka sangat cubit pipi orang. Adik perempuan bongsu dia selalu jadi mangsa, bila takde adik bongsu dia tu aku lah yang akan jadi mangsa. Yelaa pipi aku kan tembam sikit.. sikitt okay.. Agaknya sebab dia kurus takde pipi tu yang dia selalu cubit pipi aku senyap-senyap pastu lari sambil ketawa. Aku pulak menjerit kesakitan.. UDINNNNNNNNNNNNNN!!!!!



Petang tadi satu benda aku dah buat kat Udin sampai aku puas hati sangat. hahahaha ( gelak setan). Seperti biasa aku dah tahu yang Udin akan cubit pipi aku.. So aku standby siapkan peluru! Rambutan Busuk! hahahahaha. Bila Udin cubit pipi aku, dia terus lari sambil gelak terbahak-bahak.. Aku kejar diaaa sambil pegang rambutan busuk. Bila si Udin tak sedar, aku terus balik rambutan buruk tu kat dia. Aku ingatkan kena badan dia tapi silap baling rambutan terus kena dahi si Udin. Yang paling tak boleh blah rambutan busuk tu pecah terus basah muka dia. HAHAHAHAHAHA!


Puas giler hati aku! Sampai sekarang dia berdendam dengan aku. hahahaha. Siapa tak bengang kan sampai lebam pipi dia cubit.

Which cheek is more tembam? Of course yang kiri tu kan. tu la pipi cha gloxinia ecehh! =B

1 comment:

I value your comment :)