Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Sunday, February 26, 2012

Tolong doakan saya walaupun anda tak pernah nampak saya



Sangat perit bila kita ditimpa musibah.
Aku ambil keputusan untuk tidak menceritakan kepada sesiapa
KECUALI ALLAH
Sangat malu dan jijik dengan diri sendiri
Bila ada kesusahan, baru nak mengadu nasib kepada-Nya


Mum dan aku..
kami betul-betul berada dalam keadaan yang susah
ini bukan masalah kewangan
bukan masalah pergaduhan
tetapi masalah lain
aku tak sanggup nak beritahu
biarlah kami bertiga yang tahu
AKU, MUM, ALLAH

Tujuan aku menulis bukan untuk menagih simpati
Tapi untuk meminta agar korang mendoakan kesenangan dalam perjalanan hidup kami
Aku rasa macam nak cepatkan masa 3 tahun degree
3 tahun tu macam terlalu lama
Tapi aku kena kuat, tabah, bersikap matang
belajar itu penting
mendapat pekerjaan yang baik
duit halal
jadi hamba yang baik
balas jasa mum dengan duit pencarian aku sendiri
walaupun jasa mum tak terbalas


Mana pergi ayah?
dia dah jadi arwah
 so korang dah tahu.
payah betul nak cerita semua ni
malu 
aku macam nak jadi gila
setiap kali bangun dan masuk tidur
air mata akan bercucuran jatuh
hati dan jantung macam nak tercabut
pernah rasa? 
pernah rasa tanggung sedih sorang2?
so tolong doakan kami ye
assalamualaikum



oh ya, pasal Hari Usahawan Kolej Matrikulasi tu kan, semuanya berjalan dengan lancar. Sangat penat tetapi gembira. Next post aku ceritakan. Hasil dan untung sebenar tak dapat diketahui lagi sebab tempahan untuk gelang dan keychain non-stop. tunggu semuanya settle baru aku post. baru GEMPAK. ececehhh :)


Wednesday, February 22, 2012

Kelebihan Pelajar Perakaunan Berbanding Pelajar Sains.

Assalamualaikum

Apa kelebihan pelajar perakaunan? Acap kali aku mendengar sindiran budak-budak Sains terhadap budak Akaun.

 'Korang memang la boleh score, semuanya subjek senang'
 ' Untunglah budak Akaun'
 'Kiteorang ni nak enjoy pun tak dapat. Balik kelas lewat petang. Korang tengahari dah balik daaaaa'


Aku paling tak suka bila budak Sains cakap macam ni. Dulu masa Form 5, aku budak Sains, aku pernah belajar Fizik,Chemistry juga tapi aku takde pun nak sindir-sindir budak Akaun Form 5 sebab aku tahu naluri aku bukan kepada dunia membaca, menghafal, conduct experiment. Aku cuma suka masuk kelas reproductive system je. hehehe =)


So, masuk matrik aku tukar course. Totally semua subjek tak ada kena mengena dengan Sains.  Aku cuma  belajar Economy, Business, Mathematics and Accounting. Dan aku bahagia sebab aku rasa aku dah buat keputusan yang tepat. Apa kelebihan budak akaun berbanding budak sains? Meh sini rapat-rapat akak Cha nak citer


Sebenarnya pada hari Jumaat ni, Matrikulasi Negeri Sembilan akan mengadakan Hari Usahawan. So, semua pelajar Akaun akan berniaga pada hari Jumaat manakala pelajar Sains akan mentelaah buku. keh keh keh! Aku selaku Pengurus Kewangan kelas bertanggungjawab menjaga aliran wang tunai masuk. 

Pada mulanya, kami bergaduh, bertumbuk, mencakar sebab berbeza pendapat .


 ' eh aku rasa jual siput babi lagi baguss! '
 'Eh tak! siput sedut lagi sedap!'



Akhirnya, setelah badan lebam-lebam. Inilah hasilnyaaaaaa...



Kami pun ada menjual rantai dan gelang dan dan mengambil order dari pelajar-pelajar seminggu sebelum Hari Usahawan, order daripada pelajar KMNS sangat menggalakkan! Seriously! Terbeliak mata tengok duit deposit. Belum kira hasil dan untung lagi tu. keh keh keh! saja nak menunjuk :P sorryyyyy!


 
Aku harap perniagaan kami ni akan mendatangkan untung yang memberangsangkan! Boleh lah lepas ni Cha topup duit dalam saving account tu! hehehehe =) 

Cha akan update blog pasal Hari Usahawan nanti! stay tuneddddddd..Semoga hari tersebut semuanya berjalan seperti apa yang dirancang.


Clowns and Princesses! hehe :P
Cha : duduk dua daripada kanan.

Sunday, February 19, 2012

My allowance RM1250. Now only has RM36 in my saving account

Assalamualaikum

 My allowance
RM 1250 ( supposedly it should be used in 6 months at Matrik)
BUT 
now I only have RM36 in my saving account ( to survive for 2 months lagi )


Based on that, can you imagine what I've purchased by using that money? RM 1214 is lesap dalam 4 bulan! Oh my Lord! Maybe I should list them.. hmm



Makan puratanya RM 4 sehari (RM4 X 30 hari X 4 = RM 480 )
Keperluan bilik seperti sabun,ubat gigi dll ( RM 60 )
Jajan ( RM 30 )
Shopping 2 months ago ( RM 100 )
Johor ( RM 100 )
Terengganu trip ( RM 140
Ulang alik rumah ke matrik ( RM14.60 X 2 kali X 4 = RM 116.80 )
Broadband ( RM 348 )
Modal untuk jualan pada hari usahawan ( RM100)

TOTAL = RM 1,474.80

Aikk! terlebih pulak! Ohhh lupa Mum kan ada bagi duit tambahan. Banyak jugak Mum bagi tapi lesap jugak?! 

Adoiiiii macam mana ni? RM 36 dalam 2 bulan? Okay saya cuba! Aja-aja fighting!! ( copy paste dialog dalam citer Full House )



P/S Maybe I should collect recyclable items to sell them in order to obtain extra money? heheeee :(


Friday, February 17, 2012

Help me. help me. help me. READ THIS

Assalamualaikum..




Jika saya nak lemas kerana terlalu berat density, mahukah anda menolong saya kembali ke daratan?  
Jika saya tak cukup nafas memerlukan bantuan CPR, mahukah anda membuat bantuan mulut ke mulut walaupun saya belum lagi gosok gigi?
Jika saya sakit, mahukah anda membasuh baju saya yang menggunung, memasak dan menyuap makanan, dan sebagainya? 


Okayyy enough laa kita berangan-rangan kononnya saya itu dan ini. Ni haa, sebenarnya Cha nak minta tolong kepada blogger yang pro gilaa gilaaa barbie tu, Cha tak tahu apa masalah blog saya ni. Cuba korang view blog Cha by using IE ( i mean internet explorer ), ada masalah sikit.


And lagi satu, bila korang tengah sedap-sedap baca blog Cha ni sambil tongkat dagu guna tangan, nafsu korang nak baca blog ni terbantut sebab ada benda ala yang kat bawah sekali tu macam bergerak-gerak. Cha dah try make an adjustment pada width, template but nothing happen. still same as before. Someone yang pro tentang selok belok ni silalah tolong saya secepat mungkin. 


Nanti Cha belanja makan ice cream tapi duit sendirian berhad okengggg? :)


HELP ME ;'( 


Wednesday, February 15, 2012

Awesome People Around Me

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Saya sangat terkejut apabila last post saya adalah pada 2 minggu yang lepas! Bukan ke aku ni peminat tegar blogger.com? kenapa jadi sampai macam ni? di mana hilangnya minat nak ber-blog? sebab bosan? lost idea? duit nuffnang tak berganjak dari tempatnya? hahaaaa. Guys, saya pun tak tahu apa dah jadi dengan saya. For these two weeks, my life was surrounded by joyful moment with boyfriend and friends without present of Internet. Rupanya sangat indah hidup tanpa gangguan internet. hehee


Last two weeks, I went to Johor. Saya melawat dan menetap di rumah kawan, berjumpa kawan baru, melihat keindahan JB yang memang super awesome, menonton siaran Singapore BUT the main intention is to see my honeydew. Yeahhhh. we've not see each other for about two months. So I decide to turun JB then pay him a visit. At the first sight I jejak kaki di JB, I fall in love with JB. Rasa macam nak kerja dan menetap di Johor bila dah tua. Baru boleh hari-hari ulang-alik shopping kat Singapore. hahaaa. 



The moment me and my honeydew in JB has strengthen my love towards him. I can't believe we've been together approximately 6 months. Ohhh he's such a sweet guy. Kami pergi tengok sunset bersama, berjalan tepi pantai berpegangan tangan. kami tengok wayang pakai duit dia tapi saya tertidur dalam wayang then dia membebel kat saya coz membazir duit, makan chicken chop RM5 at midnight before I'm going back. The super unforgettable moment apabila dia angkat saya and I was like ' jangannnnnnn! nanti tulang bie patah! ' hahahahaha. Bie I love you so deeply right now. There's a lot more to write but saya tak boleh nak tulis lebih-lebih kat sini sebab perenggan seterusnya saya akan bercerita tentang sahabat2 saya :) 

You always look good in this picture, Tembikai Susu

A week ago pula saya pergi ke Terengganu bersama sekumpulan pelajar KMNS. Trip ni adalah idea pensyarah kami yang memang super awesome. Masjid Kristal, Pantai Batu Burok, Pasar Payang  sangat best! Sejak hari pertama sampai laa pulang ke matrik sehingga petang tadi, kami semua asyik ketawa besau super nak gila! And I know ramai kelas dah anti kelas kami sebab terlalu bising. But heyyyyyy, tolonglahh be cool sikit, lagi 2 bulan kat matrik, so kita kena enjoy bersama rakan2! Trip to Terengganu has tighten our  friendship bond. Kami dah macam sebuah keluarga besar. Korang pun mesti pernah berasa perasaan sayang pada kawan2 kan? Macam tu lah yang saya rasaa. Our clowns adalah budak-budak lelaki. dan mereka sangat menceriakan hari-hari kami. Manakala our princesses adalah budak perempuan kerana mereka(termasuk saya) sangat menggedik berperangai annoying kebudak-budakan dalam kelas membuat budak lelaki tak senang duduk! hahahahaa.

Ada yang tiada dalam gambar ni, but I still LOVE you..

Eventhough I tak HOT dalam facebook, twitter or whatsoeva, but I'M HOT in my real life. Full of laugh, smile and happy face. Ohh God, thank YOU!. Alhamdulillah..