Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Monday, November 07, 2011

Semakin Mencabar, Semakin Bahaya, Semakin Gila!!

Hi readers, diharapkan anda semua sihat-sihat makin gemuk2 comel sedap mata memandang.. haha.. alhamdulillah final exam dah tamat and now i'm having my first semester break for just only 2 weeks. biasalah kan matrik memang kedekut cuti, murah hati dengan memberi kami schedule belajar yang memang pack gila! next month dapatlah keputusan PSPM 1. takutnya macam taknak tengok pulak! nanti saya akan update pasal belajar pulak ye. entry for today is about our world nowadays.


Dulu saya tak takut berpakaian sedikit seksi dikhalayak ramai, kononnya nak ikut trend semasa. tapi tak ikut hukum agama. saya terpesong di situ. saya alfa. saya sekarang tengah belajar macam mana nak menukar imej diri saya menjadi lebih baik. kalau dulu, nak beli baju comel-comel paras atas lutut..kerisauan tentang kaki yang bergerutu.. tapi sekarang saya mencari baju yang di bawah lutut..ataupun setara dengan lutut.. eventhough masih terbuka but at least i'm trying to be better kan? Di matrikulasi, saya dikelilingi oleh kawan2 yang memang awesome dan celik agama. everyday at 11 p.m akan ada budak lelaki mengaji di surau dan bacaannya boleh didengar di semua blok penghuni pelajar. Waktu dengar orang mengaji hati berasa amat tenang. berbeza dengan mendengar lagu2 barat hati rasa puas.. berbeza kan tenang dan puas? di matrik juga saya dah mula sembahyang.. rasa macam tak percaya saya dah boleh penuhkan solat 5 waktu. tapi bukan tiap2 hari laaa. So, kalau kat matrik saya solat, di luar matrik still sama as before, macam useless pulak amalan saya.


Sekarang saya takut nak keluar berjalan-jalan seorang diri. dulu rasa macam selamat je keluar alone pergi shopping complex tengok baju or whatever stuff.. but now rasa macam diperhatikan. Semalam saya keluar berdua pun dah kena kacau dengan lelaki yang kononnya kawan2nya nak berkenalan. Thanks God sebab lelaki tu finally tinggalkan kami berdua after i ask him to go. then he says " okay sorryy" . tahu pulak respect orang cakap sorry kan. waktu tu saya bukan pakai seksi pun..my friend siap pakai baju kurung sempena hari raya haji. so nak kata pakaian kami bg attraction pada mereka tak la kan.. ataupun sebab kami ni cantik? hahahahaa okay so sick!


Sekarang pun makin banyak couple. saya pun ada satu,, siapa lelaki tu? rahsiaaaaa..... tunggu kawin nanti baru saya tunjukkan muka dia! hahaha. boyfriend saya sekarang saya amat bersyukur sebab saya boleh jadikan dia sebagai reference saya untuk belajar sebab dia pun sedang belajar, boleh jadi macam kawan baik, boleh jadi musuh, dia pun boleh jadi macam Mr.Bean sebab suka buat mimik muka.and the most important i know he respects me. eventhough ada terbabas sikit terlebih manja kalah suami isteri tapi kami akan cuba ubah sikit2 agar Tuhan pun reda dengan hubungan ni. To other girls and also me, saya nasihatkan kalau anda sayang lekaki tu sangat2 tapi sila jaga diri.. ingat pada suami nanti ye.. suami tu lagi berhak daripada boyfriend untuk dapatkan anda. Tapi kalau boyfriend anda dah minta bukan2, tinggalkan je sebab dia bukan lelaki yang bagus yang boleh bimbing anda nanti. kalau boyfriend saya buat macam tu pun, saya akan tinggalkan juga tak kisahlah dia kaya mana, sehandsome mana, cerdik mana.


Saya tulis ni berdasarkan hati saya pada waktu sekarang.. tak tahulah kalau satu hari nanti saya akan post something yang luar biasa di luar kawalan.. minta dijauhkan... Amin <3

No comments:

Post a Comment

I value your comment :)