Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Tuesday, November 15, 2011

Saya Bersyukur Dapat Virus HIV Positif ? wtf? -,-

perhatian : Cerita ni saya nak kongsi dengan ampa semua tak ada kena mengena dengan saya


Wajah dan penampilannya jauh lebih hebat dan kacak daripada tunang saya si Kamal. Lelaki Inggeris yang baru saya kenali di sebuah pusat hiburan itu memang cukup menggoda. Tambahan pula, lelaki bernama Frank ni sangat lincah menari ketika kami berhibur di kelab malam tersebut. Mulai hari itulah hati saya cukup tertawan dengan layanan gentleman Frank.



Saat itu, hati saya mula tawar dengan Kamal. Setiap kali Kamal ingin berjumpa, bermacam-macam alasan saya berikan. Sibuk kerja lah , bekerja lebih masa la. PAdahal pada masa tu saya berjumpa dengan Frank di kelab malam Kuala Lumpur sehingga lewat pagi.



Akhirnya setelah memikirkan masak-masak, saya bertindak memutuskan pertunangan saya dengan Kamal dan bercinta dengan Frank. Setelah enam bulan kami berkenalan, Frank mengajak saya ke Bangkok. Ketika itu Frank berada di kota Bangkok atas urusan kerja. Semasa di Bangkok, saya benar-benar berasa seperti di syurga. Seronok berada dalam dakapan Frank siang dan malam.



Ketika di Bangkok jugalah saya hidup sebebasnya. berhibur sepuas-puasnya, mabuk dan paling menyeronokkan buat pertama kali saya serahkan tubuh pada Frank. Saya tidak ingat lagi berapa kali kami bersama atas perbuatan keji ni. Beberapa bulan selepas mengadakan hubungan seks dengan Frank, terasa berlaku perubahan mendadak. Saya kerap sakit dan selera berkurangan. Paling ketara saya mengalami batuk-batuk  yang berpanjangan san sukar untuk sembuh. tubuh saya berasa lemah dan kerap cirit-birit selain demam berpanjangan.



Simptom seperti ini belum pernah saya alami, badan saya yang dulunya gempal dan gebu makin susut. baju saiz XL turun mendadak kepada L. Saya terfikir berat badan saya turun secara mendadak padahal saya tidak diet. Saya terfikir mungkin saya terkena santau. Akibat terkena penyakit misteri ini, majikan meminta saya membuat ujian HIV tetapi saya menolak. Sejak sakit, saya kerap mengambil surat sakit. akibat rekod kerja yang buruk, saya diberhentikan kerja. Bala datang betimpa-timpa.



Tubuh saya ibarat zombi. hanya tinggal kulit dan tulang-temulang. Hendak berjalan pun tak mampu. Selera makan hilang. tiada mood dan cepat tension. Suatu hari saya dikejarkan ke hospital akibat masalah asma. Doktor syorkan saya membuat ujian HIV. Selama 3 hari saya terpaksa ditahan di wad.



suatu hari doktor datang kepada saya dan memberitahu apa yang saya takuti selama ini iaitu :


..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
Saya pengidap virus HUV positif. 




Saya tergamam. dunia terasa gelap. Saya menangis. Saat itu baru saya sedar saya dijangkiti virus berbahaya ini akibat melakukan hubungan seks bebas dengan Frank. Nasi sudah jadi bubur. Saya menyesal bersetubuh dengan Frank tanpa menyelidik latar belakang lelaki Inggeris itu. Dengan bantuan abang kandung, saya dihantar ke pusat perlindungan pesakit HIV . Saya bersyukur diberikan Allah virus ini sebagai amaran supaya jangan melakukan hubungan seks bebas. Jika tidak, tentu sekarang saya masih lagi bergelumang dalam noda dan dosa bersama Frank. 

Sumber : Mastika



Pengajaran yang didapati ialah : 

  1. Jangan melakukan seks bebas tanpa alat perlindungan
  2. Semak dulu latar belakang pasangan. Penting dilakukan sebelum berkahwin
  3. Hidup la sebagaimana yang diajar oleh Islam bagi beragama Islam
  4. Selalu buat jumpa doktor untuk pemeriksaan diri

Saya ada baca dekat mana tah lupa la! yang ada seorang perempuan Barat dia dah bersetubuh dengan 7 ribu lelaki ( kalau tak silap ) dalam masa 7 tahun ( kalau tak silap ) dari umur dia 18 tahun hingga 25 tahun ( kalau tak silap ) . Apasal la aku ni cepat lupa especially pasal fakta -,-" tapi yang penting amaun 'ribu'  bukan 'ratus' or 'puluh' ! Tapi perempuan tu siap buat medical check up every month untuk jaga diri dia daripada sebarang penyakit! dia juga berkata purata dia akan meniduri 2 lelaki sehari sejak berusia 18 tahun setelah kehilangan dara. 

so nampak tak kat sini even buat benda ala tu banyak kali pun anda boleh mengelak diri daripada dijangkiti. You know what I mean? tapi aku tak suruh pun korang buat benda alah tu k! hahaha

No comments:

Post a Comment

I value your comment :)