Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Wednesday, March 28, 2012

Solat 5 Waktu. Tapi Kita Tahu ke Bacaan yang Dibaca? So Sila Baca


Kat sekolah pelajar diterapkan dengan pendidikan Islam. Ingat lagi tak masa kat sekolah menengah kita ada belajar PAFA? Masa kelas agama, ada PAFA kita kena hafal Rukun Iman, Rukun Islam, Maksud Puasa, Cara Mandi Wajib and macam-macam lagi laa. Waktu PAFA, aku rasa menghafal semua tu terpaksa. Suka main-main bila ustazah suruh datang ke depan sorang-sorang untuk membacakan semula perkara yang dihafal. Mentang-mentang dapat ustazah lemah-lembut suka la main-main aku ni -,-


Part paling best masa bila aku tengah baca Rukun Iman ikut urutan depan ustazah, pastu aku terlupa ! Masa tu aku terlupa yang part Beriman Kepada Al-Quran.. Ustazah punyerlahh berusaha gila nak bagi aku dapat tangkap apa yg dia tengah buat. Dia siap amik al-Quran tunjuk-tunjuk guna jari dia. Ustazah nak bagi semua murid dia lulus punya pasal sampai kena buat macam tu. Muehehehe!


Masuk Matrik pun kena belajar Agama Islam semester 2 ni. Tapi lain sikit dengan PAFA. Kita kena hafal Maksud Bacaan Solat je.. Nampak macam senang kan? Try tengok! Aku ni memang fail bab menghafal. SPM Sejarah pun dapat B+ =p Ustazah bagi masa sebulan untuk hafal Makna Bacaan Solat. Tapi kerja aku dalam sebulan tu main-main je fokus kat benda lain. Tiba masa hari ustazah nak check sorang-sorang... Haaa amik kauuu!! Terkontang kanting aku hafal masa kelas tu jugak!! Ustazah kata siapa tak buat masa kelas tu, markah O! Aku pun apalagi hafal laaa. Makna  bacaan Allahuakbar, Rukuk, Sujud, Iktidal, Tahiyat Akhir.. Sebab banyak sangat nak kena hafal, aku meniru.. Aku tulis makna bacaan Duduk Antara Dua Sujud kat tapak tangan..sebab maksud dia agak complicated sikit.. Dalam hati aku harap-harap laa ustazah tanya pasal Duduk Antara Dua Sujud pasal aku dah ada back up ni. hehehe. Sekali ustazah tak tanya pon dohhhhh!!!! Erghhhhhh... Ustazah tanya makna bacaan Al-Fatihah.. mula-mula nampak macam pro la lancar je baca depan ustazah.. Sekali aku terlupaa lagi sekali mcm sekolah menengah dulu! Aishh.. Aku terlupa part Tunjukkanlah Kami Jalan Yang Lurus.. Ustazah terus luruskan tangan dia buat macam nak terjun kolam.. Terus aku dapat! hehehehe! Banyak lagi aku terlupa macam Tuhan Sekali Alam, ustazah depakan tangan sebesar-besar alam nak bagi aku dpt tangkap. hahaha..



Lepas tragedi tu, aku dah tahu Makna-Makna dalam solat. Dan semasa aku solat, aku baca dalam Bahasa Arab of course la kan, and hati aku berkata maksud bacaan dalam Bahasa Melayu.. Secara tiba-tiba, air mata aku mengalir.. Buat kali pertama, aku rasa solat aku khusyuk dan begitu berharga daripada  solat aku sebelum ni.. Allahuakbar!



I encourage all of you to watch this video about Solat. Sangat naice, sangat berinformasi,  sangat comel, RUGI TAK TENGOK. sekejap je dalam 5 minit saje! Share it with your family, friends and even your boy/girlprennnnn!



2 comments:

  1. saje blog walking..jumpa pula blog ni..nice blog..

    ReplyDelete

I value your comment :)