Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Wednesday, February 22, 2012

Kelebihan Pelajar Perakaunan Berbanding Pelajar Sains.

Assalamualaikum

Apa kelebihan pelajar perakaunan? Acap kali aku mendengar sindiran budak-budak Sains terhadap budak Akaun.

 'Korang memang la boleh score, semuanya subjek senang'
 ' Untunglah budak Akaun'
 'Kiteorang ni nak enjoy pun tak dapat. Balik kelas lewat petang. Korang tengahari dah balik daaaaa'


Aku paling tak suka bila budak Sains cakap macam ni. Dulu masa Form 5, aku budak Sains, aku pernah belajar Fizik,Chemistry juga tapi aku takde pun nak sindir-sindir budak Akaun Form 5 sebab aku tahu naluri aku bukan kepada dunia membaca, menghafal, conduct experiment. Aku cuma suka masuk kelas reproductive system je. hehehe =)


So, masuk matrik aku tukar course. Totally semua subjek tak ada kena mengena dengan Sains.  Aku cuma  belajar Economy, Business, Mathematics and Accounting. Dan aku bahagia sebab aku rasa aku dah buat keputusan yang tepat. Apa kelebihan budak akaun berbanding budak sains? Meh sini rapat-rapat akak Cha nak citer


Sebenarnya pada hari Jumaat ni, Matrikulasi Negeri Sembilan akan mengadakan Hari Usahawan. So, semua pelajar Akaun akan berniaga pada hari Jumaat manakala pelajar Sains akan mentelaah buku. keh keh keh! Aku selaku Pengurus Kewangan kelas bertanggungjawab menjaga aliran wang tunai masuk. 

Pada mulanya, kami bergaduh, bertumbuk, mencakar sebab berbeza pendapat .


 ' eh aku rasa jual siput babi lagi baguss! '
 'Eh tak! siput sedut lagi sedap!'



Akhirnya, setelah badan lebam-lebam. Inilah hasilnyaaaaaa...



Kami pun ada menjual rantai dan gelang dan dan mengambil order dari pelajar-pelajar seminggu sebelum Hari Usahawan, order daripada pelajar KMNS sangat menggalakkan! Seriously! Terbeliak mata tengok duit deposit. Belum kira hasil dan untung lagi tu. keh keh keh! saja nak menunjuk :P sorryyyyy!


 
Aku harap perniagaan kami ni akan mendatangkan untung yang memberangsangkan! Boleh lah lepas ni Cha topup duit dalam saving account tu! hehehehe =) 

Cha akan update blog pasal Hari Usahawan nanti! stay tuneddddddd..Semoga hari tersebut semuanya berjalan seperti apa yang dirancang.


Clowns and Princesses! hehe :P
Cha : duduk dua daripada kanan.

33 comments:

  1. nak tanye...
    mse spm x amik akaun, bile msuk jurusan akaun kt matrik, x susah ke?
    subjek akaun x susah ke?

    ReplyDelete
  2. Act masa spm sy ambik subjek perakaunan(only Akaun exclude eko and perdagangn) & sains. Alhamdulillah boleh score kt matrik cuma subjek ekonomi n business xboleh nk bawak sikit sbb xde basic.. Sbenarnya xsusah kalau kita minat sesuatu subjek. Put an effort on it and strive for success.

    =)

    ReplyDelete
  3. thanks..
    nak tanye lagi.. rsenye mse study dulu, mgkin ade yg x amik akaun mse spm. so, mse kt matrik bole x dia score? then, kt matrik kan study in malay, tpi untuk degree bole x study in inglish?

    ReplyDelete
  4. Boleh je, sebab akaun study kat matrik ni cuma basic akaun je. ada je ramai pelajar matrik xde amik akaun masa spm tp diorang amik akaun kt matrik. then diorang score.


    Degree mmg belajar akaun guna english. itu la masalahnya nanti mungkin ada kekeliruan dgn term2 yg akan digunakan mase belajar akaun utk degree nanti. So masa degree kena letak usaha lebih sikit la drpd budak dip yg mmg belajar akaun in english

    :)

    ReplyDelete
  5. Kalau amik akaun,course apa je yg kita boleh apply utk degree nnti?

    ReplyDelete
  6. saya tak pandai math, akak rasa org mcm saya layak tak masukh kelas perakaunan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je, rata rata dalam kelas saya yg ambil akaun tak berapa nak pandai math boleh je skor akaun

      Delete
  7. Salam. Kak second intake boleh tak nk tukar course???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapan tak tinggi untuk tukar course.
      Risau adik jauh tertinggal ke belakang.
      Sebab...
      Second intake dah tertinggal satu/dua bab dalam each subject
      Nak tukar course tak semestinya boleh siap cepat

      Delete
  8. nak tanya. blh ea. ambil acc dgn bisnes skli?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud ambil sekali macam mana tu?
      Fyi, semua course memang akan ada ambil basic business even student engineering sekali pun ada ambil subject business (basic business)

      Sama la juga macam perakaunan.

      Cuma kalau student business, pembelajaran lebih komprehensif.

      Delete
    2. sy masih keliru sama ada nak ambil acc atau bisnes. 😅 kalau saya ambil bisnes,masa belajar sy boleh tak buat perniagaan sy sendiri kecil-kecilan?

      Delete
  9. Salam,saya form 4 skrg ni n ambik sains tulen tapi sye rasa mcm nk tukar ke aliran akaun,tapi masalahnya saya lemah math,akak rase saya boleh x nk bawa subjek akaun ni atau saya kena stay je kat kelas saya skrg ni.Harap akak boleh tlg:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam dik minta maaf akak lambat reply.

      Akaun & Math adalah dua perkara yang berbeza. Akaun lebih kepada konsep and Math lebih kepada formula.

      Kalau sains tulen pun adik kena ambil Math & Additional Math. Dulu akk form 4 akak ambil sains tulen + akaun. Alhamdulillah score dua2..

      Tapi masalah timbul bila akak nak further study matrik/diploma/asasi akak apply semuanya course accounting. Akk tak dapat offer pun walau result cemerlang!! Sebab weightage point akak lebih kepada sains tulen, since akak tak ambik ekonomi perdagangan semua. Akhirnya akk merayu kat pejabat matrikulasi untuk further matrik in accounting for second intake.

      Moral story, adik fikir dalam-dalam apa yang hati adik nak. What you wanna be in future.

      Delete
  10. Assalam , saya form 3 skrg ni and masalah saye adalah , saya tak tau nak ambil aliran apa . Naluri saya nak ambil sais tulen sebab saya minat kerjaya doktor tapi bnyk org kata sains tulen ni susah ? So , apa pendapat akak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau adik nak jadi doktor, result kena gempak giler2 dik sebab sekarang competition makin mengganas.

      Sains tulen memang susah dik. But there is no rainbow without rain, right>? If adik betul2 minat, so adik kena sahut cabaran dan berkorban masa untuk cita2 adik..

      Yang paling penting, score an outstanding result for your PT3 and insya-Allah adik boleh pilih aliran mana yang adik nak :)

      Delete
  11. Hi & Assalamualaikum semua pembaca :)

    Untuk pengetahuan semua, saya merupakan part-time home tutor.
    Boleh mengajar beberapa subjek seperti English, Mathemathics, Add. Maths, Accounting..

    Prefered teaching areas:
    1) Segambut/Kepong
    2) Petaling Jaya
    Other areas insya-Allah will be considered :)

    Drop me an email if you're interested at yusnidar.usman93@yahoo.com

    ReplyDelete
  12. Hello! Terima kasih atas penulisan ms.yunis ni. Terbaiklahh ��. Saya ada soalan sdikit. Saya merupakan calon spm tahun ini (2016) ambil aliran sains xberapa nak tulen sebab ambil (ICT, FIZIK , KIMIA, ADDMATH). Saya rancang nak kluar dari kancah matapelajaran sains, tapi saya suka 3 subject sbb semua sy hafal bulat2 buatkn saya boleh score dalam setiap peperiksaan. Tpi lepas spm sy rancang nak ambik matrik course account. Agak2 banding dengan fizik kimia addmaths , account lebih senang nk score atau kurang? Maths dia mcm mna pla? Ala2 addmath sikit ke ? Hahaha sorry yea banyak tnya sbb masa ni smua pljar t.5 sains isi borang matrik , beli pin bsn hahaha. Jadi runsing saya memilih. Samada still acount atau sains sbb saya suka hafal dan xsuka banyak kira2 dan jga eksperimen hafal2 boring . Saya ni jnis yg suka hafal fakta. Apapun terima kasih atas respon cik ! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry sebab reply lambat sangat.

      Semuanya terletak pada passion awak. Tetapi, awak kena ambil kira juga job demand pada masa sekarang ni. Sebenarnya setiap course akan ada proses penghafalan tak kira sains atau akaun, cuma banyak dan tak banyak je.

      Satu lagi, lihat kemampuan adik sendiri, kelebihan adik kat mana? Cita-cita nak jadi apa? Kalau suka business industri kerja office hour atau minat buka business, then accounting in matric will be a good start for you.. :)

      Delete
  13. Hello! Terima kasih atas penulisan ms.yunis ni. Terbaiklahh ��. Saya ada soalan sdikit. Saya merupakan calon spm tahun ini (2016) ambil aliran sains xberapa nak tulen sebab ambil (ICT, FIZIK , KIMIA, ADDMATH). Saya rancang nak kluar dari kancah matapelajaran sains, tapi saya suka 3 subject sbb semua sy hafal bulat2 buatkn saya boleh score dalam setiap peperiksaan. Tpi lepas spm sy rancang nak ambik matrik course account. Agak2 banding dengan fizik kimia addmaths , account lebih senang nk score atau kurang? Maths dia mcm mna pla? Ala2 addmath sikit ke ? Hahaha sorry yea banyak tnya sbb masa ni smua pljar t.5 sains isi borang matrik , beli pin bsn hahaha. Jadi runsing saya memilih. Samada still acount atau sains sbb saya suka hafal dan xsuka banyak kira2 dan jga eksperimen hafal2 boring . Saya ni jnis yg suka hafal fakta. Apapun terima kasih atas respon cik ! ;)

    ReplyDelete
  14. PM

    Hello! Terima kasih atas penulisan ms.yunis ni. Terbaiklahh ��. Saya ada soalan sdikit. Saya merupakan calon spm tahun ini (2016) ambil aliran sains xberapa nak tulen sebab ambil (ICT, FIZIK , KIMIA, ADDMATH). Saya rancang nak kluar dari kancah matapelajaran sains, tapi saya suka 3 subject sbb semua sy hafal bulat2 buatkn saya boleh score dalam setiap peperiksaan. Tpi lepas spm sy rancang nak ambik matrik course account. Agak2 banding dengan fizik kimia addmaths , account lebih senang nk score atau kurang? Maths dia mcm mna pla? Ala2 addmath sikit ke ? Hahaha sorry yea banyak tnya sbb masa ni smua pljar t.5 sains isi borang matrik , beli pin bsn hahaha. Jadi runsing saya memilih. Samada still acount atau sains sbb saya suka hafal dan xsuka banyak kira2 dan jga eksperimen hafal2 boring . Saya ni jnis yg suka hafal fakta. Apapun terima kasih atas respon cik ! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menjawab soalan saudari, berbanding dengan fizik kimia addmaths, account pun lebih kurang sama jugak kepayahan nak score. Setiap subjek ada kesenangan & kepayahan tersendiri.

      Yup, maths di Matrik seperti sambungan Addmaths di menengah, kalau kat matrik boleh score maths kita akan rasa Ya Allah bodohnya aku masa kat sekolah menengah dulu hahaha.

      Keputusan berbalik kepada awak, mungkin awak apa yang awak nak awak tak dpt, sebenarnya Dia tahu apa yg terbaik utk awak mengikut keupayaan diri awak :) Goodluck dear! :)

      Delete
  15. Assalamualaikum ,nak tnya. sy ni masa form 5 ambik sains tulen . . N skg dpt tawaran masuk course akaun pulak . Sy sayang nk tinggal subjek bio . Sbb sy memang minat bio sgt. Tp nk bljr fizik n kimia tu kurang sikit sbb xminat hehe. . Cuma sy suka nk handle experiment bio n chemist.trutama exp bio . Sy ex pre-university student aliran sains tulen . Cuma subject fizik je xda. Tp skg x dh , n sy nak terima tawaran as accaunt student . BAKAL accaunt student hehe . Tp xtau lah,hmm betul ke sy buat ni?bila fikir balik sy xmmpu nk score chemist pulak klau teruskan dlm course sn ni. Tp klau ambik akaun, sy xde basic akaun . Sy takut sy xdpt nk score akaun. . N sedih nk tggl bio tu masih ada dlm hti ni . Ceh haha .hm. klau blh nk bljr bio je klau ada . Math tu blh trima lg .. Btw, sy hrp awk blh lh bg nasihat utk sy psl akaun ni . Trima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak masih boleh catch up akaun walaupun awak takda basic akaun. Sebenarnya, subjek akaun yang kita belajar di sekolah/matrik/asasi/pre-university itu adalah akaun paling basic. So awak masih ada harapan!

      Melainkan kalau awak dah ambil Degree in Accounting tapi awak takda basic akaun, so memang payah sebab account kat university (Tahun pengajian 2,3,4) dah hardcore! Tahun pengajian 1 Degree Acc masih basic lagi tapi level up sikit dari acc pre-university.

      Delete
  16. Salam ms yunus. Nk tnye subjek prinsip perakaunan dan add math ni susah x nk dpt A? Ada tip

    ReplyDelete
  17. Salam saya f4 dan dapat aliran akaun boleh tak kalau saya ambil aliran ni tapi saya nak jadi peguam?
    Atau saya perlu ambil aliran sastera untuk capai cita2.

    ReplyDelete
  18. Salam akak saye tgh tnggu result spm .. smpai skrg sye still confius yg mna sye ptut ambik asasi,matrik or diploma.. act yg mna better antra 3 tu??

    ReplyDelete
  19. Salam kak, saya nak mintak pendapat akak sikit. Saya lepasan SPM yang keliru. Saya ambil aliran sains tulen time sekolah. Bila nak further study saya cm rasa nak tukar accounting but saya langsung takde basic dlam akaun. Rasa nak further study dalam sains perubatan pun ada. Macam 50% sains 50% account. Boleh mintak pendapat yg mana better? 😢

    ReplyDelete
  20. salam sis i just got my spm results and i take science stream. tapi my dad nak i ambik accountancy as its have more chances at getting job and he said to me sometimes u need to sacrifice what u like just for ur brighter future. the thing is can i do it? i dont have basic account and im scared that i tak dapat score.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum sis, saya ada mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam diploma perakaunan. Saya ambil sains stream dulu masa spm. Kiranya saya xdak basic account laaa. And saya ada baca dekat blog nanti kita akan belajar math bila ambil akaun ni, and math akaun ni adalah sambungan kepada addmath yang kita ambil time sekolah menengah. Time spm addmath saya dapat gred C je, so nak tnya akak rasa saya boleh bawa x math akaun ni. Sebabnya saya takut sebab addmath saya dulu C. Harap akak dapat bagi pandangan akak. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum sis.... saya merupakan lepasan spm 2017.. saya ade masalah sedikit sis... alhamdulillah kptsn spm saya boleh dikatakan cemerlang juga.... n saya ade pergi interview mara n first choice saya adalah program acca-cat n second choice adalah persediaan engineering... but mara now offer saya engineering... saya rase mcm x nak pergi sbb im not a big fan of science subject.. so the only option adalah pergi uitm buat diploma account... but the problem is my mom mcm x nk saya smbg uitm.. alasan die are klau jd engineer pun boleh ambil acca nanti n another reason adalah kalau ambil scholar mara nie boleh dpt elaun so boleh jimat duit perbelanjaan.. tp saya x rase mcm saya begitu nk ambil bidang sains n i have yet to know anything about accounting yelah sbb saya budak sains tulen? What should i do? Do i need to go againts her wishes? N tarikh utk accept tawaran mara adalah 29 may 2017. Please help me akak ×_×

    ReplyDelete
  23. di skolah dpt kos akaun dgn ekonomi asas.tapi, saya tak minat akaun smua ni.saya minat dalam perubatan.nanti di U saya tak tahu nak ambil kos apa. mcm mna ye..buntu

    ReplyDelete
  24. salam hai, dulu saya spm langsung xde amek akaun atau eko. sy amek sains tulen, math pun nasib baik je. sy lebih kearah sastera, tp skrg ditawarkan dip akaun, rasa2nya boleh bawa tak? senang atau susah bg mereka yg xde basic akaun nk masuk diploma perakaunan ni?

    ReplyDelete

I value your comment :)