Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Friday, June 22, 2012

My First Crush at Matric

Sekali lagi dalam entry kali ni satu sesi luahan perasaan aku akan bermula. Eh sebelum tu, mesti ada antara readers yang annoying bila baca kisah hidup aku. Siapalah aku untuk bercerita. Aku bukan Fatin Liyana, Maria Elena or even Izara Aishah untuk berkongsi cerita dengan strangers. Aku cuma seorang gadis berumur tak sampai 19 tahun hanya genap 19 tahun pada bulan November ni. Kadang-kadang aku malu tau nak cerita kisah hidup aku. Sebab tu lah bila aku dah tulis panjang berjela, pastu delete balik. Hahahahaha. That's why blog ni kurang update sekarang eventhough aku tengah cuti 5 bulan sekarang. 



Tapi insyaAllah aku akan sentiasa berfikir sebelum publish entry aku ni untuk dipertontonkan kepada public. Aku taknak senasib macam Datin Milano. Kesian dia dicemuh. Hishhh aku ni dah merepek sampai ke sini apehal kan? Aku nak bercerita pasal ego setiap manusia yang bertapak dalam hati cewahh! 



Semua orang ada ego, samalah aku. Tapi aku rasa ego aku tinggi. Sebab aku pernah ada crush kat matrik dulu weh. Bila ku tatap wajahnya, ku rasakan seperti di syurga. Hahahaha. takdelah gurau je. 


Cerita dia macam ni, sebenarnya lelaki tu pelajar Sains Fizik. Tapi aku tak rasa dia pandai sangat sebab dia tak nerd. Hahaha. Sebenarnya lelaki pandai ni la yang nerd, pergi kelas bawak buku banyak, habiskan masa di library. Tapi crush aku ni tak. Aku tak pernah nampak dia kat library ( kiranya aku nerd la sbb selalu pergi library hehe ). 


Macam mana aku boleh suka kat dia ni? Sebenarnya aku ni payah nak tengok lelaki lama-lama. Bila berjalan, aku pandang depan je. Kadang-kadang kawan sebelah tegur eh ada mamat hensem tu, kau nampak tak? Aku mesti terlepas pandang punya. Tapi crush aku ni lain. First time aku nampak dia, dia pakai kemeja warna biru, tie putih, seluar slack hitam dan kasut kerja hitam. Perghhhhhhhhhhh perghhhhhhhhh! Tinggi, badan macam model, muka bersih & komersial, putih, gigi putih, rambut tak ikut trend tapi sesuai dengan muka dia. Aku rasa macam nak pengsan depan dia, boleh kena angkat g bawak klinik. Hahahahaha :p



Setiap lunch hour, aku selalu nampak dia makan kat kafe. Aku mesti perasan dia. Tapi dia takkan perasan aku punyalah sebab aku ni biasa je. Pelajar akaun pulak tu mestilah dia tak selalu jumpa muka aku ni haa. TAPIIIII, satu pagi masa nak pergi kelas pukul 8 pagi, waktu tu hujan renyai-renyai. Aku tak bawak payung, nasib baik aku terjumpa kawan baik aku Mai tepi jalan, aku pinjamlah payung dia. Masalahnya payung dia tu kecik hanya cukup untuk seorang je, Mai pulak tembam hehehe.



Masa kiteorg berdua tengah jalan bersama menuju ke kelas, terjumpalah si crush aku ni dengan kawan lelaki botak dia. Aku cakap dengan Mai..


Aku : Mai, jalan cepat sikit.. Crush aku adalah, malu.
Mai : Mana dia?
Aku : Tu haaa
Mai : Okay okay


Masa kiteorg tengah jalan dalam keadaan pantas dalam hujan yang renyai-renyai, kawan si crush aku ni perasan, dia terus sound.. 


Botak : Eh cepatnya dia jalan.. Dia nak lumba dengan kitalah ( bercakap dengan si crush aku )

Si botak tarik crush aku ni ikut sama kejar kiteorang. 

Botak : Kenapa jalan cepat sangat? Keciknya payung awak. Kiteorg pakai tie je. Hahahaha

Mai tergelak-gelak. Aku senyap je, pandang bawah.. 

 lebih kurang macam ni la posisi kiteorang masa berjalan
 
Pastu, si Botak tu bersuara lagi

Botak : fuyooooo kasut dia kasut harimau bintang lah! Roaarrrrrrrrrrr! ( kebetukan pagi tu aku pakai kasut flat leapord printed )

Aku dah geram! Sah dia nak bahan aku jap lagi

Botak : Senyap je dari tadi. Marah ke? Kasut dia.. Bahaya ni, karang ada yang kena gigit.. 
Crush : Eh bukan harimau bintang lah, harimau kumbang.. Roarrrrrrrrrrrr! 

Botak & Crush aku ni sama-sama ketawa. Mai pun ketawa. Kurang ajar kau Mai. Gelakkan kawan baik kau sendiri depan Crush aku. Malunyaaa. Aku mula bersuara. 


Aku : Eh sukahatilah nak pakai kasut ape pun! Sibuk je! ( aku menemplak! )


Situasi senyap..... 



Sampai di kafe, kami cari tempat teduh sebelum pergi ke kelas, Mai tanya

Mai : Apesal kau marah tadi? Dieorang gurau je laa. Nak touching sangat kenapa. Kesian diorang kena marah hahahaha. 

Aku : Habis tu, dah diaorang gelakkan aku. Macam nak bahan aku je. Malu laa depan dia.

Mai : Diorang gurau je laaa.. 



Alamak! Apesal aku selalu gabra bila jumpa Crush depan mata. Mesti aku elak diri. Paling teruk aku marah dia. Sampai sekarang, aku tak tahu lagi nama crush aku tu siapa, aku cuma tahu dia pelajar Sains Fizik sebab kawan perempuan aku yang bagitahu.. Ni lah cerita sedih aku. Niat tak kesampaian. Hehehe. Lagipun, crush je kan. Mana tahu kalau dia ada aweks kat luar sana. confirm ada aweks punyerrrrrr! hahahahaa.



Sesiapa yang ada crush kat kolej korang, cepat-cepat je bagitahu dia. I dare you. Jangan jadi macam saya, sampai sekarang tak tahu nama, lepas kejadian di pagi yang renyai haritu, si crush aku ni tak pandang muka aku pun masa jumpa aku kat kafe. Punyerlah sedih weh! 




1 comment:

  1. hehe~dia pakai kasut rimau lah~roarrr..joking..hehe ^^

    ReplyDelete

I value your comment :)