Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Wednesday, November 09, 2011

Sakit ? Sakit sangat? Sakit Teramat Sangat?!

Hari tu mum dapat panggilan daripada adik lelakinya. Subhanallah. terkejut betul lepas mum dapat panggilan tu. Makcik saya sedang terlantar di hospital disebabkan beranak tak cukup bulan. Bayi meninggal dalam kandungan pada usia 6 bulan. Apabila bayi selamat dikeluarkan, uri masih tertinggal dalam perut. Perkara ni merisaukan semua keluarga kami sebab boleh bawa maut kalau tak buat pembedahan dengan segera. Mungkin minggu depan mum akan datang melawat makcik tapi saya tak boleh ikut sebab minggu depan saya dah terpaksa balik kolej semula. 


Petang tu saya sama-sama masak dengan mum. kalau tak haram nak masuk dapur jadi perempuan yang tak reti masak la kirenye. Kami bincang pasal makcik saya tu laa. Tiba-tiba terkeluar dari mulut saya. Lebih kurang macam ni.. 

Saya : Hishh takutnyaa mengandung.. macam makcik tu mesti sakit gila kan. dulu masa ma beranakkan kita sakit tak? 

Mum : Eh mana ada sakit.. sedap gilerrrrrr  

Saya : Betul-betul laa ma.. hishhhhh 

Mum : Mestilah sakit. bayangkan 9 bulan kena pikul anak dalam perut, bersalin lagi, nak besarkan anak. Tapi anak sekarang bukan tahu berterima kasih. Bila mak ayah dah tua, menengking, tinggikan suara, sumbat masuk rumah kebajikan. Tak ke derhaka namanya tu. tak cium baru syurga.. 

Saya : terdiam----


Ya Allah takutnya tolonglah jangan bagi hati aku jadi hitam dan kejam. Janganlah bagi aku tergamak masukkan ibu dalam rumah kebajikan. Biarlah ibu tinggal bersama aku sampai ibu tua dah tak berdaya. Biar ibu rasa titik peluh usaha aku cari rezeki yang halal. Berilah aku jodoh yang baik agar dia boleh bersama-sama jaga ibu masa tua nanti.. Amin. 



Hadis Nabi tentang Ibu 
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.



No comments:

Post a Comment

I value your comment :)