Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Tuesday, November 29, 2011

Terima Kasih Banyak




Akhir-akhir ni Tuhan dah beri aku banyak dugaan. Aku try terima semua tu dengan hati yang reda. Semalam kilang air mata aku dah memproses banyak sangat air mata. Sampaikan aku tertidur dengan air mata belum kering di mata. Pagi tadi pergi kelas macam orang hilang tak tentu arah. Izyan tegur aku



Izyan : Kau demam ke?
Aku : Eh tak la, tak cukup tidur ( senyum ) 



Terima kasih Izyan sebab concern pasal aku. Kelas English pun bermula. 10 minit lepas tu, Zaim baru masuk kelas. Sebab lambat bangun. Alahhh dia memang suka datang kelas lambat especially kelas pagi pukul 8.00. Zaim kena denda dengan lecturer. Dia terpaksa nyanyi depan semua classmate as punishment for him biar tak ulang lagi. Dia nyanyi dengan muka kesian. Aku tergelak gilaa tengok Zaim macam tu. Hahahahaha!! Thanks Zaim sebab buat aku gelak. 



Lepas tu kelas Akaun pulak. Terima kasih cikgu sebab cara cikgu ajar yang sempoi & penuh dengan gelak ketawa dari saya. Moment paling aku tak tahan perut masa cikgu tanya Maizatul. 


Tuan Aji : Kita dah buat menyediakan maklumat perakaunan pengurusan, so sekarang ni macam mana kita nak menyampaikan maklumat tu kepada pengguna? 


Maizatul dengan confident tahap gila babi menjawab " Dengan mentafsirkannya " . Hahahahahha! Sekali lagi aku tergelak besar. Satu kelas riuh. Lecturer pun tahan-tahan ketawa budget la macam tak lawak. Tapi aku tahu dia nak gelak cuma cover je. Aku lah orang yg gelak paling lama dalam kelas tu. Sekarang pun kalau aku ingat balik aku boleh tergelak guling-guling. Korang baca ni tak rasa kelakar sangat kan? Sebab korang tak berada dengan kami masa tu. heh. Terima kasih Mai sebab kau lah pelawak perempuan no 1 dalam kelas! 



Sekarang kami pergi kelas Math pulak. Kitaorang buat latihan by own je. Kalau ada soalan tak tahu baru tanya lecturer. So kitaorg boleh la borak-borak sambil buat kerja. Budak lelaki Cina ni kira rapat jugak la dengan aku. Tiba-tiba tadi dia tanya.. 


Ng Shao Han : Kenapa perempuan Islam kena pakai tudung? ( slank Cina ) 
Aku : Sebab kena menutup aurat laa 
Ng Shao Han : Tapi kenapa kamu tak pakai? 


Erghhhhhhh! Kena tepek sebijik kat muka aku! hahaha


Aku : Kenapa kamu tanya? Nak saya pakai tudung mcm kelas Agama hari tu eh? 
Ng Shao Han : ehh bukan2. Saya lebih suka kamu macam ni lebih cantik. ( senyum dgn muka comel ) 



Terima kasih pada Han sebab buat aku sedar eventhough sekejap. Hehehe. Terima kasih jugak pada mak aku sendiri sebab aku dah buat dia susah payah nak kena pos kad matrik aku. Sebab aku tertinggal kat rumah. Nasib baik abang guard tu baik allow aku masuk kolej tak tahan aku. phewwwww. Thanks mak sebab banyak sangat susahkan mak. Sorry la masa kita balik rumah haritu kita tak layan mak dengan baik sangat sebab fikiran kita bercelaru dengan masalah yang ada. 



Thanks for reading. 

11 comments:

  1. pakai tudung lagi nampak comel kot.hehe

    follow sini^^

    ReplyDelete
  2. hehe.. hadapi dengan senyuman okeh..

    ReplyDelete
  3. setiap hari setiap masa sy akn cuba senyum. senyum tu kan sedekah. ahak!

    ReplyDelete
  4. Itu je saya mampu bagi haaaa :D

    ReplyDelete
  5. Itu je saya mampu bagi haaaa :D

    ReplyDelete
  6. pasal pakai tudung tu satu pilihan,
    dan aku memilih utk tidak...

    yes, then orang buleh kata 'eh bukan wajib ker?'
    'wajib ker tak..
    still pilihan gak kan..?'

    huu, susah nyer soalan nii :D
    sure pocket kena taruk plak pas ni hahahah:)

    ReplyDelete
  7. kiter kene ceria walaupun ati terluke...keep smile=)

    ReplyDelete
  8. Ayu Jue : muka nmpk happy, hati yg lara siapa yg tahu ye dak.

    Woofer : kalau busy takdenyer nak online haha

    ReplyDelete

I value your comment :)