Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Monday, March 19, 2012

Cerita Seram di Asrama Kolej Saya. Percayalah..

Are you dare to read this entry until the end? Actually aku pun seram sejuk nak menaip sebab aku masih tinggal lagi di asrama tu. Ingatkan nak post entry ni bulan depan lepas habis matrik, tapi kesian pulak kat korang nanti kempunan nak dengar cerita hantu! Bhahahaha! :p


First of all, kat asrama aku tu ada hantu nenek. owang puteh katew "Grandma Ghost". Nak dijadikan cerita, kawan baik aku pernah mengalami sendiri peristiwa dengan hantu nenek ni. Kawan aku ni budak sains module 1. Dia selalu sangat ada kelas tambahan sampai malam. Pada satu malam Sabtu, hujan renyai-renyai. Kawan aku ni duduk asrama yang paling jauh di kalangan asrama-asrama yang ada. Asrama C5. Asrama yang aku duduk sekarang ni laaa. Masa dia nak balik bilik, dia sorang-sorang. Dia pun berjalan laa kat jalan yang hanya berbekalkan dengan lampu jalan kuning yang agak malap. Pada masa tu, ada lagi sorang budak perempuan sains yang nak balik asrama. Tapi budak tu tinggal blok C3. Akhirnya, sampai satu simpang mereka terpaksa berpisah. Satu ikut jalan kiri, satu lagi ikut jalan kanan. Kawan baik aku ni ikut jalan kanan. Masa diorang nak berpisah jalan tu, kawan baik aku ni terasa ada angin tiup. Pastu mata dia nampak ada benda putih terbang ke arah jalan kiri. Kawan aku ni dah seram sejuk terus dia berlari balik C5. Beberapa hari lepas kejadian tu, kawan baik aku ni pergi laa kafeteria C. Semua pelajar perempuan yang tinggal asrama C akan makan kt kafe tu. Kawan baik aku ni nak beli burger. Tapi dia ada nampak sekumpulan pelajar, felo dan penolong pengarah dan ada budak perempuan menangis kat tengah. Rupanya budak perempuan tu laa yang kawan aku noticed yang balik sama jalan dengan dia masa malam hujan renyai-renyai tu. Budak perempuan tu cerita hantu nenek ikut dia balik bilik. Hantu tu try pegang badan dia jangan kasi jalan , budak perempuan tu pulak ternampak sekali muka hantu nenek tu. Budak perempuan tu demam beberapa hari. Member baik aku ni terdengar cerita tu Bersyukur gila sebab kalau bukan budak perempuan tu yg kena ikut, mesti hantu tu pilih dia. Pandai jugak hantu nenek tu main la la li tam plom eh nak pilih mangsa yang mana satu..



Lagi satu cerita, asrama C5 yang aku tinggal sekarang ni pun berhantu. Hanya tingkat 2,3 dan 4 sahaja yang dipenuhi. tingkat 1 wing A dan wing B tak dipenuhi. Aras 1 wing A dipagar. Felo asrama kata aras 1 ni pelajar tak boleh tinggal sebab ada masalah bekalan elektrik. Okay lah fine la macam tu. Masa satu petang, aku nak beli makanan kat koperasi guna baucar RM50 hahaha. Abang koperasi tu tanya la aku ni duduk asrama mana? kesian kena angkat makanan banyak. Yelaa mestilah berat,aku bantai beli maknan berjumlah RM50 stok dalam bilik untuk sebulan tu! hahahaha. Aku pun cakap la aku ni duduk asrama C5. Abang tu terkejut laa. pastu dia tanya tak pernah jadi apa2 ke kat asrama aku tu. kenapa aras 1 tu kosong. Pastu aku cerita laa ada masalah elektrik aras satu tu. Abang tu cakap " Ehh yeker? boleh percaya ke cakap felo tu? bukan ke sebab ada pelajar perempuan india yang bunuh diri dalam bilik aras 1 tu beberapa tahun lepas?" Perghhhhhhhhhh!! meremang seh bulu-bulu roma aku. Now sekarang baru aku tahu kenapa aras 1 wing A berpagar walaupun banyak bilik kosong. Sebab wing tu keras!!!!


So far alhamdulilah la sepanjang aku duduk asrama C5 tak pernah lagi kena kacau. Aku duduk aras 4 wing B. Bilik aku menghadap jalan raya. Selalu jugak aku dengar bunyi motor dan kereta lalu pukul 2 / 3 pagi . mungkin pakguard la tu tengah meronda. aku pernah kena kacau masa aku duduk asrama C2. Masa tu waktu maghrib aku sorang2 dalam bilik. aku sembahyang maghrib tapi tak khusyuk sebab dengar bunyi bergeser-geser. Bunyi macam satu benda tajam macam pisau tengah kikis-kikis dinding batu. Lepas solat aku mengaji. Bunyi tu berhenti.. Lepas aku mengaji, aku salin la baju sebab nak pergi dinner kat kafe. Aku terpandang tingkap then aku nampak benda kuning terbang!!!! Aku terus lari pergi bilik kawan. muka dah pucat gilaaa kot! Aku pun pelik macam mana langsir tu boleh terselak. Sebabnya sebelum matahari terbenam, aku akan pastikan semua tingkap ditutup. aku taknak tengok pemandangan luar masa waktu malam. Sebabnya asrama lama aku ( C2) tu menghadap bukit. Menyeramkann..



Asrama C3 lagi keras. Sebabnya asrama tu adalah asrama yang paling dekat dengan bukit. Bilik yang paling atas dan yang paling hujung mesti jadi tumpuan geng-geng hantu. Kawan sekelas aku pernah kena gigit pelesit. fyi, aras 4 asrama C3 ni kosong. lampu koridor pun mati, sebab semua pelajar aras 4 asrama C kena pindah pernah C5 (asrama aku sekarang) sebab taknak masalah air berlarutan. So, pada satu malam bulan final exam semester 1, ada sorang pelajar perempuan kena histeria. Masa budak perempuan tu sedang belajar waktu malam, dia nak pergi ke tandas. dia pergi sorang-sorang.. Lepas dah buang segala apa yang patut, tiba-tiba budak perempuan tu macam kena pukau. Dia bukannya pergi balik bilik dia. Tapi dia pergi naik aras 4 yang gelap gelita tu! budak perempuan tu tinggal aras 3. budak tu tak sedarkan diri sampai ada "benda" pegang dia dari belakang then dia kena histeria.. 



So, conclusionnya, berjaga-jagalah di tempat orang. Selalunya semua asrama kolej dahulunya adalah sebuah hutan tetapi ditebang untuk bina pusat pendidikan. Kita tak boleh la nak halau 'mereka-mereka' ni seperti hantu nenek sebabnya itu adalah kawasan asal mereka. so, berjaga la sikit mulut tu. So, tolong doakan Cha baik-baik saja kat asrama C5 ni sampailah habis final exam ye?? Amin... 


Kalau korang pun ada pengalamam, share-share la ye :)
bye!

26 comments:

  1. hehehe.. pocket baca sampai abis!!
    jahat kamu!
    daaah nak tido kena bukak lampu:D

    " Ehh yeker? boleh percaya ke cakap felo tu? bukan ke..

    tebalik plak.. buleh pecaya ke cakap kamu abang koperasi ooi!!
    buat cuak adik adik sekaliaan jer huh!! :D

    ReplyDelete
  2. Inilah yang cha suka! biar duit pocket habis bayar bil letrik melambung bulan ni.

    kah kah kah!

    jahat betul intention :p

    ReplyDelete
  3. hahaha same lah ngn asrama kite, tapi blok tengah kiteorg yang aras bawah je kosong. semua. and budak laki pulak, aras 4 semua kosong. haha

    ReplyDelete
  4. hehe saja nak comment.. akak x-kmns 09/10..dulu akak dok blok c2.. time akak dulu alhamdulillah takde la kes2 mcm nie..tp yg pasal blok c5 tu memang famous la..dulu aras 1 tu wing b masih bole guna lagi.. time akak dulu, blok a yg slalu ade kes2 paranormal nie..

    ReplyDelete
  5. Saya ex-kmns 2000-2001...masa mula2 kmns ni dibuka....waktu tu lg byk kes menyeramkan..yela...mula2 diteroka dan diduduki...

    ReplyDelete
  6. not to be rude..but actually about the girl yg naik atas aras 4 tu actually my own roomate...and the story is completely different..NOT THE STORY YOU JUST TOLD..lg satu cite pasal C5 yg bdk india bunuh diri tu takpenah ade..yg psl cerita hantu tu takpenah dgr pun..fyi sy penghuni C3...

    ReplyDelete
  7. I'm sorry..but saya rase yg cerita pasal budak perempuan C3,aras 3 naik aras 4 tu x berapa nk betul lah..sbb dia bukan pegi toilet as u wrote..saya bilik sebelah dia n I was there at that time..
    pasal c5 tu, x penah dengar la plak..
    p/s : Im sorry but make sure awk tulis tu biar lah bnde betul..jgn takutkan budak2 junior yg baru masuk..jenuh plak ktorg senior nk jwb.. ^_^

    ReplyDelete
  8. really??? saya budak c3 aras 3 tu TAK HISTERIA pon..still sedar lagi..

    ReplyDelete
  9. one more thing that the girl you said was histeria, was not histeria at all..in fact she told me THE REAL STORY..

    ReplyDelete
  10. Thanks for your feedback. Hehe.
    I didn't expect I will get so many comments from my own college mates.
    Psl c3 yang kena histeria you all memang betul coz you all yg diami c3 yg Alami sendiri i just dengar cerita drpd kawan2. but
    Abt kes bunuh diri memang betul coz Abang koperasi yg bekerja di sana yang cerita pada saya sbb dia dah bekerja lama di Matrik
    And hantu Nenek is totally a real story sbb kawan I yang Alami sendiri.
    I wrote this is for sharing not menakutkan pelajar junior. And I think my blog is not so popular to be read by future kmns students aka our juniors
    Thanks :)
    Don't get it too serious la kawan coz

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Ni matrik kat mana eh? Kat Negeri Sembilan or whatever?

    ReplyDelete
  13. @Anonymous

    yup negeri sembilan, kuala pilah..

    ReplyDelete
  14. im the next junior kmns.....2014/2015...

    ReplyDelete
  15. Please don't get too serious k :)

    ReplyDelete
  16. minggu depan dah masuk kml...huhuhu but dpt blok A...harap tiada apa2 kejadian la dkat situ.
    hope so.

    ReplyDelete
  17. ex KMNS 14/15 and blok c5 still berpagar . Tapi takdek sapa nak bagitau kisah sebenar apa yg jadi kat situ . and budak c5 ckp dh la wing A aras 1 tu berpagar , ada dua bilik lagi berpagar . So mmg c5 berhantu . And hati-hati lalu jalan bwh pokok besar kat depan kafe D tu . Haritu time nak gi kelas malam lalu situ hhahaha ada org lalu sebelah saya masalahnya org tu berjalan tp byg kat makmal tu berlari . lol berlari and hilang . then dapat pulak kwn mulut cabul mmg bukak langkah seribu lah . Btw saya ex C4 and kwn saya yg satu blok kat aras 3 wing a dgr org bukak tingkap bilik dia time dia kat bilik sorang-sorang . then dia lari masuk bilik saya . hahaha bilik saya dh la bilik last sebelah hutan berdepan ngan c5 . masalahnya , bilik dia tingkat 3 , siapa yg nak bukak tingkap tuh ? HAHAHAHAH BEWARE JUNIOR.

    ReplyDelete
  18. Ex kmns 15/16 ...saya duk blok c5...sepanjang duduk kat kmns mmg ade kes hantu2 nih..tapi blok A paling byk..blokc5 mmg agak aman la berbanding blok A...ramai kata blok c5 paling keras pasal jauh n aras bwh x de org..tapi mmg ok je blok c5 kacau sikit2 je ....x de yg teruk macam kat blok A..hahaha..pasal bilik bawh yg berkunci tu mmg seram saya sendiri pnh rasa n dengar sesuatu dari bilik tu..seram beb..da la ..bilik aras 2 je..betul2 sebelah toilet..hahahahha

    ReplyDelete

I value your comment :)