Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Sunday, March 25, 2012

Mencari Cinta Itu Sakit. So Jangan la Cari

Acap kali kita melihat rakan-rakan di facebook kita update status I'm single, Still searching, I'm available, Siapa nak try aku meh la sini, Kalau aku dapat girlfriend, aku akan mencintai dia lebih dari study aku sendiri . Sorry siapa yang terasa. Muehehehe! Dulu aku pun ada jugak update status macam tu tapi sekali je la! pastu dah malu nak buat. wuu wuu..


Kenapa mereka semua perlu mencari cinta padahal mereka tahu mereka belum bersedia nak berkahwin? Kita masih belajar, duit spender masih pinjam duit mak, tinggal rumah ibu bapa, duit gaji cukup-cukup makan, kenapa nak cinta monyet? Tak cukupkah cinta ibu bapa kepada kita? Apahal  malam ni aku bg ceramah macam sok sok bagos !? Ohh yaa sebab  malam ni hati aku terdetik bertanyakan soalan sebegini rupa. 


Orang yang patut mencari cinta adalah mereka yang sudah betul-betul mampu nak berkahwin. Kuat dari segi tenaga zahir dan batin. muahahaha! Kalau umur dah lanjut 30 duit dalam pocket dah berkepuk sampai simpan dalam bank pun dah tak cukup space, so orang tu memang patut la mencari cinta kan. Makan duit sorang-sorang mana best. Better pergi honeymoon sama-sama, shopping kedai LV sama-sama, beli banglo sama-sama alololololololo co cuwitt.. 


Tapi sekarang ni lain, orang yang patut mencari cinta taknak mencari cinta. Orang yang tidak sepatutnya bercinta bermati-matian berlumba-lumba update status saya single saya single saya single ho yeah!! Ape kehe? Orang sekarang rasa bangga kalau pernah memiliki ramai ex. Ohh ex boyfriend aku sikit je, dalam 30 org macam tu. tapi semuanya tak guna. So, kalau dah tahu tak berguna, kenapa tetap nak bercouple kalau hati tu dah selalu disakiti? 


Permulaan bercinta memang selalu sangat best, kita rasa kita berada di syurga. Ada orang sayang, orang ambil berat. Masuk pertengahan percintaan feeling sayang-sayang tu dah alah. Then masuk kematangan percintaan,  feeling sayang-sayang tu dah jadi macam ayat biasa. Akhirnya bila masuk pengakhiran percintaan, feeling sayang-sayang tu jadi benci. Akhirnya hubungan kawan biasa sebelum couple selama bertahun-tahun terlerai  setelah clash yang mengambil masa hanya selama 1 minit. Perkara ni sedih gila kan?! Menyesal sangat. kalau tahu better jadi kawan je. am i right?


Bercinta lepas kahwin. Perghhh mesti best gila kan? ghahahaha! Umur abang berapa tahun? Abang suka makan apa? abang amik course apa kat uni? perghh perghhh! Ada lagi tak bercinta lepas kahwin zaman moden sekarang ni? Tapi bahaya la sebab pasangan sekarang tak sama dengan pasangan dulu kala. Dulu semua orang baik-baik. Lelaki pemalu perempuan pemalu. Sekarang semuanya agresive. Kalau ada pun mesti orang tu stok-stok alim . muehehehe. 


Pendapat saya kita perlu menunggu jodoh yang datang. Tak perlu nak mencari jodoh.  Tak perlu nak mencari cinta. Jodoh pasti akan datang bila sampai waktunya. Kita hanya perlu menguruskan diri kita dengan persiapan pengetahuan, sikap dan sebagainya termasuklah berusaha menjadi orang baik agar jodoh kita nanti adalah orang yang baik juga. Semua orang pernah buat kesilapan termasuk saya sendiri! So sama-samalah kita berubah. Amin :) 




  





Cinta Itu Seharum Haruman Bunga. 
Termasuk Juga Haruman Bunga Taik Ayam.
keh keh keh




3 comments:

  1. Cinta itu adalah Cinta...Cinta itu Cinta dan cinta itu adalah cinta...apa itu cinta..cinta itu cinta la...

    ReplyDelete
  2. tak yah cari,
    dia datang sendiri nanti:D

    kalau bercinta pas kawin?
    camana nak ehem ehem tu tanpa cinta?
    baru berkenalan takkan nak ehem ehem?
    ooooo ... ehem ehem bila dahbercinta ?

    huuuu romantik!!:D

    ReplyDelete
  3. I prefer bercinta lepas kahwin.


    Eh takk! >,<"
    Berkahwin lepas bercinta laaa..


    Ehh tak tak! okay it is so complicated. better wait for our jodoh je laa.

    :)

    ReplyDelete

I value your comment :)