Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Wednesday, December 28, 2011

Girl is so complicated.



Kalau bercinta perlu persefahaman
Kalau bercinta perlu berterus-terang
Kalau bercinta perlu __(sila isi tempat kosong)_____ 


I don't care about these statements before. When I was with my ex-boyfriends, I just let they do whatever they want to do. Even when they are catching up with their ex girlprensssssss, I still make it easy for them as well as for me. Maybe they are just going out together as a friend. I keep telling myself  'he's just your boyfriend, not your husband that you should control and keep watching what he is doing ' this is an internal monologue when  I was form 4 ( 16 years old ) lihat lah betapa nakalnyew sayew kecik2 dah ada boyprennn!



But, when I'm growing up to be what I am now, I'm 18 y/o and I don't know la why I'm too too too sensitive compare to my old.  Maybe it is because of genetic? ageing? hormone? Or maybe I'm looking for Mr Right?  Cha, it is still early to think about marriage! 


I am a hot-tempered girl. This is my badness. Hot-tempered + Sensitive = ohh guys please don't propose me haha. When he put his status on Facebook  as single-mingle-tingle, I'm being so mad! But I hide my feeling from him. But it just can stand for 3 to 5 days, then I jadi menggelegak macam air mendidih, pastuh meletop!! ' why you letak single kat Fb tu hah?! I know you nak hide ur gf from the public kan? kau tahu tak aku sayang kau.. blablaablaaaa ' bila fikir balik rasa macam nak gelak pulak! hahahaa. All rough words come out from my mouth like perasan bagus, dia je nak jadi winner exclude bangang,bodoh,lacau semua tak ada laa. I still respect him as the eldest. 


Am I a bad girl??? please readers tell me. am I? I jadi garang bersebab. I jadi sensitive bersebab. But he doesn't try to feel what I feel. Sometimes I behave like a childish, but it is me. why I should change myself to become a person who is not me? Facebook is a very dangerous social networking! It is the place where we found and loss our love. My advice to you to not  looking for your true partners through  Facebook or even the other social network. There are so many obstacles!



I rasa I jadi macam ni  pasal ageing laa, because my mum is very sensitive of what I'm doing. I tak angkat call dia sebab pergi mandi dah lambat nak masuk kelas pukul 8 pagi. Then she says that I have forgotten about her laa, orang lain call I angkat but when it is time she calls me, I sengaja taknak angkat. Mum, all your perceptions about me are totally not true. I always think about you here, maybe the distance makes you think too much about me. Sorry. my badness :( 


Girl becomes complicated when she meets a guy who she thinks he is the RIGHT ONE. 




Random Post - Hipokrit

Kau kata kau setia, nak carik awek yang setia
Tapi masalahnya kau setia sangat ke?


Kau cakap cinta tak pandang rupa. menilai lah seseorang melalui hatinya
Tapi aku tengok kau stok pandang gurl2 hot


Pandai kau bagi ceramah kat status sana sini
Tapi kau sendiri ada ikut ceramah kau?


Caption photo : "aku tak sehengseng / selangwang bf / gf kau"
Dalam hati kau : puji laa lagi gmbar aku tu


I need a hundred years to love you
but I only need a minute to forget you


Cha sedang berfikiran kusut dan masai sekarang. tengah tonggang terbalik memikirkan sesuatu perkara. Apa patut aku buat? apa? Chill.. jangan marah marah. nanti tak laku >,<"

Sunday, December 25, 2011

Orang Gaji Pun Manusia Jugak

Disebabkan lambat bayar bil celcom bb, aku tak boleh surf internet. baru lambat bayar 7 hari, belum sebulan. kecoh laa celcom! keh keh keh =P

Tadi petang aku pergi KLCC nak bayar bil. Tengah aku lenggang lenggok berjalan, aku ternampak seorang perempuan yg berbadan genit rendah paras bahu aku. Aku tertarik nak tengok muka dia dari dekat. Aku cepat2 la jalan sampai la aku berjalan di sebelah perempuan tu. 

Rupa-rupanya perempuan tu tengah menangis! Aku rasa dia maid laa sebab dia angkat banyak barang. baju dia pun biasa-biasa je. Dalam hati macam nak tegur "eh kenapa awak menangis?" tapi takut kena sound dengan bos Cina dia. Tapi tersentuh la hati aku tengok perempuan tu. Dia berjalan pandang bawah je, air mata dia menitik. Orang lain sedang seronok sambut Krismas, nyanyi sana sini, tapi, perempuan tu sedang menangis. Dia kena dera ke? 


Kucing kena dera pun aku mengamuk, ni kan manusia. Nasib tak baik. Sabar la ye. Kesian awak. Kalau boleh saya nak je hire awak, tolong cuci baju hari-hari saya pergi kelas. sebab selalu cuci baju lewat malam sebab penat belajar siang. Tapi duit gaji awak saya nak bayar pakai apa eh? Duit elaun pun tak cukup. 1k untuk 6 bulan. Entah bertahan ke tak dalam bank tu sampai saya tamat belajar. 


Awak bersabar la ye.. try carik bos lain okengg.. 


Sumber : Uncle Gugel

Friday, December 23, 2011

Anonymous, ingat aku heran dengan statement kau? Sex Lover, berambus dari blog aku!

Sejak aku buka account Myspace ke Facebook and then now Blogger. tak henti2 orang nak mengutuk. Nasib baik aku tak buat Tumblr or Twitter. Agaknye nak aku cepat mampos biar hati anonymous ni lega. Apa yang tak puas hati sangat dengan aku ni? Aku ada kacau sepender kau ke? hishhh memang bikin wa menyirap je tengah-tengah malam ni. 



Kau ingat gadis gemuk macam aku ni tak ada siapa nak ke? sekali petik sepuluh ratus yang datang tawwwww ^_< Badan kau perfect sangat ke? mesomorph look? tunjuk diri kau sebelum mengutuk ciptaan Allah ni. Apa barang setakat being as an anonymous then kutuk-kutuk me. No class! Jealous ke badan aku macam ni? hahahahaha :D badan kau tak cukup zat lettewwwwwwww. Nak peluk tak sodap! 


One More,


Blog aku ni blog porno berjaya ke? Aku tak sanggup nak baca komen kau. Aku delete terus! Komen anonymous "terhebat" tu aku biarkan aje. Suka buat seks dengan perempuan cepat marah eh? Yess memang aku susah nak kawal temper aku, memang aku cepat marah, tapi aku tak hingin nak buat seks dengan kau. amacam? omg! minta dijauhkan. 


Aku tak tahu siapa korang, apa tujuan korang dan sebab korang singgah sini then buat onar kat blog aku. Pleasee get berambus!

Saturday, December 17, 2011

Geram betul dengan pakcik bas yang tamak haloba!




Hari ni aku dan roomate cantik aku nak outing kononnya nak beli buku rujukan. Sebab tak tahan dengan nota terlalu ringkas yang diberi pensyarah, kami decide beli buku sendiri. Disebabkan pelajar matrik tak dibenarkan membawa kenderaan sendiri, so bila kami nak pergi mana-mana kami akan menggunakan public transport. hahaha. kami ni memang pencinta bumi yang semakin tercemar ni. =P


TAPI, satu je yang aku tak berkenan dengan public transport daripada SEREMBAN-KUALAPILAH. kalau boleh, aku nak report kat mana-mana pihak yang berkuasa supaya tahan je lesen memandu diorang sebab membawa muatan terlebih.


Kalau setakat 4-5 penumpang berdiri tak apalah. Tapi, penumpang yang berdiri rasanya lebih ramai daripada penumpang yang duduk. Dah macam sardin! Kalau bas kona ke kiri, kami terpelanting ke kanan, begitulah sebaliknya. Kalau bas ter-stop tiba2, kami tercampak ke depan. kesian orang yang berdiri tau! especially aku ni haaa. dah pakai wangi-wangi nak pergi Jusco Seremban, terus dah bermacam-macam bau ada. Tak selesa dah jadinyaa.



Yang paling buat aku geram, bila muatan dalam bas dah penuh, Pakcik bas boleh pulak menjerit dari tempat pemandu suruh penumpang yg berdiri berganjak ke belakang. Haishhhh geramnya aku! Ada seorang penumpang sound pakcik tu, cukup-cukuplah. gerakkanlah bas. Penumpang tu pulak kena sound balik. Haishhhh such a pakcik yang tak bertamadun betul la! Kalau ye pun nak untung, bukan begini caranya.


Disebabkan penumpang yang terlalu ramai dalam bas, so bas terpaksa berhenti banyak kali sepanjang perjalanan SEREMBAN-KUALA PILAH sebab nak turunkan penumpang. Akibatnya, KAD MATRIK AKU KENA TAHAN!!!!! sebab balik matrik lambat. Kena la tebalkan muka nanti jumpa orang HEP yang poyo gila tu.. Pelajar silap sikit je, tapi mulut dia mengalahkan perempuan. Apa dia ingat dia handsome sangat ke?!


Lengan, badan, kaki, betis, tapak kaki, leher, kepala, dan otak aku dah penat dan sengal-sengal sebab terpaksa berdiri lama dalam bas. Tapi aku tak marah la pada penumpang yang duduk tu sebab mereka tu kebanyakannya makcik dan pakcik tua.. Hormat tak aku? keh keh keh :')


Aku bersyukur laa tempat kelahiran aku yakni KUALA LUMPUR tak ada sistem bas yang teruk macam tu. semua penumpang berpuas hati bila naik public transport. Bukan aku nak hina public transport kat Seremban. tak terlintas pun. cuma sikap pemandu bas kena dipantau dari semasa ke semasa. jangan over limit dalam bekerja.


P/S Kenapa lah matrik ada peraturan yang ketat? Tak boleh bawak kereta sendiri dan kena balik kolej sebelum pukul 7 malam. Kenapaaaa? Kami dah besar tau eventhough baru 18 tahun. Kematangan bukan terletak pada angka =P

Monday, December 12, 2011

Ombak Rindu




Siapa fanatik sangat dengan novel cinta? sudah tentunya bukan aku. Aku akui aku suka baca novel cinta sebab kita boleh ketawa, menangis, tersengih macam kerang busuk bila terbaca bab-bab romantik. kan? Itulah yang aku tak suka tu! Nanti lepas baca novel, mulalah berangan ada seorang anak lelaki Tan Sri / Dato yang kaya tiba-tiba jadi hasbend aku. bukan ke susah tu? Aku ni memang jenis kuat berangan. Haihhhhh T_T



Beberapa tahun lepas aku ada baca satu novel ni. Lupa lah tajuk apa. tapi berkisar tentang seorang perempuan yang dianggap macam sampah oleh seorang lelaki, akhirnya terpaksa kahwin sebab kena tangkap khalwat. Bukan salah perempuan tu, kawan lelaki tu yang perangkap sendiri kawan baik dia. akhirnya mereka terpaksa berkahwin tanpa kerelaan masing2. Masa alam perkahwinan tu la yang membuatkan aku menangis. Si hasbend ni sanggup tampar muka, heret isteri yang sedang sarat mengandung ke luar pagar rumah masa ribut petir. Aku memang menangis gilaaaaa ooo! Tapi akhirnya lelaki tu sedar kesilapan dia. Sampai sekarang aku ingat lagi cerita tu. Lepas tu aku berangan yang kalau nanti hasbend aku macam lelaki tu.  Dera aku, pukul aku, sepak terajang aku, last2 bercintaaa T_T 



Sekarang kan heboh satu Malaysia pasal filem Ombak Rindu. Lakonan Lisa, Maya Karin dan Aaron. Aku tak sempat nak pergi tengok wayang sebab kekangan masa belajar. So aku beli lah novel terbaru Ombak Rindu. Aku nak bagi komen.


Ramai kata diaorang menangis bila baca novel Ombak Rindu. Tapi kenapa aku tak menangis pun? Novel sebelum ni aku baca lagi sedih..  ataupun hati aku ni hati batu? keh keh keh :')


Kenapa selalunya and most of novel berkisar tentang cinta mesti ada kisah dua darjat? Kalau perempuan kaya, lelaki mesti miskin ataupun sebaliknya. Lepas tu jugak mesti watak-watak yang kaya tu ada business sendiri. ada syarikat korporat yang berjaya. kenapa?  mungkin ahli perniagaan melambangkan status yang sangat tinggi kot. 



Apa-apa pun keseluruhan cerita Ombak Rindu ni best la jugak. Watak Izzah tu mengajar aku jadi penyabar. Aku seronok laa dapat habiskan baca novel sebanyak 364 muka surat dalam masa 5 jam! =P




Muka minta penyepak! so tembam :'(
LOCATION : Kluster C matrik

Tuesday, December 06, 2011

Pointer Semester 1

Seperti tak biasa, kelas aku habis pukul 12. Lecturer Math pergi kursus so kelas Math terpaksa diganti pada minggu depan. Hari ni 6 December 2011 pada pukul 3 petang bertempat di Dewan Serbaguna (DSG) merupakan detik yang penting buat kami as pelajar KMNS. Nak menunggu pukul 3 petang tu buat aku nervous asyik sakit perut je macam banyak betul butterflies in my cute tummy =P Aku pun ambil keputusan balik bilik terus tidur sambil dengar lagu sweat- snoop dogg. Tak habis habis aku dengar lagu tu. Mana taknyewwww lagu tu bagi aku semangat bila aku jogging. keh keh keh :') 


Dalam pukul 2.30 petang aku terjaga. Terus capai pencuci muka, tonyoh tonyoh kesan make up pagi tadi then terus pergi DSG. Sepanjang jalan nak g DSG tu macam-macam ragam aku tengok. Aku dah lali dah dengan rutin utama pelajar bila dapat result.


Pelajar A : Mamaaa mamaaaaa, result akak teruk. tsk tsk tsk ( bercakap pakai telefon sambil nangis )


Pelajar B : Wehh kau dah ambik result ke? Berapa?
Pelajar C : Aku dah ambik la sial. haha aku dah agak dah teruk. tadi aku cari kau, kau pergi mana bodohh? 

Perlu ke ? T_T 


Pelajar D : Perghhh ramai la babi la budak2 dalam dewan ni! ( kopiah tak lekang di kepala tu) 

Perlu aku buat lagi sekali ke? T_T 



Pelajar E : Awak dapat berapa?
Pelajar F : 4 flatttttttt.. hahaha ( melompat-lompat ) 
Pelajar G : Alhamdulillahhhhh 

Sejuk hati aku dengar :')


Sekumpulan pelajar sains Cina : Yeahhhhhhhh!! we got 4 flattttttt!!!! Hahahahahahaha

Diorang memang saja nak psycho kiteorang yang belum amik result ni. Haishhhhhh T_T 
Dewan tu dah la besar. Puas aku cari kaunter pengambilan slip akhirnya ku ketemu jua! Aku pun beratur la. Lagi satu gelagat manusia. 



Petugas : Kad matrik ?
Pelajar H : ( bagi kad )
Petugas : ( tercari-cari slip ). Tahniahhhhhhh :')
Pelajar H :  Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!! 

Jeritan yang gila nyaring kalah Ning Baizura. Aku pun tergelak sebab Pelajar H ni kawan aku sendiri. Hahaha

Sambil la giliran aku.. aku bagi kad matrik then petugas pun cari...



dup dup! dup dup! dup dup! 










dup dup! dup dup! dup dup! 










dup dup! dup dup! dup dup! 










dup dup! dup dup! dup dup! 










dup dup! dup dup! dup dup! 



AKU BAGITAHU HARI LAIN LA K POINTER AKU! :'( 





Okaylahh aku tak sekejam macam tu buat korang penat baca apa yang aku merepek tadi. Yelaa aku bagitahu k. Hermmmmmmm... 








Kawan sebilik! Dia dapat 4.0! Terkejut jugak aku! keh keh keh =P


Gua rasa gua macam nak nangis sambil gelak laa bebbb!!

Rasa macam nak nangis la! Aku dah pulun habis paper English. Aku tahu aku belum buat yang terbaik lagi untuk English! Sokayyyy sokayyyy. reda je laa. Tapi aku tak sangka jugak yang budak macam aku boleh dapat 4.0000000000!!!! Hehehehe =P


Aku sedih dan bersimpati kepada pelajar yang tak dapat perform tu. Matrik ni agak "kejam" jugak. Tapi dah itu peraturan kalau pelajar yang tak dapat perform kena tendang. Hishhhhhhhhh!!!


Thanks for reading ^,^

Saturday, December 03, 2011

Jikalau Engkau Ada Disisi ku Sekarang


Jikalau kau ada di sisi ku sekarang
Ingin ku bisik padamu bahwa aku masih sayang padamu

Jikalau kau ada di sisi ku sekarang
Ingin ku katakan yang aku betul-betul menyesal

Jikalau kau ada di sisi ku sekarang
Ingin ku katakan aku ingin tampar muka mu laju2 kerna sanggup mengalirkan air mata ku

Jikalau kau ada di sisi ku sekarang
Ingin ku beritahu mu aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dirimu

Jikalau kau ada di sisi ku sekarang
Ingin ku berada di dalam dakapan mu dengan kemas 

Jikalau kau berada di sisi ku sekarang
Ingin ku katakan aku suka pabila kau layan aku seperti aku seorang budak yg perlu dijaga

Jikalau kau berada di sisi ku sekarang
Ingin ku merayu pada kau tolonglah padamkan egomu yang setinggi Menara Berkembar Petronas

Jikalau kau berada di sisi ku sekarang
Ingin ku katakan aku sangat rindu akan lawak bodoh mu

Jikalau kau berada di sisi ku sekarang
Ingin ku katakan





Ingin ku katakan





Ingin ku katakan





Ingin ku katakan


Selamat Ulangtahun Hubungan Kita jika kita masih bersama


Tapi kenyataannya


Itu semua hanyalah harapan


Janji tinggal janji


Cuma mimpi yang takkan jadi kenyataan




Ini malam Cha manyakk jiwanggg ooooooo =P