Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Monday, June 18, 2012

Apa Nak Jadi Ni??

Rasa hendak marah pulak dekat adik-adik lelaki yang malas nak berfikir .. Ehemm! Aku bercakap tentang remaja lelaki yang berumur belasan tahun especially 17 tahun ke atas. Mereka bukan kecik lagi. Zaman sekarang ni budak berumur 12 tahun pun dah pandai berfikir baik buruk. Tengok sajalah anak-anak orang barat. Budak lelaki berumur 15 tahun aku boleh tersilap tafsir ingatkan 21 tahun, aku tafsir bukan dari segi bentuk fizikal tapi cara mereka berfikir.



Ponteng sekolah lepas tu menyusahkan ibu bapa. Ibu bapa terpaksa menanggung malu depan pengetua. Kalau dapat pengetua yang bermulut pedas "Awak tak reti jaga anak awak ke? Dah berapa kali kes ponteng dia kat sekolah ni jea" Perghhhhhh muka bapak sape tak malu cik adik oii. Aku rasa macam nak tampar ke muka anak dia, macam nak menangis untuk bapak dia. Lihatlah bagaimana seorang bapa yang muka garang, bekerja kuat siang malam terpaksa menunduk malu depan cikgu-cikgu disebabkan perangai anaknya. 


Kalau tak dapat pick up pelajaran, bukan salah kamu. Cuma perlu habiskanlah SPM dulu lepastu baru ambil kelas-kelas kemahiran pun dah mencukupi. Dapat juga sijil untuk buat kerja nanti. Ini SPM taknak ambil, duduk rumah, tidur makan, bermeseg-meseg dengan aweks, hebah sana sini kononnya dia tu ramai nak hendak. what the point? Perempuan-perempuan sekarang ni pulak lebih menggatal daripada lelaki. GERAM!! 



Adik-adik perempuan akak yang comel, kalau korang ada boyfriend its okay. Belajar sama-sama. Buat macam style budak Cina couple. Diorang sama-sama berjaya. Kalau couple Melayu, menghabiskan kredit je setiap masa. Handphone yang boleh bertahan selama setahun tamat riwayat selepas satu bulan. Asyik berkepit je dekat phone. Lelaki ni pun bukan boleh tahan sangat kalau dah on the phone dengan korang tengah-tengah malam lepas semua orang tidur.



Zaman sekarang, terlalu banyak pelajar Malaysia yang berjaya dalam pelajaran dan terlalu banyak yang tercicir. Bukan sebab masalah kewangan keluarga, even keluarga yang berniaga tepi jalan pun dah kaya sekarang, pendapatan RM1,000 sehari tolak modal baru tinggal RM 800. Itu belum sebulan punyer income. Kat Kuala Lumpur tu berapa banyak remaja yang tak bersekolah menghabiskan masa merayau melepak dengan kekasih masing-masing. Bangga menggayakan fashion mereka berjalan berpimpin tangan. 



Kalau korang dah dewasa nanti, semua manusia sebaya anda berkereta mewah, berumah besor, beraksesori mahal, berkeluarga aman, anda? Takkan nak still lepak dengan kekasih-tak-tentu lagi kot? Lelaki yang dapat menyambung belajar di luar negara dan dalam negara dengan keputusan yang cemerlang, aku memang hormat habis! Aku tak berani bangkang opinion dia even secebis pun. Lelaki-lelaki seperti mereka yang akan menggantikan tempat-tempat CEO, doktor dan karier lain sekarang, dan lelaki-lelaki yang malas bersekolah dan hanya menghabiskan masa dengan bercouple yang akan menggantikan tempat pekerja kontrak, jaga parking yang lagi teruk penyumbang kepada masalah sosial negara kelak. 



Tiba-tiba malam ni aku jadi motivator. Ape ke he? Hehehehe

No comments:

Post a Comment

I value your comment :)