Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Saturday, December 17, 2011

Geram betul dengan pakcik bas yang tamak haloba!




Hari ni aku dan roomate cantik aku nak outing kononnya nak beli buku rujukan. Sebab tak tahan dengan nota terlalu ringkas yang diberi pensyarah, kami decide beli buku sendiri. Disebabkan pelajar matrik tak dibenarkan membawa kenderaan sendiri, so bila kami nak pergi mana-mana kami akan menggunakan public transport. hahaha. kami ni memang pencinta bumi yang semakin tercemar ni. =P


TAPI, satu je yang aku tak berkenan dengan public transport daripada SEREMBAN-KUALAPILAH. kalau boleh, aku nak report kat mana-mana pihak yang berkuasa supaya tahan je lesen memandu diorang sebab membawa muatan terlebih.


Kalau setakat 4-5 penumpang berdiri tak apalah. Tapi, penumpang yang berdiri rasanya lebih ramai daripada penumpang yang duduk. Dah macam sardin! Kalau bas kona ke kiri, kami terpelanting ke kanan, begitulah sebaliknya. Kalau bas ter-stop tiba2, kami tercampak ke depan. kesian orang yang berdiri tau! especially aku ni haaa. dah pakai wangi-wangi nak pergi Jusco Seremban, terus dah bermacam-macam bau ada. Tak selesa dah jadinyaa.



Yang paling buat aku geram, bila muatan dalam bas dah penuh, Pakcik bas boleh pulak menjerit dari tempat pemandu suruh penumpang yg berdiri berganjak ke belakang. Haishhhh geramnya aku! Ada seorang penumpang sound pakcik tu, cukup-cukuplah. gerakkanlah bas. Penumpang tu pulak kena sound balik. Haishhhh such a pakcik yang tak bertamadun betul la! Kalau ye pun nak untung, bukan begini caranya.


Disebabkan penumpang yang terlalu ramai dalam bas, so bas terpaksa berhenti banyak kali sepanjang perjalanan SEREMBAN-KUALA PILAH sebab nak turunkan penumpang. Akibatnya, KAD MATRIK AKU KENA TAHAN!!!!! sebab balik matrik lambat. Kena la tebalkan muka nanti jumpa orang HEP yang poyo gila tu.. Pelajar silap sikit je, tapi mulut dia mengalahkan perempuan. Apa dia ingat dia handsome sangat ke?!


Lengan, badan, kaki, betis, tapak kaki, leher, kepala, dan otak aku dah penat dan sengal-sengal sebab terpaksa berdiri lama dalam bas. Tapi aku tak marah la pada penumpang yang duduk tu sebab mereka tu kebanyakannya makcik dan pakcik tua.. Hormat tak aku? keh keh keh :')


Aku bersyukur laa tempat kelahiran aku yakni KUALA LUMPUR tak ada sistem bas yang teruk macam tu. semua penumpang berpuas hati bila naik public transport. Bukan aku nak hina public transport kat Seremban. tak terlintas pun. cuma sikap pemandu bas kena dipantau dari semasa ke semasa. jangan over limit dalam bekerja.


P/S Kenapa lah matrik ada peraturan yang ketat? Tak boleh bawak kereta sendiri dan kena balik kolej sebelum pukul 7 malam. Kenapaaaa? Kami dah besar tau eventhough baru 18 tahun. Kematangan bukan terletak pada angka =P

10 comments:

  1. kecian gf ai ni..u okey tak ni?hahaha

    #ada masa kita dating ya comel.hahaa

    ReplyDelete
  2. You silap drop comment ni. sape gf u? hahaha :D

    ReplyDelete
  3. wah! gambar tu tak der kaitan buleh tak?
    tp comel punya pasal, ok jer :D

    kepala sengal? camana tu? bukan nya ada otot pun kat kepala? ohh tak, otot mengangkat kening ada... ohh kat situ sengal?

    bas memang besh, utk pocket yang lelaki ni ok jer, lagi ketat lagi bagus... cuma tak bagus kalau pocket kena berdiri sebelah lelaki besar lagi berbulu.. ohh.. mintak simpang.

    pukul 7 dan tiada keter dibenarkan?
    alaaa.. nak nayang procedure kata kolej pun memikirkan keselamatan jer tu, diorang pun tak kisah sebenarnya :D

    ReplyDelete
  4. lol.. ko bersyukur sebab lahir kat KL pade zaman sekarang.. ade monorel.. ade LRT.. ade putra.. ade KTM.. ade bas jugak.. (so bas tak selalu penuh)

    time aku skolah dulu.. hari2 kene naik tin sardin tuh pegi skolah kat KL.. HARI-HARI ye.. bas mini ke.. bas panjang ke.. sume tin sardin.. pastuh kene berdiri kat sebelah makcik gemuk bawak barang2 shopping + tikar baru dia.. pergh!

    ade skali tuh.. time bas brenti.. dah la bas penuh.. ade kakak gemuk nih siap berlari dari belakang.. tolak orang sane sini.. ingatkn dia nak turun keluar bas cepat2.. rupenye nak berebut tempat duduk kosong kat depan.. WTF kakak gemuk tuh. ko tau tak, aku yg berdiri kat depan seat kosong tuh kene tolak kat muke ngn kakak gemuk tuh. demmit!

    aku naik bas pegi sane sini sampai umo aku 22 tahun. sebab tade duit nak buat lesen. alhamdulillah dah ade lesen skang. lol.

    ReplyDelete
  5. Fuhh...mata dia. Gua macam da kena pukau lah. He He He !

    ReplyDelete
  6. sosial type kah...jumm!!

    ReplyDelete
  7. sangat stuju dgn ururu. Bersyukur ye dik sebab dilahirkan dlm zaman yg dah kira agak senang ni. saye dulu ex-kmns, mmg cmtu la kalo nk turun sereban. Tp mase tu bukit putus masih ade lg jadi lg la tunggang langgang bas tu jalan bengkak bengkook. Skrang ni dah ada jalan baru, dah straight jer, bas pun jalan straight jer.

    bersyukur yer dik. tu sumer ujian Allah, bila2 kiter pi merantau tmpat orang.

    good luck

    ReplyDelete

I value your comment :)