Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Wednesday, November 16, 2011

Korang tahu tak sesetengah boneka berhantu?


Sebelum tu, play dulu lagu ni sambil baca apa yang aku tulis. 


Dari kecik aku memang tak pernah ada anak patung perempuan macam Barbie tu, aku pun pelik sebab budak perempuan suka sangat kan main dengan anak patung? Ermm apa yang best sangat? pakaikan baju, sikatkan rambut tu je. Paling koman pun la aku pernah main permainan kertas tu, yang gambar dolls, kasut, handbag, then kita kena koyakkan hati-hati. Lepas semuanya dah koyak, main la dengan budak2 perempuan yang lain. 

"Hi, name caye Nina."
"Oh hi, name caye pulak Elicha. lawa tak baju tite? " 
"lawanyerr baju awak. baju tite pulak? awak nak g chopping tak beli kacut (kasut) ke, beg ke ? " 

HAHAHAHA. antara skrip yang aku ingat. then aku ingat lagi kiteorang sama-sama bawak dolls tu pergi makan, shopping, tidur. sampailah mak masing-masing panggil suruh balik makan. Tu je la dolls yang pernah aku ada and save! tak payah beli dolls mahal2.  Dolls yang boleh bawak pergi jalan aku tak pernah ada. Mum aku pun cakap dulu masa kecik2 mum and ayah bawak pergi jalan2, diorang nak belikan dolls tapi aku sendiri yang taknak. mum cakap dulu kecik-kecik aku ni penjimat duit diorang. hehehe. 






Tahukah anda? 

Sesetengah boneka berhantu? 

Ini bukan cubaan, tapi betul2 ! 







Antara boneka yang aku pernah baca yakni berhantu ialah : 

1 ) Pupa 


Pemilik pupa menerima pupa pada tahun 1920-an. Sewaktu Perang Dunia Kedua, Pupa hampir musnah tapi Pupa terselamat bersama pemiliknya. Pupa menghadapi perbagai perjalanan bersama pemiliknya daripada Itali ----> Amerika ------> Itali semula. Pupa bagaikan hidup. Pupa mampu berjalan sendiri dan kedudukannya sentiasa berubah-ubah. Setelah pemiliknya meninggal dunia pada Julai 2005, Pupa dijaga oleh warisnya dan diletakkan di dalam kotak.Namun sering kedengaran suara2 aneh dari kotak tersebut. Pupa kerap membuat bising seolah mahu dilepaskan dari kotak tersebut. 


2 ) Okiku 


Okiku ni boneka yang berambut lebat  dan memakai kimono. Dibeli oleh seorang pemuda Eikichi Suzuki yang ingin memberi hadiah kepada adik perempuannya bernama Okiku. Boneka ni diberikan nama Okiku sempena nama kanak-kanak tu. Akibat demam, budak perempuan( pemilik Okiku ) meninggal dunia. Ahli keluarga ingin meletakkan boneka Okiku bersama pemiliknya dalam keranda tapi macam mana lah mereka boleh lupa. Then Okiku diletakkan di altar tempat mereka beribadat. Rambut Okiku semakin panjang hari demi hari. Kajian forensik mendapati rambut boneka tu terdapat folikel sama seperti kanak2 berusian 10 tahun. Bila keluarga budak perempuan nak berpindah ke shakalin Suzuki, boneka diletakkan di kuil di hokkaido. Rambut Okiku semakin panjang dan sentiasa dipotong. Kisah Okiku ni memberi inspirasi pada movie hantu yang terkenal di Jepun iaitu Hauted School. 


3) Katja 

Sebab muka dia seram, aku kecikkan sikit


Katja ni berasal daripada Rusia. Katja dibuat oleh seorang gundik raja pada tahun 1730. Gundik ni sedang mengandung dan berharap akan melahirkan bayi lelaki untuk si raja. tetapi bayi perempuan pulak yang terkeluar. Bayi perempuan yg malang tu dibakar hidup-hidup. Lepas tu, ibu bayi tu membuat boneka daripada abu bayi perempuan dicampur dengan porcelin dan seramik. Dikatakan Katja ni disimpan dengan kawalan yang ketat sebabnya Katja ni boleh sumpah orang. Sesiapa yang melihat Katja lebih daripada 20 saat, mata Katja akan berkerdip menandakan orang yg memandangnya dah kena sumpahan. Are you dare to stare at Katja for more than 20 seconds from now?? 




It is up to you whether you wanna believe this story or not. Pada aku, aku bukannya tak suka boneka sebab pasal berhantu ke apa, tapi macam bosan. Mungkin budak perempuan yang manja-manja, gediks sikit2 tu sukalah kot kat anak patung. dimandikan, diberi makan, dipakaikan baju. Ahhhhhh kecik-kecik dah pandai act like mother kan. so cweettt... hahaha.

1 comment:

I value your comment :)