Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Monday, December 12, 2011

Ombak Rindu




Siapa fanatik sangat dengan novel cinta? sudah tentunya bukan aku. Aku akui aku suka baca novel cinta sebab kita boleh ketawa, menangis, tersengih macam kerang busuk bila terbaca bab-bab romantik. kan? Itulah yang aku tak suka tu! Nanti lepas baca novel, mulalah berangan ada seorang anak lelaki Tan Sri / Dato yang kaya tiba-tiba jadi hasbend aku. bukan ke susah tu? Aku ni memang jenis kuat berangan. Haihhhhh T_T



Beberapa tahun lepas aku ada baca satu novel ni. Lupa lah tajuk apa. tapi berkisar tentang seorang perempuan yang dianggap macam sampah oleh seorang lelaki, akhirnya terpaksa kahwin sebab kena tangkap khalwat. Bukan salah perempuan tu, kawan lelaki tu yang perangkap sendiri kawan baik dia. akhirnya mereka terpaksa berkahwin tanpa kerelaan masing2. Masa alam perkahwinan tu la yang membuatkan aku menangis. Si hasbend ni sanggup tampar muka, heret isteri yang sedang sarat mengandung ke luar pagar rumah masa ribut petir. Aku memang menangis gilaaaaa ooo! Tapi akhirnya lelaki tu sedar kesilapan dia. Sampai sekarang aku ingat lagi cerita tu. Lepas tu aku berangan yang kalau nanti hasbend aku macam lelaki tu.  Dera aku, pukul aku, sepak terajang aku, last2 bercintaaa T_T 



Sekarang kan heboh satu Malaysia pasal filem Ombak Rindu. Lakonan Lisa, Maya Karin dan Aaron. Aku tak sempat nak pergi tengok wayang sebab kekangan masa belajar. So aku beli lah novel terbaru Ombak Rindu. Aku nak bagi komen.


Ramai kata diaorang menangis bila baca novel Ombak Rindu. Tapi kenapa aku tak menangis pun? Novel sebelum ni aku baca lagi sedih..  ataupun hati aku ni hati batu? keh keh keh :')


Kenapa selalunya and most of novel berkisar tentang cinta mesti ada kisah dua darjat? Kalau perempuan kaya, lelaki mesti miskin ataupun sebaliknya. Lepas tu jugak mesti watak-watak yang kaya tu ada business sendiri. ada syarikat korporat yang berjaya. kenapa?  mungkin ahli perniagaan melambangkan status yang sangat tinggi kot. 



Apa-apa pun keseluruhan cerita Ombak Rindu ni best la jugak. Watak Izzah tu mengajar aku jadi penyabar. Aku seronok laa dapat habiskan baca novel sebanyak 364 muka surat dalam masa 5 jam! =P




Muka minta penyepak! so tembam :'(
LOCATION : Kluster C matrik

7 comments:

  1. saya rasa yang novel yg akak kata tu novel Andai Itu Takdirnya tak silap.

    ReplyDelete
  2. ombak rindu ombak rindu ombak rindu.................. :0

    ReplyDelete
  3. Sahira : haaaaa betul2!! Novel tu laa haha



    Katak : tak takut ombak ke? Nanti katak hayut dihempas ombak. Keh keh keh :')

    ReplyDelete
  4. Kalau dibelanja apa salahnya. duit elaun tak masuk lagi ni

    hahahha =P

    ReplyDelete
  5. Ombak oh Ombakkk~ Ombak da rindu.

    ReplyDelete
  6. ai takkan sepak terjnag u kalau kita kwin..hehe

    #tembam pun comel je gf ai ni.lalala~

    ReplyDelete

I value your comment :)