Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Sunday, January 29, 2012

Vote For Annas Easkey

If you all sukakan photography, sila click SINI. I'm so sure anda semua akan jatuh cinta dengan hasil kerja photographer terkenal tanah air dengan hanya sekali view je! Cewahhh :) 


At first, I ingat yang Annas ni sangat tak rapat dengan fans dia. I faham la kan kerja jadi photographer sangat sibuk. Plus Annas pun sedang belajar juga di Uitm Segamat Johor. Tapi, satu miracle datang bergolek-golek pada I petang tadi. Annas......Annasss....Dia tegur me la! hahaha. Me was so happy plus speechless. Me gosok mata me beberapa kali. Fesbuk Annas ni kena hack ke. tak pernah-pernah dia tegur me . hahahaha. Apalah aku ni.





If you love his photography work, please vote for him. I memang percaya Annas ni berbakat dan boleh harumkan nama Malaysia di sidang antarabangsa!!!!!!! =P


Oh yaa, nak vote sila click SINI .



I Sexy And I know It - Rarararara

Suatu petang yang indah, aku bersiar-siar di sekitar kawasan perumahanku. Waduhh nyamannya udara petang. Tiba tiba, ada sekumpulan bebudak lelaki dalam lingkungan umur 10 tahun. Mereka melintasi aku. Salah seorang daripada mereka kononnya leader berkata sambil matanya tepat memandang ku

" I sexy and I know it!! " 
"Eh dah apahal budak ni? tiba2 menjerit. aku sepak sekor2 baru tau "



Aku pun meneruskan perjalanan setelah selesai menyepak bebudak tu seekor demi seekor. Tiba-tiba, aku jumpa lagi satu sekumpulan budak2 perempuan dalam lingkungan umur 8 tahun. Mereka menyanyi beramai-ramai kononnya macam nak bertanding opera 



" Ra....ra....ra.....ra....ra...... rumahhh.....ru...mah....mah....o...laaa....u...laa....laaa..."
"Oiii budak2, kau tau tak kau tu tengah panggil Tuhan Matahari.. rumahh... rumahh.. aku sepak jugak kang! "



Sesiapa yang belum tengok video ni silalah tengok. Kelakar pun ada. Hi AkwaAriffin, saya suka video awak.


Friday, January 27, 2012

Banyak maksud 'handsome'. Kamus Dewan Bahasa&Pustaka pun tak tahu



Girls, apakah maksud handsome bagi anda? 

macam mana nak banteras perempuan seperti gambar rajah di atas? 
Me ? No commentttttt.. 
Lelaki pun ada juga, tapi Cha dah penat nak lukis! 
hahahahahaha

Thursday, January 26, 2012

Thursday, January 19, 2012

Gaya Rambut Pelik Tapi Cool

Manusia sekarang semakin kreatif dalam penciptaan gadget seiring juga dengan fashion. Selebriti yang sangat popular dengan gaya fashionnya tak lain tak bukan ialah LADY GAGA. Tapi ramai haters memanggilnya LADY GAGAK. Tapi apa yang saya tak tahan perut apabila ada gaya rambut yang memang catchy betul la! rasanya korang pun tak mampu nak buat gaya rambut sebegitu rupa :) 



Macam MickeyMouse tapi apa fungsi punat tu?


Tak payah beli topi. Topi buatan sendiri lagi jimat duit 


Dah macam air pancut depan pintu masuk matrik saya je 


Mat Bunga. mesti jiwang habis ni


Amaran : Bahaya kepada tebuan dan lebah. Konpius mana satu rumah mana satu rambut





Tuesday, January 17, 2012

Andrej Pejic - Model Lelaki Untuk Push-Up Bra. Awesome!

Andrej Pejic ni sebenarnya saya dah tahu lama dah. Tiba-tiba hari ni teringat pasal dia, terus google balik semula then apa salahnya nak share dengan siapa yang belum tahu. Agaknya Andrej Pejic ni teringat kat saya kot tu pasal saya tiba-tiba ingat dia sekali tuh. haha! bluek!


Name : Andrej Pejic
Born : 20 August 1991 
Height : 1.88 cm ( sangat tinggi ok! )
Occupation : Model 


Yang menariknya, Andrej Pejic ni adalah seorang lelaki tetapi memiliki tubuh seorang wanita. Disebabkan keunikan yang ada pada dia, dia boleh memperagakan pakaian wanita dan lelaki pada satu fashion show. Selain, dia juga menjadi model untuk       " Mega Push-Up Bra". 

Andrej Pejic pun berkata : aku ada. kau hado? 




Bentuk muka dia memang unik. Mesti ada lelaki tersesat nak mengorat si Andrej ni kalau tak tahu yang sebenarnya dia ni lelaki. So beautiful. so handsome







And the last picture is very very the catchy and super awesome! jangan ada yang fap fap sudah 


Sunday, January 15, 2012

Ketua yang tak layak dipanggil ketua

Semua kerja dia seorang yang nak urus
akhirnya satu zarah kuman pun tak ada
kalau nak berjaya, 
kena bergabung tenaga, bergabung idea, bergabung dalam segala-galanya
jadi ketua ni senang je, betul tak kawan-kawan?
ketua hanya perlu perah idea dan anak buah yang melakukan kerja
ketua hanya perlu memantau agar tugas yang dilakukan adalah seperti yang sepatutnya


Tapi
ada juga ketua yang tak macam ketua
semua kerja dia nak buat
akhirnya?
semuanya kelam-kabut
anak buah ramai yang tak puas hati
apa macam ketua macam ni
diimport dari mana?
tanjung rambutan ka?
dah tahu melakukan kesilapan
kata maaf pun tak diucapkan
tak ke mengongg tu
hish geram je
aku macam nak cubit-cubit pungkoq ang!


Kita semua student
masih belajar
masih belajar macam mana nak jadi imam dalam sesuatu perkara
tapi tak salah kan belajar dari kesilapan
jangan sampai saya kata 
"KAU HENGAT KAU DAH JADI KETUA, KAU BOLEH BUAT APA AJA"


Sekarang kau di atas, semua orang ikut cara kau yang tah apa-apa tu. Nanti bila orang lain jadi ketua, kau pulak kena ikut rentak dia. Biar padan muka kau kalau rentak ketua kau nanti SEBIJIK macam rentak kau dulu. baru kau TAHU apa kami rasa. Manalah tahu kot-kot aku jadi ketua kau, memang siaplah nasib kau nanti. wakakakakakaka :D 

Tuesday, January 10, 2012

If you feel the same feeling like me

Mak
mak boleh dengar tak jeritan hati saya sekarang?
hati saya meraung, mak
meraung nak dakap mak
nak minta maaf dengan mak
tapi saya tak berdaya nak angkat phone untuk call mak
plus sekarang pun dah tengah malam
mak mesti tengah tidur
dengan kucing kesayangan kita tu

Mak
tadi mak call saya
saya tertekan 'ignore'
sorry sebab handphone ni sensitive sangat
mak cakap 'kenapa tak dengar khabar? tak call pun "
saya cakap saya demam.
dah dekat dua minggu saya demam
tekak saya macam nak pecah tahan perit
mak rindukan saya kan?
saya kan anak mak yang sorang
anak mak yang nakal
anak mak yang tak dengar cakap
mestilah mak rindu
SAYA PUN RINDU MAK
sangat rindu


Selama ni saya tak perasan
yang mak sayang saya sorang je kat dunia ni
TAPI SAYA
saya ketepikan mak
saya utamakan dulu kawan2
utamakan dulu sesiapa sajalah yang hadir dalam hidup saya
kesiannya mak
mak dapat anak yang macam ni
saya ni tak guna la mak
kenapa saya tak fikir perasaan mak
mak sayang saya dengan sepenuh hati
tapi saya sayang mak berbelah bagi
berbelah bagi dengan orang lain
kenapa saya ni teruk?
Tuhan nak uji saya ke ni
saya menyesal gila mak
air mata tak berhenti ni
tolonglah mak
harap mak mimpi yang saya minta maaf kat mak
saya tak mampu nak ucap minta maaf
ya Allah teruknya saya


Saya janji
lepas ni hanya ada mak sorang yang saya sayang dalam dunia ni
lepas mak, pelajaran
sebab mak nak tengok anak mak sorang ni berjaya
kita akan saling menyayangi antara satu sama lain
saya tak akan benarkan sesiapa rampas tu dari kita berdua
Mak saya punya
Saya mak punya!!



Ini janji saya. kalaulah mak baca blog busuk saya ni....

Saturday, January 07, 2012

Takut la nak kawin. Kawin Cerai Kawin Cerai




Sepanjang saya hidup dan mengenali perhubungan yang dinamakan "couple", apa yang saya perhatikan couple itu tak best( hahahahaha ). This happens when you meet a wrong guy / girl to be your partner. For the first five months maybe your relationship is going well as what you're expect it to be in future, tapi bila masuk bulan ke-enammmmmmm! HA! semuanya berantakan! Tiada lagi persefahaman, tiada lagi kata-kata pujangga yang diluahkan si dia and the most important thinggggggggg.. both of you don't know what topics to talk! Sangat menyedihkan, kan? 


Bila semua ini terjadi apa yang perlu dan patut dan MESTI anda lakukan? It is up to you. you have right to choose the right decision for your life. Anda perlu berfikir apa yang terbaik. wajar kah anda bersama dengan si dia lagi? Setiap hari mesti ada sebab nak bergaduh... bergaduhhhhh...bergaduhhhhhh.. Hati cakap sayang, tapi perbuatan cakap benci. Mungkin anda berdua tidak ada hubungan kimia. asyik nak repel je, taknak melekat pongg.. 


This situation happens to most of couples in Malaysia I guess. Couple sekejap, then putus. Anda bahagiakah begitu? You begin your relationship with a joyous day but end it with red tears. Kalau saya, saya jujur saya tak bahagia! Of course anda pun tak suka betul tak? Dan perkara ni membuatkan saya RASA tak nak kahwin! 



Ohhh Chaaa! can you stop to talk about kahwin-kahwin ni? *sigh*



I'm having some light conversations with my mum. And guess what did I say to mum?  "MUM, TAKUT LA NAK KAWIN. KAWIN CERAI KAWIN CERAI" hahahahahaha silly me. 



Mak saya pun bagi la nasihat sebijik macam readers yang komen on my previous post. Tapi logik tak apa yang saya cakap kat mak saya???? To me, it is logic! Bila semua manusia kat dunia ni dah ber-couple so many times sebelum dia berkawin, ada probability bila mereka berkahwin, mereka pun akan bercerai. sebab dah jadi perkara biasa dalam rutin hidup mereka. Nak contoh yang menarik kita tengok je la artis. heh heh heh =P 


Drpd apa yang saya bebelkan ni, nampak yang saya ni berfikiran negative. Tapi tak salah kalau kita assume perkara yang tak elok sebelum perkara yang elok untuk mengelakkan kita tersilap langkah. Sama jugak kalau nak buat pelaburan ke hape, kena fikir risiko sebelum keuntungan.

Cheers! xoxo


PS : Jodoh semua bergantung kepada tuhan.


Monday, January 02, 2012

Girl with a funny talent- Sarah

I wanna show you something that is interesting and this thing pushes me to watch it again and again. I keep on smiling even I watch it almost 100x !!!! 


Honestly, I am so jealous of her talent. and also she has good look  too. Orang Melayu kata manis je.. I love all parts of her face. Her eyes, nose, cheeks and lips. Heyyy! it doesn't mean I am lesbian! I am straight forward don't belok-belok type okayy. Yeahhhhh I am jealous. tsk tsk tsk :( 


> 7 million views in 3 days yawww! 



Adik Sarah, mahukah adik menukar bulu kening tu dengan kakak Cha? hahaha =P noob!


Sunday, January 01, 2012

Hellowwww 2012. Hope you will be the best year yawwww!




Hellowwww yaww yawww. What's your azam for tahun baru yaww? If lu nak tau, gua pun ada azam tersendiri yawww.. Let's check it out yawww!



  1. Maintain 4 flat untuk final semester 2 
  2. Menjadi seorang yang penyabar 
  3. Lebih rapat dengan Tuhan
  4. Menjaga kulit muka 
  5. Turunkan berat badan biar badan jadi macam Inna-Amazing hahahaha
  6. Poket makin tebal dengan pulus =P
  7. Improve tahap speaking gua dengan mat2 salleh 
  8. Naik lagi 10cm. tapi macam tak boleh je sebab gua dah 19 =/ memang tak boleh pong
  9. Mempunyai lebih ramai kawan yang awesome
  10. Lastly, lepas habis matrik, gua harap dapat sambung belajar di universiti yang terbaik. kalau luar negara pong bolehh. Insya-Allah.


Apa azam korang? Kalau ada azam yang macam pelik tak pernah dibuat org atau yang dah buang tebiat tu kongsi la dengan gua. sharing is loving :')