Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Wednesday, November 23, 2011

Daif sangat ke aku ni pasal Islam ??

Tupp tupp masuk semester 2. Semester 2 ni berbeza sikit sebab ada Kemahiran Dinamika ( KD ) & Agama Islam. KD ni boleh tahan interesting jugak la class dia sebab macam best je belajar pasal penampilan diri, etika di meja makan ikut protokal barat macam-macam lagi. Tapi Agama ? Hmmm. it's too hard den nak kato! 



Aku la orang yang paling lambat masuk kelas Agama tadi ( as well as you know aku tak bertudung, so aku singgah toilet dulu capai tudung terus serkup atas kepala ) . Masuk saja kelas, semua kawan-kawan pandang tepat ke arah aku then gelak. mungkin jakun kot yela bukan senang nak tengok aku bertudung. Ada sorang kawan lelaki cakap "Alolololololo" lagilah aku bertambah malu! Adeh! 



Sekejap lagi, ustazah pun datang. Dia nampak baik, orangnya kecik-kecik, kulitnya putih dan muka nampak macam berumur sikit. Sebabkan hari ni jam pertama, so dia tak mengajar, dia cuma minta pelajar perkenalkan diri, dan adegan ngeri dalam hidup aku pun bermula lepas tu.......



Sesudah pelajar perkenalkan diri, ustazah pun bercerita pasal kes-kes remaja zaman sekarang. Dia tekankan kat kolej kiteorang ni sendiri. Pasal kena tangkap khalwat, kena tangkap ketika sedang berzina, pasal couple. Aku tak terasa pasal tangkap khalwat & berzina tu tapi part couple tu aku terasa. hahaha. Nasib baik aku ada geng-geng senasib dengan aku dalam kelas takde la malu sangat! Orang yang bercouple kalau dah kahwin tak ade manisnya lagi. sebab semua yang tak sah menjadi best bagi orang yang sedang bercinta dengan bukan mahram. Bila dah kahwin tak ada yang interesting. Ustazah bercerita macam nak suruh aku taip meseg kat Honeydew cakap nak minta putus sekarang tu jugak. :(



Part yang paling kritikal masa ustazah sentuh isu tudung. Tapi sebelum tu ustazah cakap " saya tak berniat nak point mana-mana pelajar, saya cakap ni untuk beri nasihat pada kamu " Lepas ustazah cakap macam tu, hati aku kata okaylah fine lah macam tu kan. Dia pun tanya sorang budak lelaki dalam kelas aku. 



Ustazah : Waktu sekarang ni,kamu tengok perempuan dalam kelas cantik-cantik tak? 
Boy : Cantik 
Ustazah : Nampak la keikhlasan terpancar kat muka kamu tu ( semua tergelak ) . Tapi kamu jangan terkejut lepas habis kelas nanti ada pelajar perempuan yang berubah wajah. kamu faham maksud saya kan? 
Aku : Iyee saya betul-betul faham gila gila ( dalam hati ) 
Ustazah : Kita perempuan ni, rambut tu macam mahkota jugak. Kalau kamu bertudung, bila malam pertama si suami akan melihat rambut kamu. Suami rasa terkejut la kan tak sangka si isteri sangat lawa dengan rambut panjang mengurai.. " Cantiknyaaa bini akuuuu! "  ( pelajar tergelak ). Tapi bagi perempuan yang dah tak tutup kepala ni, benda tu jadi macam tak surprise laa, macam dah basi. 



Aku rasa macam.... payah nak explain lah. Sedih pun ada, sentap pun ada, terguris pun ada, malu dengan kawan pun ada. Tapi ustazah tak berniat pun nak point kat aku. Tapi kawan-kawan semua tahu aku sorang je yang tak bertudung dalam kelas tu. Entah apa la diorang fikir pasal aku kan. 

"Alahaiii kesiannya Cha "
"Biar padan muka kau, Cha. hahaha "

Mungkin laa kawan-kawan aku berfikir macam ni. Lepas je kelas agama, mood aku down. padahal ada lagi 2 kuliah kena fokus ni.. Aku tahu memang salah besar gila-gila tak bertudung, tapi it is too hard laa nak ubah. Biar aku jujur la eh, bila aku bertudung, aku rasa keyakinan terhadap diri tu berkurang 100%. sebab aku rasa muka aku tak sesuai pakai tudung, my pipi nampak so tembam ( even member cakap comel ) , aku rasa diri selekeh bila pakai tudung sebab aku ni bukan reti pun bergaya dengan tudung. 


Sekarang ni, aku trauma nak masuk kelas Agama Islam untuk semester ni! 



Lepas habis kelas Agama, aku pergi kuliah dengan pakai tudung, sebab aku ingat lagi cakap ustazah " jangan terkejut kalau lepas kelas agama ada pelajar perempuan yang berubah wajah " . Dengan selamba aku pakai tudung masuk kuliah. aku dapat rasa semua budak perasan kelainan kat diri aku. Lepas kuliah habis, aku dengan sorang kawan perempuan berjalan pulang nak balik bilik. Kat belakang kitaorang ada sekumpulan budak lelaki usik-usik aku. 


"Alhamdulillahhhhh " 
"Alhamdulillahhhhh " 



Sambil ketawa. Member perempuan sebelah aku pun ketawa. Aku pun rasa budak-budak lelaki tu saja je nak bergurau dengan aku. Tapi aku tak rasa aku nak gelak sebab aku rasa down sejak kelas agama tadi. Perkataan "alhamdulillah" tu aku rasa macam nak perli aku. Boleh tak kalau aku nak fikir macam tu?? 


Thanks for reading :( 


2 comments:

  1. bukan boleh ke tak boleh, mahu ke tak mahu, bertudung tu wajib, perintah Allah dalam al quran. Bukan main suka2. bukan main2 belum terbuka hati. bynk statement artis/girls hari ni dah sedikit sesat. lebih baik kalau tak nak pakai tudung, kurangkan aktiviti kat luar, sian abah/ayah adik tanggung dosa adik!!

    ReplyDelete

I value your comment :)