Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Wednesday, March 28, 2012

Solat 5 Waktu. Tapi Kita Tahu ke Bacaan yang Dibaca? So Sila Baca


Kat sekolah pelajar diterapkan dengan pendidikan Islam. Ingat lagi tak masa kat sekolah menengah kita ada belajar PAFA? Masa kelas agama, ada PAFA kita kena hafal Rukun Iman, Rukun Islam, Maksud Puasa, Cara Mandi Wajib and macam-macam lagi laa. Waktu PAFA, aku rasa menghafal semua tu terpaksa. Suka main-main bila ustazah suruh datang ke depan sorang-sorang untuk membacakan semula perkara yang dihafal. Mentang-mentang dapat ustazah lemah-lembut suka la main-main aku ni -,-


Part paling best masa bila aku tengah baca Rukun Iman ikut urutan depan ustazah, pastu aku terlupa ! Masa tu aku terlupa yang part Beriman Kepada Al-Quran.. Ustazah punyerlahh berusaha gila nak bagi aku dapat tangkap apa yg dia tengah buat. Dia siap amik al-Quran tunjuk-tunjuk guna jari dia. Ustazah nak bagi semua murid dia lulus punya pasal sampai kena buat macam tu. Muehehehe!


Masuk Matrik pun kena belajar Agama Islam semester 2 ni. Tapi lain sikit dengan PAFA. Kita kena hafal Maksud Bacaan Solat je.. Nampak macam senang kan? Try tengok! Aku ni memang fail bab menghafal. SPM Sejarah pun dapat B+ =p Ustazah bagi masa sebulan untuk hafal Makna Bacaan Solat. Tapi kerja aku dalam sebulan tu main-main je fokus kat benda lain. Tiba masa hari ustazah nak check sorang-sorang... Haaa amik kauuu!! Terkontang kanting aku hafal masa kelas tu jugak!! Ustazah kata siapa tak buat masa kelas tu, markah O! Aku pun apalagi hafal laaa. Makna  bacaan Allahuakbar, Rukuk, Sujud, Iktidal, Tahiyat Akhir.. Sebab banyak sangat nak kena hafal, aku meniru.. Aku tulis makna bacaan Duduk Antara Dua Sujud kat tapak tangan..sebab maksud dia agak complicated sikit.. Dalam hati aku harap-harap laa ustazah tanya pasal Duduk Antara Dua Sujud pasal aku dah ada back up ni. hehehe. Sekali ustazah tak tanya pon dohhhhh!!!! Erghhhhhh... Ustazah tanya makna bacaan Al-Fatihah.. mula-mula nampak macam pro la lancar je baca depan ustazah.. Sekali aku terlupaa lagi sekali mcm sekolah menengah dulu! Aishh.. Aku terlupa part Tunjukkanlah Kami Jalan Yang Lurus.. Ustazah terus luruskan tangan dia buat macam nak terjun kolam.. Terus aku dapat! hehehehe! Banyak lagi aku terlupa macam Tuhan Sekali Alam, ustazah depakan tangan sebesar-besar alam nak bagi aku dpt tangkap. hahaha..



Lepas tragedi tu, aku dah tahu Makna-Makna dalam solat. Dan semasa aku solat, aku baca dalam Bahasa Arab of course la kan, and hati aku berkata maksud bacaan dalam Bahasa Melayu.. Secara tiba-tiba, air mata aku mengalir.. Buat kali pertama, aku rasa solat aku khusyuk dan begitu berharga daripada  solat aku sebelum ni.. Allahuakbar!



I encourage all of you to watch this video about Solat. Sangat naice, sangat berinformasi,  sangat comel, RUGI TAK TENGOK. sekejap je dalam 5 minit saje! Share it with your family, friends and even your boy/girlprennnnn!



Sunday, March 25, 2012

Mencari Cinta Itu Sakit. So Jangan la Cari

Acap kali kita melihat rakan-rakan di facebook kita update status I'm single, Still searching, I'm available, Siapa nak try aku meh la sini, Kalau aku dapat girlfriend, aku akan mencintai dia lebih dari study aku sendiri . Sorry siapa yang terasa. Muehehehe! Dulu aku pun ada jugak update status macam tu tapi sekali je la! pastu dah malu nak buat. wuu wuu..


Kenapa mereka semua perlu mencari cinta padahal mereka tahu mereka belum bersedia nak berkahwin? Kita masih belajar, duit spender masih pinjam duit mak, tinggal rumah ibu bapa, duit gaji cukup-cukup makan, kenapa nak cinta monyet? Tak cukupkah cinta ibu bapa kepada kita? Apahal  malam ni aku bg ceramah macam sok sok bagos !? Ohh yaa sebab  malam ni hati aku terdetik bertanyakan soalan sebegini rupa. 


Orang yang patut mencari cinta adalah mereka yang sudah betul-betul mampu nak berkahwin. Kuat dari segi tenaga zahir dan batin. muahahaha! Kalau umur dah lanjut 30 duit dalam pocket dah berkepuk sampai simpan dalam bank pun dah tak cukup space, so orang tu memang patut la mencari cinta kan. Makan duit sorang-sorang mana best. Better pergi honeymoon sama-sama, shopping kedai LV sama-sama, beli banglo sama-sama alololololololo co cuwitt.. 


Tapi sekarang ni lain, orang yang patut mencari cinta taknak mencari cinta. Orang yang tidak sepatutnya bercinta bermati-matian berlumba-lumba update status saya single saya single saya single ho yeah!! Ape kehe? Orang sekarang rasa bangga kalau pernah memiliki ramai ex. Ohh ex boyfriend aku sikit je, dalam 30 org macam tu. tapi semuanya tak guna. So, kalau dah tahu tak berguna, kenapa tetap nak bercouple kalau hati tu dah selalu disakiti? 


Permulaan bercinta memang selalu sangat best, kita rasa kita berada di syurga. Ada orang sayang, orang ambil berat. Masuk pertengahan percintaan feeling sayang-sayang tu dah alah. Then masuk kematangan percintaan,  feeling sayang-sayang tu dah jadi macam ayat biasa. Akhirnya bila masuk pengakhiran percintaan, feeling sayang-sayang tu jadi benci. Akhirnya hubungan kawan biasa sebelum couple selama bertahun-tahun terlerai  setelah clash yang mengambil masa hanya selama 1 minit. Perkara ni sedih gila kan?! Menyesal sangat. kalau tahu better jadi kawan je. am i right?


Bercinta lepas kahwin. Perghhh mesti best gila kan? ghahahaha! Umur abang berapa tahun? Abang suka makan apa? abang amik course apa kat uni? perghh perghhh! Ada lagi tak bercinta lepas kahwin zaman moden sekarang ni? Tapi bahaya la sebab pasangan sekarang tak sama dengan pasangan dulu kala. Dulu semua orang baik-baik. Lelaki pemalu perempuan pemalu. Sekarang semuanya agresive. Kalau ada pun mesti orang tu stok-stok alim . muehehehe. 


Pendapat saya kita perlu menunggu jodoh yang datang. Tak perlu nak mencari jodoh.  Tak perlu nak mencari cinta. Jodoh pasti akan datang bila sampai waktunya. Kita hanya perlu menguruskan diri kita dengan persiapan pengetahuan, sikap dan sebagainya termasuklah berusaha menjadi orang baik agar jodoh kita nanti adalah orang yang baik juga. Semua orang pernah buat kesilapan termasuk saya sendiri! So sama-samalah kita berubah. Amin :) 




  





Cinta Itu Seharum Haruman Bunga. 
Termasuk Juga Haruman Bunga Taik Ayam.
keh keh keh




Tuesday, March 20, 2012

Ada Cara Nak Meminjam Barang. Usah Buat Macam Harta Sendiri


Aku ni boleh dikatakan seorang yang baik hati la jugak. ye kot??? Hehe. Sebabnya aku tak sampai hati kalau orang pinjam barang aku, tapi aku tak menghulurkan bantuan. Eventhough hati ni kata " hmm takyah laa pinjam" tapi tangan tetap menghulurkan pinjaman. Terus tak dapat pahala kan. sia-sia ja. 


Semenjak aku di hostel, aku banyak belajar perkara baru. Contohnya seperti berkongsi barang dengan kawan. Sebabnya aku merupakan anak tunggal dalam keluarga.  I think it's fun if we're sharing things together. It makes our friedship become more sweet and show our cares to friends. Tapi ada satu masalah yang timbul.



Jeng jeng jenggggg!!!



Masalah timbul apabila kawan yang meminjam barang tu tak reti-reti nak pulang balik barang kita. Kita kena pergi bilik dia, ketuk pintu bilik then minta balik barang kita. Rasa macam beggar pulak. Kalau nak marah, takut bergaduh sebab dah hampir setahun berkawan. Kalau tegur, takut salah faham pulak. akhirnya nak tahu aku buat apa? "Ehh aku nak guna pulak boleh tak?" Can u imagine it? I am acting like a beggar asking for my own property!


Selalu sangat terjadi. Kawan ni pinjam barang yang sama. Barang ni benda yang have fun laa. can connect to all of u. now u know what the thing is kan? Memang la seronok sebab meminjam. aku lagi la beronok-ronok kasi pinjam sebab dapat pahala if ikhlas betul tak? Yeahh I admit at the first memang aku ikhlas. Tapi bila dah lama-lama, bukan ikhlas, tapi rasa macam terpaksa memberi pinjaman.. aku rasa aku boleh jadi kaya kalau buat khidmat sewa pada kawan2 di blok tu. kah kah kah! (gelak setan)


For your information, aku bukanlah kedekut nak bagi pinjaman. Tapi aku berkira je. Sebab aku beli dan bayar benda ala tu by using my own money! guna allowance tau sampai sekarang tinggal zero dalam bank. I didnt touch my mum's money at all. Lain la kalau aku guna pakai duit mum, takdelah aku rasa macam rugi sangat. hehehe. Tapi guna duit aku, bayar tiap2 bulan. Tapi ada member pinjam. Dalam seminggu tu dalam 5 kali pun ada minta pnjam tau. Kalau sekali seminggu it is okay. Tapi seem like sekarang dia ada share atas property tu. hmmm. WHY?!


Aku ni kesian kat orang. Tapi ada ke orang kesian kat aku? Aku cuma buat mimik muka tak suka je sebab setiap kali pinjam, aku kena minta balik. Tak reti pulang sendiri. Itu pun tak dapat tangkap lagi ke yang aku tak suka? Nanti kalau cakap terus terang terasa pulak. Terus tak bertegur sampai habis matrik. Haishhh masalahhhhh..


Korang pun ada masalah macam ni jugak? :'(


Monday, March 19, 2012

Cerita Seram di Asrama Kolej Saya. Percayalah..

Are you dare to read this entry until the end? Actually aku pun seram sejuk nak menaip sebab aku masih tinggal lagi di asrama tu. Ingatkan nak post entry ni bulan depan lepas habis matrik, tapi kesian pulak kat korang nanti kempunan nak dengar cerita hantu! Bhahahaha! :p


First of all, kat asrama aku tu ada hantu nenek. owang puteh katew "Grandma Ghost". Nak dijadikan cerita, kawan baik aku pernah mengalami sendiri peristiwa dengan hantu nenek ni. Kawan aku ni budak sains module 1. Dia selalu sangat ada kelas tambahan sampai malam. Pada satu malam Sabtu, hujan renyai-renyai. Kawan aku ni duduk asrama yang paling jauh di kalangan asrama-asrama yang ada. Asrama C5. Asrama yang aku duduk sekarang ni laaa. Masa dia nak balik bilik, dia sorang-sorang. Dia pun berjalan laa kat jalan yang hanya berbekalkan dengan lampu jalan kuning yang agak malap. Pada masa tu, ada lagi sorang budak perempuan sains yang nak balik asrama. Tapi budak tu tinggal blok C3. Akhirnya, sampai satu simpang mereka terpaksa berpisah. Satu ikut jalan kiri, satu lagi ikut jalan kanan. Kawan baik aku ni ikut jalan kanan. Masa diorang nak berpisah jalan tu, kawan baik aku ni terasa ada angin tiup. Pastu mata dia nampak ada benda putih terbang ke arah jalan kiri. Kawan aku ni dah seram sejuk terus dia berlari balik C5. Beberapa hari lepas kejadian tu, kawan baik aku ni pergi laa kafeteria C. Semua pelajar perempuan yang tinggal asrama C akan makan kt kafe tu. Kawan baik aku ni nak beli burger. Tapi dia ada nampak sekumpulan pelajar, felo dan penolong pengarah dan ada budak perempuan menangis kat tengah. Rupanya budak perempuan tu laa yang kawan aku noticed yang balik sama jalan dengan dia masa malam hujan renyai-renyai tu. Budak perempuan tu cerita hantu nenek ikut dia balik bilik. Hantu tu try pegang badan dia jangan kasi jalan , budak perempuan tu pulak ternampak sekali muka hantu nenek tu. Budak perempuan tu demam beberapa hari. Member baik aku ni terdengar cerita tu Bersyukur gila sebab kalau bukan budak perempuan tu yg kena ikut, mesti hantu tu pilih dia. Pandai jugak hantu nenek tu main la la li tam plom eh nak pilih mangsa yang mana satu..



Lagi satu cerita, asrama C5 yang aku tinggal sekarang ni pun berhantu. Hanya tingkat 2,3 dan 4 sahaja yang dipenuhi. tingkat 1 wing A dan wing B tak dipenuhi. Aras 1 wing A dipagar. Felo asrama kata aras 1 ni pelajar tak boleh tinggal sebab ada masalah bekalan elektrik. Okay lah fine la macam tu. Masa satu petang, aku nak beli makanan kat koperasi guna baucar RM50 hahaha. Abang koperasi tu tanya la aku ni duduk asrama mana? kesian kena angkat makanan banyak. Yelaa mestilah berat,aku bantai beli maknan berjumlah RM50 stok dalam bilik untuk sebulan tu! hahahaha. Aku pun cakap la aku ni duduk asrama C5. Abang tu terkejut laa. pastu dia tanya tak pernah jadi apa2 ke kat asrama aku tu. kenapa aras 1 tu kosong. Pastu aku cerita laa ada masalah elektrik aras satu tu. Abang tu cakap " Ehh yeker? boleh percaya ke cakap felo tu? bukan ke sebab ada pelajar perempuan india yang bunuh diri dalam bilik aras 1 tu beberapa tahun lepas?" Perghhhhhhhhhh!! meremang seh bulu-bulu roma aku. Now sekarang baru aku tahu kenapa aras 1 wing A berpagar walaupun banyak bilik kosong. Sebab wing tu keras!!!!


So far alhamdulilah la sepanjang aku duduk asrama C5 tak pernah lagi kena kacau. Aku duduk aras 4 wing B. Bilik aku menghadap jalan raya. Selalu jugak aku dengar bunyi motor dan kereta lalu pukul 2 / 3 pagi . mungkin pakguard la tu tengah meronda. aku pernah kena kacau masa aku duduk asrama C2. Masa tu waktu maghrib aku sorang2 dalam bilik. aku sembahyang maghrib tapi tak khusyuk sebab dengar bunyi bergeser-geser. Bunyi macam satu benda tajam macam pisau tengah kikis-kikis dinding batu. Lepas solat aku mengaji. Bunyi tu berhenti.. Lepas aku mengaji, aku salin la baju sebab nak pergi dinner kat kafe. Aku terpandang tingkap then aku nampak benda kuning terbang!!!! Aku terus lari pergi bilik kawan. muka dah pucat gilaaa kot! Aku pun pelik macam mana langsir tu boleh terselak. Sebabnya sebelum matahari terbenam, aku akan pastikan semua tingkap ditutup. aku taknak tengok pemandangan luar masa waktu malam. Sebabnya asrama lama aku ( C2) tu menghadap bukit. Menyeramkann..



Asrama C3 lagi keras. Sebabnya asrama tu adalah asrama yang paling dekat dengan bukit. Bilik yang paling atas dan yang paling hujung mesti jadi tumpuan geng-geng hantu. Kawan sekelas aku pernah kena gigit pelesit. fyi, aras 4 asrama C3 ni kosong. lampu koridor pun mati, sebab semua pelajar aras 4 asrama C kena pindah pernah C5 (asrama aku sekarang) sebab taknak masalah air berlarutan. So, pada satu malam bulan final exam semester 1, ada sorang pelajar perempuan kena histeria. Masa budak perempuan tu sedang belajar waktu malam, dia nak pergi ke tandas. dia pergi sorang-sorang.. Lepas dah buang segala apa yang patut, tiba-tiba budak perempuan tu macam kena pukau. Dia bukannya pergi balik bilik dia. Tapi dia pergi naik aras 4 yang gelap gelita tu! budak perempuan tu tinggal aras 3. budak tu tak sedarkan diri sampai ada "benda" pegang dia dari belakang then dia kena histeria.. 



So, conclusionnya, berjaga-jagalah di tempat orang. Selalunya semua asrama kolej dahulunya adalah sebuah hutan tetapi ditebang untuk bina pusat pendidikan. Kita tak boleh la nak halau 'mereka-mereka' ni seperti hantu nenek sebabnya itu adalah kawasan asal mereka. so, berjaga la sikit mulut tu. So, tolong doakan Cha baik-baik saja kat asrama C5 ni sampailah habis final exam ye?? Amin... 


Kalau korang pun ada pengalamam, share-share la ye :)
bye!

Sunday, March 18, 2012

Customer Service Digi Centre need to be improved

Siapa guna nombor Digi? lebih baik pergi tukar nombor lain sekarang. Cepat! eheh. I ada pengalaman pergi ke  customer service tiga syarikat telekomunikasi paling hangit di Malaysia ni. Paling I suka ialah Maxis Centre di KLCC. Layanan pekerja-pekerja maxis sangat bagus! Kita baru nak langkah masuk, belum jejak kaki lagi tapi dah ada orang sambut offer bantuan. I rasa I macam Datin ketika tu. hehe. Then pekerja Maxis akan tolong semampu yang boleh. contohnya whatsapp aku ada masalah, pekerja tu boleh uninstall dan reinstall balik walaupun itu bukan kerja diorang.


Same goes to Celcom Centre. Layanan pekerja Celcom tak sehebat di Maxis, tetapi pekerjanya sangat cekap, tangkas, cepat dan lipat! I spend less than 10 minutes bila nak bayar bil-bil yang tertunggak. Can u imagine it? I belum sempat nak duduk, nak main-main dengan phone display kat situ pastu dah kena 'halau' balik.


Maxis & Celcom centre punya decoration pun okay. Sangat bersih dan suci. Selesa. Bila nombor giliran dah bertukar, customer boleh notice. Tingg tonggg "1056. ehhh nombor aku dah naik la. kaunter 5. im cominggggggg"


Tapi kalau kat Digi Centre kat Times Square, I tak dengar langsung bila nombor giliran bertukar. Pastu bila dah pergi kaunter, ada manusia asing dah potong line! "Oiiii giliran aku ni, apahal kau ambik pulak!? Pekerja yang incharged pun buat bodoh je aku berdiri menunggu belakang customer lain yang tak ada nombor giliran tu." 


Pastu, suara pekerja Digi sangat laa lembut macam nak pergi Pertandingan Suara Siapa Paling Lembut. Aku tak dengar langsung. Haishh. Bila aku dah cerita masalah iphone aku, pekerja tu cakap kita kena format balik semua tapi kena back up semua file dulu. Tapi pihak Digi tak boleh nak tolong back up kan sebab customer punya privasi. Dia suruh back up di laptop sendiri or pergi mana-mana kedai phone back up kan, then datang balik Digi Centre untuk clear all the files dalam iphone then masukkan version baru supaya masalah boleh selesai. what the fuck, man! Menyusahkan aku laa. aku ingat sehari boleh settle masalah ni. rupanya lagi membebankan kepala otak. Aku tak ingin nak datang Digi Centre kalau phone tak rosak. Tapi warranty card di bawah tanggungjawab Digi. 


Fyi, aku tunggu hampir 1 jam untuk dapatkan giliran ke kaunter. 1 jam tu untuk 6 nombor giliran. Lambat gilaa kan diorang buat kerja? And Digi Centre punya decoration tak bagus. really! Kerusi kotor, tak teratur dan customer lain boleh potong line sesuka hati. Aihhhh! 


TAK SEMEGAH MACAM MAXIS & CELCOM

Wednesday, March 14, 2012

Another Pictures Cha and Friends in Blue

Assalamualaikum :)

On last Friday, friends and I had a simple dinner. Fyi, we reuse a multi purpose hall so that it can be as same as hotel. hahaa. Eventhough it is not exactly like a hotel, it is okay. I satisfied with it :) 



After I finished went through all the pictures, I noticed that I've gained weight.
uwaaaa uwaaaa uwaaaaa :'(


Bye! 

Tuesday, March 13, 2012

In Blue - Dinner with some KMNS students


I wore 11 cm heels in this picture
but I'm still shorter than them
How do I look like in tudung bawal? muehehe!


A lot more pictures will be uploaded soon! :) 

 


 

Saturday, March 10, 2012

Cara Saya Belajar

Assalamualaikum :) 


Thanks to emmy.V sebab bagi feedback pada saya. So, saya rasa saya patut jawab dan share dengan korang semua especially pelajar yang sedang sengsara dengan buku-buku like me. ahaa. 


1) Fokus dalam kuliah
Semasa dalam kuliah, pastikan anda duduk dengan kawan yang ada minat nak belajar bukan berborak. Bukan kawan baik korang tak bagus, bagus sangat tapi bagus dalam gossip la kan. ahaha. same goes to me, bila saya duduk dengan kawan baik semasa kuliah, bukannya belajar, tapi berborak. Kalau kuliah waktu petang, TIDUR saing laa jawabnya. sedap tidur peluk2. So, dalam kuliah Cha akan duduk di barisan kedua terdepan. plus mata cha rabun jauh tapi tak pakai spek. so it is easy to me bila i duduk depan. hehehe. Percayalah lain sangat input yang kita dalam bila belajar dalam kuliah dan dalam bilik..


2)Bila kelas habis cepat, terus pergi unit jumpa lecturer / library
Selalunya kalau kelas Cha habis awal, i pergi makan dulu then baru pergi unit. Buat semua tutorial dan assignment di sana. Sebab apa Cha tak balik bilik terus? sebab bila balik bilik, jumpa KATIL TERCINTA, bantai tidur sampai petang. not so good tidur petang boleh menggemukkan. Selalunya Cha akan balik pukul 5 petang. TAPI bukan tiap2 hari pun cha buat semua ni,kawan-kawan Cha ni terror gila pujuk org, kadang2 termakan jugak hasutan diorang terus balik bilik bila dah habis kuliah awal. 



3) Letak buku kerja di atas meja
Dalam bilik pelajar, selalunya disediakan satu meja. So, macam sempit la kan nak letak laptop dan buku pada masa yang sama. untuk mengelakkan Cha letak laptop dan ONLINE 24 jam, i akan letak buku toturial dulu atas meja. So, bila dah bangun tidur, perkara pertama ialah i nampak buku-buku kerja yang perlu disiapkan. Niat nak online TERBANTUT sebab malas nak punggah buku then letak laptop. 



4) Baik dengan lecturer
Cha memang suka rapat dengan lecturer. Selalunya pensyarah ni payah nak ingat nama pelajar. Tapi bila dia ingat, maksudnya pelajar tu ada keistimewaan yang tersendiri. So, Cha happy gila bila lecturer igt nama i eventhough nama tu ada silap sikit! hahahaa.


5) Bila belajar, jangan dengar lagu
Selalu sangat pelajar belajar sambil pakai earphone dengar lagu which is not good! kawan i selalu buat. memang la boleh hilangkan bosan tapi semua ilmu tak 100% masuk dalam otak. Bila cha study, cha akan tutup semua lagu, ataupun buka lagu dalam  volume yang sangat rendah. So, otak kita pikir ilmu bukan pikir macam mana nak hafal lirik. Lagipun, dalam DEWAN EXAM, korang jawab semua soalan tu sambil dengar lagu ke? tak kan... 


6) Ingat ibu bapa sebagai faktor pendorong
Cha akan ingat mum setiap kali Cha rasa malas nak belajar. Bila igtkan yang i je anak dia, i nak buat yang terbaik untuk dia.. 


Rasanya itu je laa kot. Sharing is loving. I sayang u'olzz semua laa thats why i share dengan korang. eceehhh! :D

Bye! <3


Monday, March 05, 2012

Another Good News For Beloved Mum - my pointer for Sem 2




I got 4.0 again in
Ujian Pertengahan Semester 
Ohhh, that B is my English gred. tak masuk pointer pun. muehehehe. 
nasib baik meningkat compare to last sem punyer gred
ALHAMDULILLAH
So now, 
I have to maintain my pointer for ONE MORE big exam.
which is
FINAL EXAM
that is going to be held on this April 2012
God.. please help me 
Hanya kepada Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan



Honestly, I'm so happy of what did I got. Its FOR mum :)
I will cry everytime when I think about Mum. 


About Honeydew, no more Honeydew in my storylife
I've nothing to do with him anymore
Im single and NOT AVAILABLE
Ya Tuhan, jika ini jawapan Engkau untuk doa aku selama ni,
aku pasrah
dan aku reda
dan aku terima dengan sepenuh hati. 
dan aku berharap ini kali terakhir air mata aku membazir hanya untuk seorang lelaki yang bergelar boyfriend
 cinta itu tidak kejam, hanya manusia yang tak reti menghargai cinta


Thanks to those yang mendoakan saya
last post blog ni sedih sangat kan? 
tambah dengan effect background music blog Cha ni
lagi la meleleh air mata
hehe


Pasal Hari Usahawan tu, kitaorang dapat untung! Seorang dapat RM160. satu kelas dalam 18 orang. kiralah hasilnya sendiri. hehe. malas nak cerita banyak-banyak, nanti takut riak pulak. ecehhh!! :p

Itu saja untuk post hari ni. 
bye kawan-kawan :)