Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Thursday, May 10, 2012

Having two different emails is vital

I suggest to all of you to have two emails. Satu email untuk aktiviti sosial kita macam Facebook, Twitter, Blogger and other social networks. Satu lagi email untuk urusan penting seperti permohonan kerja, biasiswa dan lain-lain. 


Kenapa kena separate? 

1) memudahkan urusan penting dan tidak penting. Facebook dan Biasiswa mana penting? Dua-dua penting kan. kah kah kah! Tapi dua-dua perlu diasingkan. Email yang aku guna untuk online Facebook mempunyai banyak gila unread messages! Berpuluh ribu unread messages. Aku tengok semuanya pasal notification facebook. Serabut gila. Kalau aku gunakan email yang sama untuk apply biasiswa, ini menyusahkan aku kalau tiba-tiba pihak penaja biasiswa hantar message tapi message tu dah bercampur-baur dengan notification facebook. Kalau terlepas pandang, sia-sia je peluang yang penaja dah berikan. SO......... gunakan email yang lain untuk urusan formal k. 

2) mengelakkan orang yang ditakuti melihat aktiviti sosial kita. Korang mesti takut kan kalau pensyarah Agama Islam tiba-tiba add Facebook korang. kantoi la kalau ada gambar yang tak diingini yang tak patut dilihat. kah kah kah! Mana pulak ustazah dapat email tu? daripada maklumat pelajar laa. Sebab tu kita kena  buat dua email untuk lari daripada berjaya dikesan oleh orang seperti Ustazah or sape2 je laa.  Guna email yang berbeza untuk aktiviti sosial dan  aktiviti formal. 

3) menunjukkan ke-professional-an kita. Aku sure ramai facebookers yang guna email mengarut dan kadang-kadang kelakar didengar. Contoh, chalovesmakdia93@yahoo.com ataupun cha_comel_hot_montel@rocketmail.com. Takkan email sebegini rupa kita nak gunakan untuk minta kerja or biasiswa? korang fikir diorang nak terima ke? That's why kita kena create satu lagi email yang formal. email yang boleh convince people that we're professionals!


Aku memang malu sikit kalau budak-budak matrik add Facebook account aku. Aku sangat berbeza masa kat matrik dan hidup kat luar. macam mana laa diorang boleh tahu Cha Gloxinia tu aku? nama dah tahap hot to the max takkan laa diorang fikir aku jugak kan. Ke aku ni memang hot. kah kah kah! :p




1 comment:

I value your comment :)