Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Friday, May 04, 2012

Tidak Semua Masalah Kita Orang Lain Perlu Tahu

Hi semuaaaaa! dah lama dah gua tak update belog. Hehehehe

Macam kiteorg kesah pulok?!

Okayy okayyy fine -,-
Saja je nak share buat korang jealous especially to student yang tengah belajar tu. gua ada 5 bulan cuti!!! HAHAHAHAHA. yolah kan matrik dah habis so enjoy laaa tak payah tengok buku sampai 5 pagi then teguk nescafe tiap2 malam.

Masa last paper ekonomi tu memang sakit gila la weh! sumpah gua rasa Math lagi senang dari Ekonomi. kah kah kah! motif gelak? Gua tak tidur sepanjang malam.. kan gua ade bagitahu yang asrama gua tinggal berhantu dalam entri ni CLICK HERE tapi masa last paper tu gua tak takot langsung dengan hantu-hantu tu! Gua study je. kalau ada bunyi tingkap kena guris ke, gua tak kesah. yang penting paper ekonomi gua selamat dijawab esok pagi. Hahahaha. Lgipun semua student memang tak tidur pun especially student science 4 hari tak tidur nok! Masa gua jawab paper Eko , gua tak divide time dengan sistematik. Gua banyak spend kat bahagian struktur padahal markah macam taik cicak je! 4 esei gua buat 1 jam terakhir! Korang bayangkanlah macam mana aku tekan pen biru tu punyalah kuat, tulisan lagi teruk daripada budak tadika, air mata gua nak jatuh berjuntai and badan gua mengigil sebab takut tak cukup masa nak sumbang jawapan bernas gua ni. hahahaha. Memang teruk laa last paper.. Tapi sebab last day jugak kat matrik  so gua have fun la dengan member2 tak fikir pasal eko lagi.. buat sakit hati jek! Sekarang pasrah dengan tuhan sebab gua dah berusaha.. 

Melalut dah gua cerita. Korang faham ke tak ni? hahaha. Sekarang cuti 5 bulan gua rasa gua malas nak kerja part time sebab gua nak enjoy habis2 cuti gua. Gua nak redeem balik tidur gua yang tak cukup dan segalanya yang gua dah korbankan untuk matrik. hehe. 


Okay part ni sedih sikit.. 
 
Gua ingat masa gua cuti 5 bulan ni hati gua senang lenang boleh tambah berat, tapi masalah lain yang timbul. Masalah tu gua rasa gua belum bersedia nak share dengan public. Masalah yang buat gua rasa susah sangat nak ketawa. Gua macam dah hilang gua yang dulu. Sepatutnya masa cuti ni gua ajak member2 jalan-jalan, tapi tak! gua duduk rumah tengok cerita endless love. Pastu tolong mak buat kerja2 rumah. Hati gua ni dah takde desire nak have fun! ZERO FOR ENTERTAINMENT. hmmm. Tolong laa hati ni recover semula penyakitnya..

Pasal percintaan pun gua dah takde desire. Alhamdulillah gua boleh hidup tanpa lelaki sekarang. Lagipun inilah jalan yang sememangnya betul bagi kita orang Islam. No couple no maksiat no dosa kering. Duit gua pun jimat sebab gua topup RM5 bertahan untuk 2 minggu! kah kah kah! Boleh saving bagi anak cucu.. "Cu...ni laaa duet simpanan nenek berkat tak meseg dengan pakwe dulu" 


Hati aku heartless laa sekarang. Aku tak tahu sama ada hati ni tengah happy ke, sedih ke, marah ke, aman damai ke.. seriously aku tak tahu.. mungkin aku perlu dekatkan diri dengan Allah.. mencari pelita untuk hati ni.. amboiii kau Chaaaa!!




2 comments:

  1. Ye setuju...kengkadang some of problem kita =, not suitable utk share ngn orang len.

    ReplyDelete

I value your comment :)