Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Wednesday, June 13, 2012

Tentang Saya. Kamu?

Aku dah jarang berblogging. Segala minta-minat aku yang dulu makin lama makin terhakis ( cehh ayattt!! ). Lagipun blog ni sekadar blog peribadi seorang manusia biasa. hehe.


Aku berterima kasih sangat pada kawan-kawan baik aku Ain dan Xie-Mien sebab diorang sentiasa menerima baik buruknya aku. Kawan pada masa kita susah memang payah nak jumpa. Mereka la yang sentiasa ada di masa aku tergelak macam setan, menangis sampai demam. Aku amat sayang pada mereka.


Sebab tu selalu dengar orang cakap, lebih baik berkawan daripada bercinta. Kawan sampai mati tapi bercinta? Kalau korang betul-betul tak pasti si dia adalah peneman hidup korang, janganlah gatal-gatal nak bercinta mati sebab diri sendiri yang merana. Saya sudah rasakan. ( apehal ayat macam budget je ni? )



Aku admit perasaan sayang pada ex-boyfriend yang dulu masih ada tapi perasaan tu aku hanya pendamkan di hati dan blog ni. Aku sedar perasaan sayang tu masih ada ketika aku menangis berseorangan di bawah pokok-pokok. Aku bercakap dengan pokok-pokok supaya mendoakan minta Allah berikan kekuatan pada aku dan berhentikan air mata yang mengalir deras ni. Pada masa yang sama aku tak sedar yang tangan aku menulis nama DIA pada paha. Aku menulis banyak kali. Aku tidak sedar sehinggalah perasaan sedih aku dah okay barulah aku terfikir " eh dari tadi aku tulis nama dia rupanya".



Oh En. Amir Fauzi saya ingatkan saya nak meseg awak tapi saya tak berdaya last-last saya meseg si Xie Mien tapi dia tertidur. Sehinggalah keesokan pagi Xie Mien call membuatkan aku terjaga dari tidur dan dia memaksa saya menceritakan masalah akhirnya air mata  deras mengalir sekali lagi. Xie Mien memujuk sehinggalah air mata menjadi kering dan diganti dengan gelak ketawa dari ku. Sehari suntuk aku tidak menjamah nasi dan akhirnya aku jatuh sakit. Xie Mien lah perangsang aku untuk terus bersemangat. Ain pula ialah my best friend forever. Ain terima aku sebagai kawan dengan sepenuh hati. Dia tahu segala rahsia aku begitu sebaliknya aku. Aku takkan lupa kan kau berdua sampai lah aku dah ada cicit nanti...



Cik Nurain Abd Rahman pelajar Electrical Engineering yang berhati KENTAL dan sangat annoying kadang-kadang tapi aku masih sayangkan dia no matter what.




Xie Mien yang aku boleh katakan jugak seorang freelance photographer seorang pelajar kursus perkapalan. Disebabkan gambar budok Xie Mien ni semuanya buat aku nak tergelak, aku letak gambar hasil kerja beliau je laa.


Aku sedar minat aku sekarang ialah ber-instagram. Behind a picture, there has a story related to it. :)
Username on instagram : Cha_gloxinia


No comments:

Post a Comment

I value your comment :)